Ubat Asma: Jenis Rawatan dan Cara Elak Dari Berulang

Rawatan asma boleh dilakukan dengan beberapa kaedah menggunakan ubat asma seperti sedutan, oral atau ubat makan, dan suntikan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis-jenis ubat asma yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu asma?

ubat asma

Asma merupakan penyakit kronik saluran pernafasan yang menjejaskan berjuta-juta individu di seluruh dunia.

Penyakit ini menjejaskan saluran udara di paru-paru, menyebabkan peradangan dan penyempitan, yang mengakibatkan kesukaran bernafas, dada terasa ketat, batuk, dan sebagainya.

Walaupun tiada penawar yang diketahui, namun penyakit ini boleh diuruskan dengan rawatan yang berkesan.

Biasanya, serangan sering kali muncul pada kanak-kanak, tetapi ia boleh berlaku pada usia yang lebih tua.

Walaupun beberapa individu mungkin pulih sepenuhnya, kebanyakan pesakit akan menghadapi masalah yang berterusan sepanjang hayat mereka.

Penyakit ini boleh berubah-ubah, dengan simptom yang berbeza-beza dari semasa ke semasa bagi satu individu ke individu yang lain.

Jenis-jenis asma

Untuk pengetahuaan, asma boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, berdasarkan kepada sebab dan ciri-ciri simptom:

  1. Asma alergi: Disebabkan oleh reaksi alergi, seperti debunga, bulu haiwan, atau alahan makanan.
  2. Asma bukan alergi: Tidak berkaitan dengan alahan, tetapi boleh dicetuskan oleh faktor seperti jangkitan, cuaca sejuk, atau tekanan emosi.
  3. Asma senaman: Dicetuskan oleh aktiviti fizikal atau senaman.
  4. Asma pekerjaan: Berlaku akibat pendedahan kepada bahan kimia atau habuk di tempat kerja.

Jenis ubat asma

Rawatan bagi penyakit asma adalah melalui pengambilan ubat yang berterusan dengan cara yang betul.

Terdapat tiga jenis ubat asma yang boleh anda gunakan. Berikut adalah senarai ubat asma tersebut:

1. Ubat sedutan

ubat asma

Ubat sedutan dikatakan mampu bertindak lebihh cepat dan berkesan kerana ia terus masuk ke dalam saluran pernafasan berbanding ubat yang ditelan yang akan melalui perut ke saluran darah dan berulah ke saluran pernafasan.

Ubat sedutan terbahagi kepada dua iaitu pelega dan pencegah. Ubat pelaga membantu mengembangkan saluran pernafasan dan melegakan simptom asma dengan cepat. Anda hanya perlu gunakan apabila perlu sahaja. Contohnya:

  • Inhaler Salbutamol (Respolin)
  • Inhaler Terbutaline (Bricanyl)

Manakala ubat pencegah pula mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan dan mencegah serangan asma. Anda perlu gunakannya setiap hari untuk jangka masa yang lama. Contohnya:

  • Inhaler Nedocromil (Tilade)
  • Inhaler Montelukast (Singulair)
  • Inhaler Disodium Cromoglycate (Intal)
  • Inhaler Beclometasone (warna coklat dan merah)
  • Inhaler Budesonide (warna coklat)
  • Inhaler Ciclesonide (warna merah)
  • Inhaler Fluticasone (warna kekuningan dan oren)
  • Inhaler Mometasone

2. Ubat makan (oral)

  • Tablet Salbutamol 2 mg: Dikenali dengan nama Ventolin. Ia tergolong mempunyai kandungan bahan kimia sederhana kuat.
  • Tablet Theophylline 125 mg: Popular dengan nama Neulin 125mg. Boleh didapatkan dalam betuk syrup untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.
  • Tablet Theophylline SR 250 mg: Popular dengan nama dagangan Neulin SR 250mg. Bertindak perlahan-lahan dalam badan pesakit asma. Harganya mahal.
  • Tablet Montelukast: Dikenali dengan nama Singulair. Ia antara ubat asma kategori pakar yang mahal.
  • Tablet Terbutaline 2.5 mg: Dikenali dengan nama Bricanyl 2.5mg. Ia juga boleh didapatkan dalam bentuk inhaler, turburhaler dan syrup. Boleh dikatakan antara ubat asma yang kuat. Memberi kesan sampingan seperti badan mengigil dan tremor.

3. Ubat suntikan

  • Injection Hydrocortisone 100 mg
  • Injection Aminophylline 250 mg

Cara menggunakan inhaler yang betul

ubat asma
  1. Buka penutup inhaler dan goncang inhaler 3-5 kali.
  2. Tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut secara perlahan-lahan.
  3. Dalam posisi menegak, masukkan inhaler ke dalam mulut dan rapatkan bibir.
  4. Tekan canister ke bawah dan sedut nafas sedalam yang mungkin secara serentak.
  5. Tahan nafas selama 4-10 saat.
  6. Keluarkan inhaler dari mulut dan hembus nafas secara perlahan-lahan.
  7. Sekiranya sedutan kedua diperlukan. Tunggu 30 saat hingga 1 minit sebelum mengulangi semua langkah 1-6 di atas tadi.

Cara elak asma dari berulang

Selain daripada mengambil ubat, pesakit asma harus belajar mengenal pasti dan mengelakkan pemicu asma mereka.

Ini mungkin termasuk mengelakkan alergen, mengurangkan pendedahan kepada asap rokok, dan menjaga kebersihan rumah.

Pengurusan asma juga melibatkan pengawasan gejala, pembelajaran teknik bernafas yang betul, dan berbincanglah dengan doktor anda untuk menyesuaikan rawatan mengikut keperluan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat asma dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Pengubatan Asma. My Health
  2. Jenis-jenis Ubat Bagi Rawatan Asma. My Health
  3. Rawata Asthma Untuk Dewasa. Farmasi Suria Pendang
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!