Bayaran Bantuan Kewangan Khas IPT Sarawak disalurkan secara berperingkat mulai 31 Mac 2026 (Selasa).
Semak status bayaran BKK IPT Sarawak dan maklumat lanjut mengenai pembayaran boleh disemak di portal Yayasan Sarawak berikut: https://yayasansarawak.org.my
Sementara itu, PERMOHONAN BARU Bantuan Kewangan Khas di bawah Inisiatif Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak Fasa 1 2026 juga dibuka bermula 31 April 2026 sehingga 30 April 2026.
Permohonan baru BKK 2026 bagi boleh dibuat melalui portal my-Yayasan: https://myys.yayasansarawak.org.my/
Bantuan berjumlah RM1,200 ini diberikan kepada semua pelajar Sarawak yang belajar di Institusi pengajian tinggi (IPT) tanpa mengira latar belakang serta taraf pendapatan keluarga.

Bantuan serta inisiatif ini diumumkan khusus bagi membantu pelajar daripada negeri tersebut yang sedang melanjutkan pengajian di IPT terutamanya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.
Selain itu, inisiatif dan bantuan ini diperkenalkan bagi membantu pelajar anak Sarawak yang sedang belajar di IPT dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan status bagi pelajar yang layak.
Ringkasan Bantuan Kewangan Khas Pelajar IPT Sarawak
- BKK ialah bantuan kewangan tahunan RM1,200 untuk pelajar Sarawak yang menuntut Diploma atau Ijazah di IPTA/IPTS seluruh Malaysia.
- Bantuan bernilai RM1,200 setahun dibayar dua kali (RM600 per semester) terus ke e‑wallet S Pay Global pelajar, dan boleh digunakan di kedai yang menyokong DuitNow QR.
- Bantuan ini layak untuk warganegara Malaysia, anak Sarawak (salah seorang ibu bapa/penjaga warga Sarawak), ambil Diploma/Ijazah secara sepenuh masa di IPTA/IPTS yang diiktiraf KPT, dan disahkan oleh institusi.
- Tarikh permohonan BARU Inisiatif Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak (termasuk BKK) dibuka 31 Mac – 30 April 2026 melalui portal my‑Yayasan dengan daftar masuk guna Sarawak ID.
- Bayaran BKK RM1,200 untuk pelajar sedia ada di IPTA/IPTS mula dijelaskan secara berperingkat bermula 31 Mac 2026 ke dalam S Pay Global, tanpa perlu permohonan ulang jika masih layak.
Apa Itu Bantuan Kewangan Khas Pelajar IPT Sarawak 2026?
Bantuan Kewangan Khas Pelajar (BKK) IPT Sarawak 2026 ialah bantuan kewangan tahunan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak kepada pelajar Sarawak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPTA/IPTS) di seluruh Malaysia bagi meringankan kos sara hidup dan keperluan harian.
Pada tahun 2026, BKK 2026 diperuntukkan sebanyak RM60 juta menerusi Belanjawan Sarawak 2026.
Nilai bantuan:
- Bayaran BKK 2026 kepada pelajar sedia ada di IPTA/IPTS mula dijelaskan secara berperingkat bermula 31 Mac 2026.
- Pelajar layak menerima RM1,200 setahun sebagai Bantuan Kewangan Khas (BKK), yang dibayar dua kali setahun (setiap semester).

Selain itu, terdapat juga beberapa bantuan utama yang diumumkan melibatkan pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT yang diumumkan dalam #BelanjawanSarawak2026, iaitu:
- Bantuan Kewangan Khas (BKK) — RM1,200 setahun untuk pelajar Sarawak di IPT.
- Program Laptop Percuma / Bantuan Komputer Riba Percuma — untuk pelajar tahun pertama Diploma dan Ijazah.
- Program Baucar Buku — bantuan untuk pembelian buku dan bahan akademik.
- Inisiatif i-GPS — subsidi tambang penerbangan untuk pelajar Sarawak di Semenanjung, Sabah dan Labuan.
Kerajaan negeri juga mengekalkan diskaun bayaran balik PTPTN bagi peminjam Sarawak yang layak.

*Sumber: https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/9075/UKAS
Permohonan Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak 2026 RM1200
PERMOHONAN BARU Bantuan Kewangan Khas di bawah Inisiatif Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak Fasa 1 2026 dibuka bermula 31 April 2026 sehingga 30 April 2026.
Bagi pelajar yang belum memohon, ini peluang untuk membuat permohonan. Permohonan boleh dilakukan melalui portal my-Yayasan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, bantuan itu bertujuan menyokong kebajikan pelajar serta meringankan perbelanjaan asas mereka sepanjang pengajian.
“Dalam usaha kami untuk menggalakkan ekuiti pendidikan dan menyokong kesejahteraan pelajar, kami akan terus menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar Sarawak yang mendaftar dalam program Diploma dan Ijazah di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di seluruh Malaysia.”
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2026) 2025 dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19.

Notis Semakan Bayaran BKK Sarawak
Di samping itu, maklumkan bahawa bayaran Bantuan Kewangan Khas (BKK) kepada pelajar sedia ada akan disalurkan bermula 31 MAC 2026 secara berperingkat.
Pelajar yang belum buat permohonan, boleh membuat permohonan terlebih dahulu untuk menerima BKK yang seterusnya.

Kelayakan Menerima Bayaran BKK IPT Sarawak 2026
Kelayakan menerima bayaran seterus adalah seperti berikut:
- Memuat naik surat pengesahan pengajian daripada institusi pengajian yang menyatakan pelajar masih berstatus ‘Belajar’ atau ‘Aktif’.
- Tarikh surat pengesahan hendaklah terkini, iaitu bertarikh pada atau selepas tarikh notis dikeluarkan.
- Pelajar mestilah bukan dalam status penangguhan pengajian, berhenti pengajian atau mana-mana status lain yang tidak aktif.
Tempoh Muat Naik Surat Pengesahan Pengajian adalah pada: 31 Mac 2026 sehingga 31 Mei 2026.
Cara Kemaskini Permohonan BKK
Surat Pengesahan Pengajian tersebut hendaklah dimuat naik dengan mengemaskini permohonan BKK seperti berikut:
- Layari portal My Yayasan https://myys.yayasansarawak.org.my/ dan daftar masuk melalui Sarawak Pass.
- Klik menu “Semak Status” di bahagian atas laman web My Yayasan dan tekan “Upload Verification Letter” di ruangan “Action”.
- Pilih dokumen yang berkaitan dan muat naik.
- My Yayasan akan membuat pengesahan dokumen dan memaklumkan status melalui emel atau bahagian semak status di laman web portal My Yayasan sama ada dokumen berjaya dimuat naik atau sebaliknya.
Peringatan:
- Pembayaran akan dibuat setelah dokumen yang dimuat naik disahkan lengkap, tepat dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Sebarang isu berkaitan surat pengesahan pengajian boleh menyebabkan kelewatan proses pembayaran. Surat pengesahan tersebut akan dikembalikan kepada pelajar untuk tujuan pembetulan sekiranya perlu.
- Penerima yang gagal memuat naik surat pengesahan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap tidak berminat atau tidak berjaya untuk menerima pembayaran seterusnya.
Status Proses Permohonan
Berikut adalah jadual Jenis-Jenis Status Proses Permohonan dalam My Yayasan:
| Status | Penerangan |
|---|---|
| Pending Verification | Masih dalam proses semakan |
| In Progress (YS) | Permohonan telah melepasi kelulusan semakan peringkat pertama atau kedua |
| Approved | Permohonan telah diluluskan |
| Payment Processing (YS) | Dalam peringkat pembayaran Yayasan Sarawak ke S PAY Global |
| Pending SPG Processing | Pihak S PAY Global dalam proses pengkreditan ke dalam e-wallet dan sila pantau akaun untuk membuat acknowledgement |


Jumlah Bantuan Kewangan Khas IPT Sarawak 2026
Pelajar yang layak menerima bantuan ini akan menerima bantuan wang saku berjumlah RM1,200 setahun.
Sejumlah RM600 akan disalurkan setiap semester ke dalam akaun S PAY Global mereka sepanjang tempoh pengajian.
“Dalam erti kata lain, jika tempoh pengajian anda adalah 4 tahun, anda akan diberikan bantuan kewangan selama 4 tahun. Jika hanya 1 semester, anda hanya akan menerima bantuan untuk 1 semester,” jelas Datuk Dr Annuar Rapaee.
Namun begitu, pelajar yang terpaksa melanjutkan tempoh pengajian tidak akan menerima bantuan tersebut lagi memandangkan pemberian bantuan mengikut tempoh pengajian yang ditetapkan mengikut kursus yang diikuti.
Syarat Kelayakan Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak 2026
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pelajar berasal dari Sarawak, iaitu sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa atau penjaga adalah warganegara Sarawak.
- Sedang mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah di mana-mana IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) di seluruh Malaysia.
- Pengajian sepenuh masa.
- Disokong dan disahkan oleh institusi pengajian masing-masing.

Cara Permohonan BKK Sarawak 2026
1. Pra-Syarat
- Daftar Sarawak ID di: sarawakid.sarawak.gov.my
- Buka akaun S PAY Global
- Layari laman web my-Yayasan > Klik ‘Special Financial Assistance Phase 1, 2026 > Klik ‘Apply Here’.
- Log masuk menggunakan Sarawak ID, dan klik “Apply”.
2. Proses Permohonan
- Isi dan muat naik semua dokumen yang diperlukan.
- Muat turun surat pengesahan, dapatkan pengesahan daripada institusi anda.
- Muat naik semula surat yang telah disahkan dan ditandatangani.
- Sistem My-Yayasan akan menilai permohonan dan kelayakan anda.
- Klik “Submit” untuk memohon bantuan yang layak diterima.
3. Semakan Status Permohonan
- Status permohonan boleh disemak melalui portal My-Yayasan.
- Keputusan akan dimaklumkan melalui emel atau SMS.
4. Pantauan Bantuan (Untuk Pemohon yang Lulus Sahaja)
- Muat turun, pasang dan log masuk ke aplikasi My-Yayasan Customer App untuk memantau status bantuan.
- Bantuan kewangan akan disalurkan ke akaun S PAY Global penerima.
- Untuk mendaftar sebagai pengguna S Pay Global, sila rujuk artikel berikut: S Pay Global – Pendaftaran, Semakan Bantuan & Bayaran

