MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih, iaitu sejenis inisiatif cashless (Sistem MyKasih) menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah, dan Program Bantuan KASIH JOHOR juga telah dilaksanakan bagi rakyat di negeri Johor. Terkini, difahamkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) iaitu bantuan tambahan STR akan disalurkan melalui program MyKasih bagi penerima yang layak.
Tahukah anda apakah itu sistem MyKasih, cara mendaftar / memohon dan bagaimana ia berfungsi?
Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.
Apakah MyKasih Foundation?
MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.
Pengagihan Sumbangan Asas Rahmah Melalui MyKasih Foundation
Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.
Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.
MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.
Sila rujuk infografik Kementerian Kewangan di bawah:
Baca juga: Diskaun Bil Elektrik (PEMULIH): Kadar Kelayakan & Kaedah Pengiraan
Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
TERKINI: Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023
Terdapat 2 cara untuk anda membuat semakan status sumbangan Asas Rahmah ini , iaitu sama ada melalui laman web MyKasih atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
SEMAKAN MELALUI PORTAL SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2023)
Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah atau SARa ini boleh disemak melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Mereka yang layak akan mendapat status seperti di bawah:
Bagi yang tidak layak, anda akan mendapat status seperti berikut:
Bantuan diberikan dalam bentuk kredit etunai MyKasih RM100 sebulan di Semenanjung, manakala RM600 diberikan secara one-off bagi penerima di Sabah & Sarawak sama ada melalui pengkreditan ke akaun yang didaftarkan ataupun secara tunai di BSN.
CARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH
Bagi penerima SARA di Semenanjung Malaysia, anda perlu membuat semakan status melalui Portal MyKasih.
Sila rujuk caranya di bawah:
- Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
Pautan semakan pantas:
Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.
Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran
Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
Sila rujuk cara penggunaan kad MyKasih untuk pembelian barangan asas dan keperluan : MyKasih_Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023
Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
- 17 Julai 2023 – RM100
- 1 Ogos 2023 – RM100
- 1 September 2023 – RM100
- 1 Oktober 2023- RM100
- 1 November 2023 – RM100
- 1 Disember 2023- RM100
Tarikh pelaksanaan SARa adalah secara berperingkat mengikut negeri yang terlibat seperti berikut:
- 17 Julai 2023 – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu & Kelantan
- 31 Julai 2023 – Perlis, Perak, Pahang, Melaka & Johor
- 7 Ogos 2023 – Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan (Bayaran RM600 akan dikreditkan ke akaun bank / secara tunai sekaligus di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Tarikh Pengkreditan, Penebusan & Pembelian
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 mulai Isnin, 17 JULAI 2023 bagi penerima di Semenanjung Malaysia.
Jadual bayaran adalah seperti berikut:
- 17 Julai 2023 – RM100
- 1 Ogos 2023 – RM100
- 1 September 2023 – RM100
- 1 Oktober 2023- RM100
- 1 November 2023 – RM100
- 1 Disember 2023- RM100
Tarikh pelaksanaan SARa adalah secara berperingkat mengikut negeri yang terlibat seperti berikut:
- 17 Julai 2023 – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu & Kelantan
- 31 Julai 2023 – Perlis, Perak, Pahang, Melaka & Johor
- 7 Ogos 2023 – Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan (Bayaran RM600 akan dikreditkan ke akaun bank / secara tunai sekaligus di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.
Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik.
Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah dan gambar rajah di bawah:
LANGKAH MEMBELI BARANGAN BANTUAN MAKANAN
- Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
- Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombot pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
- Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Rujuk tutorial berikut:
Rujuk senarai kedai yang menerima sistem ini : Senarai Kedai
Cara Daftar / Permohonan MyKasih
Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
Untuk mendaftar e-Kasih, sila rujuk di laman pautan berikut: e-Kasih 2023: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim
PENGENALAN
1. Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.
2. Siapa yang layak menerima SARA?
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
Warganegara Malaysia;
Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023
3. Adakah saya perlu memohon SARA?
Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023 sahaja.
4. Bagaimanakah program SARA dilaksanakan?
Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:
Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) – Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan – Bayaran RM600 secara sekaligus adalah melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023
Nota: Alamat penerima adalah berdasarkan alamat berdaftar dalam permohonan STR 2023
Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut:
Bil.Kategori Kelulusan STR 2023
Amaun Bayaran
1.Isi Rumah (Kahwin, Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak) – RM600
2.Warga Emas Tiada Pasangan – RM600
3.Bujang – RM600
5. Bagaimanakah cara untuk saya semak kelayakan SARA?
Semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:
i. Surat pemakluman
Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
ii. Laman web : https://www.mykasih.com.my/
6. Kenapa pelaksanaan SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak sama seperti negeri di Semenanjung Malaysia?
