Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 (SIBF): Jadual & Acara

Berita baik bagi peminat-peminat buku! Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) bakal berlangsung tak lama lagi. Ayuh, tandakan siap-siap dalam kalendar tarikh penting ini supaya anda tidak ketinggalan untuk mengikuti pelbagai acara menarik serta kemunculan tokoh-tokoh dan penulis terkenal di samping mengunjungi booth pilihan anda.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang acara ini untuk makluman kita bersama.

Pengenalan

Tahukah anda, Pesta Buku Selangor telah dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006 termasuk semasa pandemik dua tahun.

Sebelum ini, pesta buku ini diadakan sebagai acara peringkat negeri yang dikenali sebagai Pesta Buku Selangor.

Ketika itu, ia diadakan setiap tahun di Kompleks PKNS Shah Alam bermula pada tahun 2006 sehingga tahun 2010.

Pesta buku itu kemudiannya beralih lokasi ke Pusat Konvensyen Shah Alam pada tahun 2011 dan telah mencapai kemuncaknya pada tahun 2018 dengan 515,801 pengunjung.

Pada tahun 2022, Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) berjaya dilaksanakan sebagai acara hibrid buat kali pertama untuk menampung pelanggan yang tidak dapat hadir secara bersemuka.

Pesta buku hibrid itu malah berjaya menjemput enam Sasterawan Negara dan lima pengarang tempatan yang terkenal ke segmen sulungnya “Hati & Minda Sasterawan”.

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 : Tarikh, Lokasi & Masa

SIBF 2023 akan diadakan  pada:

  • Tarikh : 01 Disember hingga 10 Disember 2023
  • Masa : 9.00 pagi – 9.00 malam
  • Lokasi : Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam

Mohon jasa baik tuan/ puan untuk membuat hebahan kepada semua warga pendidik, murid dan warga sekolah untuk turut serta.

pesta buku antarabangsa selangor sibf 2023

Sekolah yang berminat untuk mengadakan lawatan boleh mengisi maklumat dalam google form dengan klik butang di bawah :

Borang Lawatan

Surat telah diemelkan kepada PPD dan semua sekolah Negeri Selangor.

Lokasi Booth / Reruai SIBF 2023

Baca juga:

Voucher ekslusif di Shopee untuk pelbagai produk buku di SINI.

Jadual Acara

SIBF Program Day 3

3 Disember 2023 (Ahad)

Rujuk jadual dan aktiviti di lokasi berikut:

  1. SIBF Main Stage – Level 1
  2. SIBF Piano Lounge – Level 1
  3. Happy Village Stage – Level 2
  4. Seminar Room – Level 2
  5. Pentas Putih – Khemah Putih
pesta buku selangor sibf
pesta buku selangor sibf
pesta buku selangor sibf

Maklumat Lanjut Pesta Buku Antarabangsa 2023 (SIBF)

Untuk info terkini dan jadual acara oleh pihak penganjur, sila rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!