Bantuan bil elektrik 2026 terus menjadi salah satu inisiatif penting kerajaan dalam meringankan beban rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Anda boleh semak bantuan rebat ini melalui SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40.
Dalam usaha berterusan memastikan kesejahteraan rakyat, kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Rebat Bil Elektrik RM40, satu bentuk bantuan bil elektrik yang memberi manfaat secara langsung kepada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara.
Apa itu Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Program ini menyediakan bantuan bil elektrik sebanyak RM40 sebulan untuk menampung sebahagian atau keseluruhan bil elektrik isi rumah.
Program ini diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018, menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang berakhir pada Disember 2018. Pada tahun 2025, program ini diteruskan untuk kategori miskin tegar di bawah sistem eKasih.
Sasaran utama bantuan ini adalah kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar dan berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.
Dengan program ini, sebahagian besar KIR yang layak tidak perlu risau akan kos bulanan elektrik, sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan kepada keperluan asas lain seperti makanan, pendidikan anak-anak, dan kesihatan keluarga.


Syarat Kelayakan Program Rebat Bil Elektrik 2026
Untuk menikmati rebat ini, pengguna perlu memenuhi dua syarat utama:
- Kelayakan diberikan kepada KIR berstatus miskin tegar yang disahkan dalam Sistem eKasih
- Hanya untuk pengguna Tarif Domestik dan terhad kepada 1 bil untuk setiap KIR
- (rumah sendiri/disewa)
Kelayakan eKasih
- Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar seperti yang disenaraikan dalam Sistem eKasih dan SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40 layak untuk Program Rebat Bil Elektrik RM40 tahun 2026.
- Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Dalam hal ini, pendapatan purata bulanan nasional untuk Miskin Tegar adalah RM1,198.
- Individu yang ingin mendaftar dalam program eKasih dikehendaki merujuk/menghubungi Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (UPP JPM) di peringkat negeri atau Unit Pembangunan Daerah. Data dalam sistem eKasih dikumpulkan melalui kaji selidik dan didaftarkan oleh pejabat PPPN / JPP UPP JPM di peringkat negeri.
Kriteria Rebat Bil Elektrik RM40
- KIR yang layak akan menerima rebat sehingga RM40 dalam bil elektrik bulanan sehingga 31 Disember 2026.
- Rebat bil elektrik hanya akan diberikan maksimum RM40 sebulan. Sekiranya bil kurang daripada RM40, baki tidak akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil lebih daripada RM40, penerima perlu membayar baki bil tersebut.
- Setiap KIR layak menerima rebat untuk satu (1) akaun bil elektrik sahaja di bawah tarif Domestik, A.
- Rebat RM40 merangkumi semua jenis caj bil, termasuk penalti lewat bayar.
- Untuk KIR layak yang mempunyai akaun TNB (Tariff Domestic, A), akan menerima rebat RM40 dalam bil bulanan secara automatic.
- Bagi KIR layak yang tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB atau menyewa rumah, permohonan rebat untuk akaun elektrik pihak ketiga boleh dihantar ke Kedai Tenaga terdekat melalui borang permohonan SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40.
- Pengguna yang layak boleh mengemaskini nombor akaun elektrik untuk menerima rebat dari semasa ke semasa dengan menghubungi TNB Careline atau Kedai Tenaga terdekat.
Cara Semak Kelayakan Program Rebat Bil Elektrik 2026
Pengguna boleh menyemak sama ada mereka layak menerima bantuan bil elektrikini melalui dua kaedah:
- Secara dalam talian: Layari laman rasmi semakan di pautan berikut: SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40
- Secara fizikal: Hadir ke kedai utiliti elektrik berhampiran untuk mendapatkan bantuan semakan dan maklumat lanjut.

Muat Turun Borang Kemas Kini Maklumat Akaun Bil Elektrik Di Sini:
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Program Rebat Bil Elektrik RM40
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini, anda boleh rujuk pada saluran berikut:
- Hotline MyGCC di 03-8000 8000
TNB Careline di 1-300-88-5454 atau email kepada [email protected]
Kunjungi Kedai Tenaga TNB terdekat untuk maklumat lebih lanjut mengenai program ini.
• Program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
• Mulai 31 Januari 2024, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,198.
• Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.
• Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
• Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi.
(i) Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih;
(ii) Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember pada tahun semasa;
(iii) Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga maksimum RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
(iv) Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih;
(v) Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
(vi) Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
(vii) Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik;
(viii) Rebat RM40 hanya terpakai bagi tunggakan pada satu tahun sebelumnya sahaja (bagi tahun 2024, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 sahaja);
(ix) Rebat RM40 tidak terpakai bagi tunggakan semasa tempoh KIR layak terkeluar dari senarai layak menerima rebat dan juga tunggakan dari tahun sebelumnya (sekiranya KIR masuk semula di dalam senarai layak menerima rebat);
(x) Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
(xi) Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
embantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah yang berstatus miskin tegar melalui pemberian rebat bil elektrik bulanan.
Semakan boleh dibuat melalui Portal Semakan Rebat Bil Elektrik melalui laman sesawang rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) iaitu: SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40
• Tidak boleh. Kelayakan bagi Program Rebat Bil Elektrik RM40 perlu disemak melalui Portal Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 melalui laman sesawang rasmi PETRA sahaja.
• Ini kerana, Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Nasional mengenai kemiskinan. Pengguna tidak dapat menyemak bantuan yang diterima oleh mereka.
• Terdapat dua kategori pengguna:
◦ KIR pemegang akaun bil elektrik: Akan terima rebat secara automatik
◦ KIR bukan pemegang akaun bil elektrik: Sehingga KIR mengemas kini nombor akaun dengan utiliti
• Pengguna yang layak akan menerima rebat RM40 bermula dari tarikh kelayakan/tarikh kemas kini maklumat akaun sehingga 31 Disember pada tahun semasa tarikh bil elektrik pengguna masing-masing.
• Kerajaan akan sentiasa menyemak semula program rebat pada tahun-tahun yang akan datang selaras dengan keberkesanan program dan tertakluk kepada keupayaan kewangan semasa Kerajaan.
• Pengguna yang layak akan menerima rebat bil elektrik sehingga maksimum RM40 sebulan.
• Sekiranya bil elektrik melebihi RM40 sebulan, pengguna hanya perlu membayar baki bil elektrik sahaja.
• Pengguna hanya boleh mendaftarkan 1 akaun bil elektrik sahaja pada satu-satu masa.
• Pengguna perlu merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.
• Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun bil elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa.
• Pengguna perlu merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.







Baca juga:




