Skim Perubatan Madani 2026 – Semak Kelayakan & Lokasi Klinik

Skim Perubatan MADANI
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Skim Perubatan MADANI membolehkan golongan B40 (penerima STR) menerima rawatan di klinik-klinik swasta yang berdaftar terpilih secara percuma. Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://protecthealth.com.my/

Ia merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.

BACA JUGA: ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’ – Lirik Lagu, Audio, Video

Skim Perubatan Madani

Skim Perubatan MADANI bertujuan menyediakan rawatan primer akut secara percuma kepada golongan B40 terutama penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Penerima boleh melakukan menerima rawatan penyakit ringan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar.

Ini bermaksud, anda yang layak boleh pergi ke klinik swasta dan mendapatkan rawatan PERCUMA melalui skim ini – Cuma perlu bawa IC je!

skim perubatan madani
Tiada Pendaftaran Diperlukan

skim perubatan madani
Info Skim Perubatan Percuma untuk Golongn B40

Langkah Dapatkan Rawatan Skim Perubatan MADANI

  1. Semak kelayakan melalui laman rasmi Protect Health, MySejahtera atau aplikasi MySejahtera (kelayakan automatik)
  2. Pergi ke klinik GP berdaftar (dengan pelekat SPM) dan bawa MyKad
  3. Terima rawatan ringan secara percuma — termasuk konsultasi, ubat, prosedur ringan
  4. Makluman baki manfaat diterima melalui SMS, boleh juga disemak di klinik atau dihubungi melalui saluran rasmi seperti ProtectHealth
skim perubatan madani
Cara Dapatkan Rawatan Kesihatan Percuma

Kelayakan Skim Perubatan MADANI

Siapa yang layak mendapatkan rawatan kesihatan percuma melalui Skim Perubatan MADANI?

Kelayakan adalah secara automatik bagi golongan yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuk:

  • Isi rumah berkeluarga
  • Warga emas tanpa pasangan (60 tahun ke atas)
  • Individu bujang berumur antara 21 hingga 59 tahun
skim perubatan madani
Kelayakan

Penerima STR dan tanggungan yang berdaftar layak untuk mendapatkan rawatan perubatan asas percuma bagi penyakit ringan di klinik swasta berdaftar di bawah skim ini tanpa perlu mendaftar secara manual.

Cukup dengan membawa kad pengenalan semasa lawatan ke klinik, kelayakan akan disahkan di situ.

Had manfaat tahunan yang dibenarkan adalah berbeza mengikut kategori, iaitu RM250 untuk isi rumah berkeluarga, RM125 untuk warga emas tanpa pasangan dan RM75 untuk individu bujang.

Peserta juga diwajibkan mengisytiharkan bahawa mereka tidak menerima manfaat yang sama atau serupa daripada skim lain selain Skim Perubatan MADANI, seperti skim majikan atau agensi kerajaan lain.

Untuk semakan kelayakan, penerima boleh menggunakan laman rasmi ProtectHealth, aplikasi Skim Perubatan MADANI, atau MySejahtera. Tiada pendaftaran tambahan diperlukan, hanya sah semasa hadir ke klinik berdaftar.

Skim Perubatan MADANI
Rawatan Kesihtan Percuma Kepada Penerima STR

Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

BACA JUGA: Baucar Buku Madani Untuk Guru 2025 – Semakan & Penebusan

Cara Semak Kelayakan

Terdapat beberapa kaedah untuk anda membuat semakan iaitu:

KAEDAH SEMAKAN 1 – MELALUI LAMAN WEB PROTECT HEALTH

  1. Layari laman web rasmi Protect Health melalui laman sesawang berikut: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Tandakan “I’m not a robot”
  4. Klik “Semak”.
skim perubatan madani
Semakan Kelayakan
Paparan Semakan Kelayakan

Sekiranya layak, anda akan melihat mesej dipaparkan seperti berikut:

Paparan “Layak” Menerima Rawatan Kesihatan Percuma

KAEDAH SEMAKAN 2 – MELALUI MYSEJAHTERA

Bagi pengguna MySejahtera, anda juga boleh terus membuat semakan kelayakan melalui aplikasi tersebut.

Paparan seperti di bawah akan muncul pada HOME page MySejahtera anda. Klik “Check my eligibility” untuk menyemak sama ada anda layak menerima Skim Perubatan Madani atau tidak.

Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.