Kaedah pelaksanaan adalah secara pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023. Bayaran RM600 adalah secara sekaligus kepada penerima layak.
Kaedah pelaksanaan ini merupakan kaedah terbaik buat masa sekarang mengambil kira akses rangkaian dan kesukaran penerima yang berada di kawasan pedalaman untuk hadir membuat pembelian.
Kemudahan tambahan bagi penerima Sabah dan Sarawak selain pengkreditan terus ke akaun bank penerima dan tuntutan tunai di kaunter BSN adalah seperti berikut:
Sabah & Sarawak – kemudahan bank bergerak
Penerima tunai pedalaman Sabah & Sarawak – program penunaian anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah & Perbendaharaan Malaysia Sarawak
7. Saya baru bercerai dan Ketua Isi Rumah berdaftar dalam sistem eKasih adalah suami. Adakah saya layak SARA memandangkan saya (ibu) yang diberi hak penjagaan untuk menganggung anak-anak?
Kelayakan SARA adalah berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023.
Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARA secara berasingan. Kaedah semakan kelayakan SARA rujuk jawapan soalan 6.
8. Pihak PPN / ICU JPM akan turun padang bagi tujuan bancian penerima eKasih. Apakah tindakan selanjutnya sekiranya terdapat penerima SARA yang dikenal pasti tidak berkemampuan (penerima OKU / uzur / sakit terlantar) untuk membuat pembelian di kedai runcit / pasar raya terlibat?
Pihak PPN / ICU JPM perlu mengemukakan senarai nama penerima SARA terlibat kepada pihak Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya.
9. Adakah rayuan akan dibuka sekiranya saya tidak layak SARA?
Tiada rayuan akan dibuka berdasarkan ketetapan semasa. Sebarang maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa.
KAEDAH PELAKSANAAN SARA (NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA)
10. Bagaimanakah program SARA akan dilaksanakan di negeri semenanjung Malaysia?
Setelah penerima daripada alamat semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih.
Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program bantuan makanan tanpa tunai akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.
Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
11. Jika saya terlepas sesi orentasi, apakah yang perlu saya lakukan?
Anda boleh semak video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih.
12. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program SARA bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia?
Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800
13. Adakah pembelian boleh dibuat oleh individu selain penerima SARA?
Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri.
14. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya rosak / hilang?
Sila hubungi Talian Bantuan MyKasih. Pengecualian pembelian secara manual akan diberikan hanya bagi satu transaksi pembelian. Pembelian seterusnya hanya boleh dibuat menggunakan MyKad baharu anda.
15. Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih.
Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
Julai 2023 – RM100
Ogos 2023 – RM100
September 2023 – RM100
Oktober 2023- RM100
November 2023 – RM100
Disember 2023- RM100
16. Di manakah boleh saya membeli barangan makanan asas di bawah program ini?
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.
17. Saya telah berpindah / berada di luar kawasan tempat tinggal saya. Adakah saya boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit luar daripada kawasan tempat tinggal saya?
Ya. (Rujuk jawapan soalan 17)
18. Apakah barangan makanan asas yang boleh saya beli?
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.
Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:
Bagaimanakah kaedah pembelian barang keperluan?
Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
19. Bagaimanakah kaedah semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima?
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
i. Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih
ii. Semakan resit pembelian:
20. Saya merupakan penerima SARA yang memerlukan bantuan barangan selain makanan keperluan asas seperti ubat-ubatan dan lain-lain. Bolehkah SARA digunakan bagi tujuan selain barangan makanan asas yang telah ditetapkan?
Tidak. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan yang telah ditetapkan bagi program ini. (Rujuk jawapan soalan 19)
21. Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?
Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
22. Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?
Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2023 akan luput secara automatik.
23. Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?
Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2023.
24. Saya mempunyai pasar raya / kedai runcit dan berminat untuk menjadi rakan runcit bagi program SARA. Siapakah yang perlu saya rujuk bagi tujuan tersebut?
Anda boleh berurusan / hubungi pihak MyKasih Foundation untuk penerangan lanjut. Pemilihan rakan runcit adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MyKasih Foundation.
Jika anda perlukan maklumat lanjut,sila rujuk saluran berikut:
- http://www.mykasih.com.my/
- Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline Mykasih 03-77201800
- [email protected]