Akaun 3 KWSP – Pengeluaran / Pemindahan Akaun Fleksibel

PELAKSANAAN AKAUN 3 KWSP & SOALAN LAZIM BERKAITAN PEMINDAHAN KE AKAUN FLEKSIBEL (FAQ)

KWASA DAMANSARA, 25 APRIL 2024: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli. 

Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut: –
•  Akaun Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
•  Akaun Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
•  Akaun Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Berikut merupakan penerangan lanjut mengenai Akaun 3 KWSP.

akaun 3 kwsp

Apakah Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)?

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

  • Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan
  • Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan di kedua-dua akaun tersebut;
  • Memperkenalkan satu akaun baharu iaitu Akaun ke-3 iaitu “Akaun Fleksibel”;
  • Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun 1 Persaraan (75%), Akaun 2 Sejahtera (15%) dan Akaun 3 Fleksibel (10%).
akaun fleksibel kwsp

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk: 

  • Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
  • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
  • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
  • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.
akaun 3 kwsp
akaun 3 kwsp

Pengeluaran Akaun Fleksibel

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

  • a.   Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  • b.   Belum mencapai umur 55 tahun
  • c.   Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • d.   Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

Akaun 55 dan Akaun Emas

Seperti amalan sediakala, kesemua simpanan dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel ahli yang telah mencapai umur 55 tahun akan disatukan ke dalam Akaun 55.

Caruman baharu yang diterima oleh ahli mulai umur 55 tahun akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas. 

Ahli boleh mengakses sistem sepenuhnya pada 12 Mei 2024.

Tarikh Pelaksanaan

Pelaksanaan penstrukturan 3 akaun KWSP ini akan bermula pada 11 Mei 2024.

Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.

Contoh Pengiraan / Pelaksanaan Pemindahan Ke Akaun 3

Berikut dikongsikan contoh-contoh untuk memudahkan anda lebih faham bagaimana penstrukturan baru KWSP ini akan memberi kesan kepada pencarum nanti.

Gambar 1 : Ilustrasi pecahan caruman ke KWSP

Gambar 1

Gambar 2 & 3 : Senario pindahan dari akaun Sejahtera ke akaun Persaraan & Fleksibel untuk yang ada baki lebih RM3,000 dalam akaun Sejahtera

Gambar 2
Gambar 3

Gambar 4, 5 & 6 untuk senario pindahan dari akaun Sejahtera ke akaun Persaraan & Fleksibel untuk yang ada baki kurang RM3,000 dalam akaun Sejahtera

Gambar 4
faq akaun 3
Gambar 5
faq akaun 3
Gambar 6

Link ke FAQ Akaun 3 KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun

Perkongsian Tentang Akaun 3

Apakah kelebihan Akaun Fleksibel ini kepada pencarum? Apakah pula kekurangannya?

Jom baca beberapa perkongsian di media sosial tentangnya :

Sumber: Facebook Siraj Fahmi
Sumber: Facebook Faiz Pire

Maklumat Lanjut Tentang Akaun 3 KWSP

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

akaun 3 kwsp
Sumber: Soalan Lazim Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan (Terkini 2024)

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara atau merujuk kepada laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau melalui KWSP i-Akaun.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!