Semakan Kelayakan Melalui MySejahtera

KAEDAH 3 – MELALUI APLIKASI PERUBATAN MADANI

Semakan kelayakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi perubatan MADANI.

skim perubatan madani 2024
Semakan Kelayakan Melalui Aplikasi

    Jenis Rawatan Percuma

    Berikut ialah jenis-jenis rawatan PERCUMA yang boleh diterima menggunakan skim perubatan ini:

    • Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
      • Demam dan selsema
      • Cirit-birit dan muntah
      • Terseliuh
      • Sakit kepala
      • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
    • Rawatan yang tidak termasuk adalah:
      • Imunisasi rutin
      • Saringan kesihatan
      • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
      • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
      • Perancangan keluarga rutin
      • Perkhidmatan rehabilitasi
      • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
      • Permintaan suplemen

    Had Kos Rawatan Ditanggung

    Had kos rawatan yang ditanggung di bawah Skim Perubatan Madani 2025 adalah berbeza mengikut kategori penerima, dengan jumlah maksimum tahunan seperti berikut:

    Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM)
    Isi Rumah BerkeluargaRM250
    Warga Emas (tanpa pasangan)
    – 60 tahun ke atas
    RM125
    Bujang
    – 21-59 tahun
    – 19-59 tahun (bujang berstatus OKU)
    RM75

    Setiap kali rawatan diberikan di klinik berdaftar, jumlah ini akan dikurangkan mengikut kos rawatan yang digunakan. 

    skim perubatan madani semakan
    Nilai Rawatan Mengikut Kategori

    Lokasi Klinik Skim Perubatan Madani

    Penerima STR yang layak di seluruh Malaysia boleh mendapatkan rawatan akut di klinik-klinik swasta yang berdaftar dengan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) di sepuluh daerah terpilih, iaitu:

    1. W.P. Kuala Lumpur
    2. Gombak, Selangor
    3. Hulu Langat, Selangor
    4. Petaling, Selangor
    5. Klang, Selangor
    6. Johor Bahru, Johor
    7. Kinta, Perak
    8. Timur Laut, Pulau Pinang
    9. Kota Kinabalu, Sabah
    10. Kuching, Sarawak

    lokasi Skim Perubatan Madani 2025
    Lokasi Klinik Terpilih Seluruh Malaysia

    Cara Buat Carian Lokasi Klinik Skim Perubatan Madani

    Anda boleh membuat carian klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI terdekat dengan anda dengan mengikuti langkah berikut:

    1. Layari pautan laman web rasmi ProtectHealth : https://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani
    2. Tekan butang ‘Cari Klinik Skim Perubatan Madani’
    3. Masukkan maklumat Negeri, Daerah dan Bandar. Tekan butang ‘Cari’
    4. Senarai nama klinik panel Skim Perubatan Madani akan tertera di skrin
    Cara Membuat Carian Klinik Berdekatan
    Cara Membuat Carian Klinik Berdekatan
    Cara Membuat Carian Klinik Skim Perrubatan MADANI Berdekatan
    Cara Membuat Carian Klinik Berdekatan
    Cara Membuat Carian Klinik Berdekatan

    Untuk itu, pihak ProtectHealth mengalu-alukan pendaftaran untuk menjadi panel klinik Skim Perubatan MADANI juga masih lagi dibuka dan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

    Pihak ProtectHealth selaku pelaksana skim ini akan meningkatkan akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan di klinik swasta melalui Public-Private Partnership (PPP) sekaligus meringankan bebanan kewangan golongan tersebut menerusi skim ini.

    Semakan kelayakan pula boleh dibuat melalui pautan berikut : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

    Cara Mendapatkan Pin OTP

    Berikut dikongsikan cara-cara mendapatkan pin OTP ketika mendapatkan rawatan di klinik swasta terpilih.

    LANGKAH-LANGKAH PENGESAHAN IDENTITI PENGGUNA MELALUI FUNGSI OTP

    1. Klik logo “Perubatan MADANI” di aplikasi.
    2. Klik pada mana-mana menu yang dipaparkan.
    3. Klik “Login” untuk ke paparan PENGESAHAN PENGGUNA. Masukkan no Mykad/Mykid/Passport dan Nombor Telefo berdaftar, kemudian klik “Mohon OTP”.
    4. Masukkan 6 digit OTP yang diterima melalui SMS di nombor telefon berdaftar. Kemudian, klik “Sahkan OTP”.
    5. Klik “Setuju” untuk bersetuju dengan POLISI PRIVASI Skim Perubatan MADANI.

    Pin OTP digunakan sebagai pengesahan identiti penerima manfaat Skim Perubatan MADANI.

    Skim Perubatan MADANI
    Dapatkan PIN OTP untuk Pengesahan

    Cara Semakan Baki

    Untuk semakan baki Skim Perubatan Madani 2025, terdapat beberapa cara mudah yang boleh dilakukan:

    1. Semakan ketika lawatan ke klinik swasta berdaftar
    Semasa anda mendapatkan rawatan di klinik yang mengambil bahagian dalam skim ini, anda boleh terus bertanya baki manfaat yang tinggal kepada staf klinik. Mereka akan mengemaskini dan memberikan maklumat baki secara segera.

    2. Melalui aplikasi Skim Perubatan Madani
    Anda boleh muat turun aplikasi rasmi Skim Perubatan Madani (tersedia di Google Play Store dan Apple App Store) untuk membuat semakan baki dan kelayakan secara dalam talian.

    skim perubatan madani 2024
    Cara Semakan Baki Melalui Aplikasi

    3. Hubungi talian ProtectHealth
    Anda juga boleh menghubungi nombor telefon +603-8687 2525 untuk pertanyaan berkaitan baki manfaat dan maklumat lain mengenai Skim Perubatan Madani.