Cara Tebus Bantuan Kewangan Khas (BKK) Pelajar IPT Sarawak
Bantuan kewangan khas IPT Sarawak ini akan disalurkan melalui akaun S PAY Global.
Sila rujuk cara semakan & penebusan bantuan tersebut melalui infografik berikut:
- Buka aplikasi SPay Global dan pergi ke menu utama dan tekan logo Jata Sarawak / Burung Kenyalang
- Tekan pada listing ‘Bantuan Khas Kewangan Pelajar Sarawak Di IPT (1/2025)’
- Pastikan 2 syarat berikut dipenuh :
- E-KYC disahkan
- Wallet masih ada ruang mencukupi
- Tekan butang ‘Acknowledged’ dan tunggu duit bantuan RM600 masuk ke akaun eWallet anda!



Untuk makluman, pelajar yang belajar di Semenanjung Malaysia dan Sabah, S Pay Global juga diintegrasikan dengan DuitNow QR di mana para pelajar boleh menggunakan bantuan tersebut di mana kedai-kedai yang mempunyai imbasan DuitNow QR.
Semakan Kelulusan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Yayasan Sarawak
Untuk membuat semakan kelulusan BKK Yayasan Sarawak rujuk langkah-langkah melalui panduan infografik di bawah:
- Semak status permohonan anda melalui laman web rasmi My-Yayasan : https://myys.yayasansarawak.org.my/index.php
- Apabila anda telah menerima email pengesahan, sila muat turun dan install aplikasi My Yayasan Customer App untuk membuat semakan status penyaluran bantuan.
- Buat pengesahan melalui notis push notification yang dihantar ke peranti anda.
- Anda akan mendapat makluman apabila bayaran telah dikreditkan ke akaun anda.
NOTA: Hanya untuk pelajar yang telah diluluskan sahaja.



Untuk pertanyaan, sila hubungi pegawai Seksyen Bantuan Pelajar ke IPT:
- Telefon: 082-441686 (waktu pejabat)
- E-mel: [email protected]
Maklumat Lanjut BKK Sarawak
Untuk memohon, para pelajar yang memenuhi kriteria boleh melayari laman sesawang https://myys.yayasansarawak.org.my/.
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Khas Sarawak 2025 boleh didapati di laman web Yayasan Sarawak iaitu www.yayasansarawak.org.my atau anda boleh hubungi talian berikut untuk sebarang pertanyaan:
- Emel: [email protected]
- Telefon: 082-441686 (waktu pejabat)
Program ini merupakan peluang penting untuk pelajar Sarawak memperoleh sokongan kewangan semasa melanjutkan pelajaran. Pastikan anda penuhi syarat, sediakan dokumen, dan mohon dalam tempoh ditetapkan!
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas IPT Sarawak
BKK ialah bantuan kewangan tahunan yang diberikan kepada pelajar Sarawak yang sedang menuntut Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di institusi pengajian tinggi (IPTA/IPTS) di seluruh Malaysia, bagi membantu kos sara hidup harian. Bantuan ini termasuk dalam Inisiatif Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak yang dibiayai Yayasan Sarawak.
– Pelajar yang layak menerima RM1,200 setahun, yang dibayar dua kali setahun (RM600 per semester).
– Bayaran disalurkan secara e‑wang dalam S Pay Global pelajar, dan untuk pelajar di Semenanjung/Sabah, ia boleh digunakan di kedai yang menyokong imbasan DuitNow QR.
Secara umum syarat kelayakan termasuk:
– Warganegara Malaysia dan anak Sarawak (sekurang‑kurangnya salah seorang ibu bapa atau penjaga adalah warga Sarawak).
– Mendaftar dalam program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama secara pengajian sepenuh masa di IPTA/IPTS yang diiktiraf Kementerian Pendidikan Tinggi.
– Disokong dan disahkan oleh institusi pengajian (IPT) masing‑masing.
Permohonan Inisiatif Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak (termasuk BKK) dibuka 31 Mac – 30 April 2026.
Bayaran BKK untuk pelajar sedia ada mula disalurkan secara berperingkat bermula 31 Mac 2026.
– Pelajar perlu log masuk ke S Pay Global, kemudian tekan ikon Jata Sarawak/Burung Kenyalang dan pilih listing “Bantuan Khas Kewangan Pelajar Sarawak Di IPT”.
– Pastikan e‑KYC telah disahkan dan e‑wallet mempunyai ruang cukup, kemudian tekan “Acknowledged” sebelum bantuan RM600 masuk ke e‑wallet.
Ya, pelajar yang belajar di IPTS yang diiktiraf Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia juga layak, selagi memenuhi kriteria pendapatan dan status anak Sarawak.