    4. Melalui SMS atau mesej yang dihantar selepas rawatan
    Biasanya, selepas menghadiri rawatan di klinik, anda akan menerima mesej pengesahan yang turut memaparkan baki manfaat yang masih ada.

    Perkongsian Pengguna

      Berikut dikongsikan juga beberapa perkongsian daripada pengguna media sosial yang telah berjaya mendapatkan rawatan percuma di klinik swasta dengan menggunakan manfaat skim ini.

      Sumber: Facebook Oh Carol!
      Sumber : Finie Rafeenie

      Maklumat Lanjut

      Untuk sebaran pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk:

      1. Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI
      2. Facebook : ProtectHealth Corporation

      Soalan Lazim

      1. Apa itu Permohonan Skim Perubatan Madani?

      Permohonan Skim Perubatan Madani 2026 tidak memerlukan pendaftaran manual kerana kelayakan adalah automatik bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ke klinik berdaftar untuk mendapatkan rawatan percuma.

      2. Bagaimana nak Semak Skim Perubatan Madani 2026?

      Anda boleh semak kelayakan skim ini melalui laman rasmi ProtectHealth, aplikasi MySejahtera, atau aplikasi Skim Perubatan Madani. Semakan juga boleh dibuat di klinik swasta berdaftar semasa lawatan rawatan.

      3. Adakah Skim Perubatan Madani ada Daftar Online?

      Tiada proses daftar online diperlukan kerana skim ini adalah automatik bagi penerima STR yang layak. Namun, anda boleh menggunakan aplikasi rasmi untuk semakan dan info lanjut.

      4. Di mana saya boleh dapatkan Senarai Klinik Skim Perubatan Madani?

      Senarai klinik yang terlibat boleh diperoleh di laman ProtectHealth atau pautan khusus senarai klinik seperti https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics. Klinik berdaftar biasanya mempunyai pelekat khas di luar premis.

      5. Skim Perubatan Madani Sampai Bila?

      kim Perubatan MADANI (SPM) masih diteruskan oleh kerajaan pada tahun 2026. Tiada tarikh tamat khusus yang diumumkan untuk tahun 2026 selagi peruntukan RM50 juta untuk skim ini masih ada.

      6. Kenapa Saya Tidak Layak Skim Perubatan Madani?

      Anda tidak layak jika bukan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), atau sudah menerima manfaat rawatan serupa dari skim kerajaan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin, dan seumpamanya. Juga jika anda tidak membawa kad pengenalan untuk pengesahan kelayakan semasa ke klinik.

      7. Bagaimana Cara Daftar Skim Perubatan Madani?

      Tiada pendaftaran diperlukan bagi penerima STR. Anda hanya perlu hadir ke klinik berdaftar dengan membawa kad pengenalan. Pendaftaran dan pengesahan kelayakan adalah automatik.

      8. Macam mana nak cari Klinik Skim Perubatan Madani Near Me?

      Gunakan fungsi Carian Klinik Panel di:
      – Laman ProtectHealth → masukkan lokasi
      – Google Maps → taip Klinik Skim Perubatan MADANI
      – MySejahtera → paparan klinik berhampiran

      9. Berapakah jumlah manfaat kelayakan bagi setiap kategori di dalam Skim Perubatan MADANI?

      Isi Rumah Berkeluarga – RM250
      Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
      Bujang – RM75

      10. Adakah penerima Skim Perubatan MADANI akan dikenakan sebarang bayaran untuk tujuan rawatan dan ubat-ubatan?

      Tiada sebarang bayaran akan atau boleh dikenakan kepada penerima oleh mana-mana pihak di bawah Skim ini dalam rawatan, prosedur dan ubat-ubatan di bawah Skim Perubatan MADANI. Sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dilakukan, penerima boleh menghantar emel ke: [email protected] atau menghubungi +603-8687 2525.

      11. Apakah senarai rawatan yang tidak termasuk dalam manfaat Skim Perubatan MADANI?

      Senarai di bawah TIDAK TERMASUK di dalam senarai rawatan Skim ini: 
      Imunisasi/Vaksin Rutin 
      Saringan Kesihatan  
      Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin 
      Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala
      Perancangan Keluarga
      Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja
      Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
      Permintaan Suplementasi 

      12. Apakah senarai simptom yang boleh dirawat dibawah pakej Skim Perubatan MADANI?

      Skim ini merangkumi Rawatan Sakit-sakit Ringan seperti:
      Demam dan Selsema
      Cirit-birit dan Muntah
      Terseliuh
      Sakit kepala
      Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

      13. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya caj pakej rawatan yang dikenakan melebihi had manfaat lawatan yang ditetapkan?

      Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.

      14. Adakah penerima Skim Perubatan MADANI boleh mendapatkan rawatan di mana-mana Klinik Perubatan Swasta?

      Penerima boleh menerima rawatan Skim Perubatan MADANI di mana-mana Klinik Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini (Semak senarai klinik: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics).

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut