Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM) : KADAR BANTUAN BAHARU & CARA PERMOHONAN

Kabinet meluluskan cadangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).

Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenaikan itu akan membantu kontraktor PRKM bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan, yang sebelum ini menyebabkan kegagalan pelaksanaan projek atas faktor tiada margin keuntungan.

“Seiring dengan konsep Keluarga Malaysia yang merupakan hasrat ikhlas kerajaan dan hasrat yang menjadikan rakyat merasa dibantu dan dihargai, kelulusan kadar baharu bantuan PRKM ini diyakini akan dapat mempercepatkan prestasi pelaksanaan PRKM yang memberi manfaat kepada lebih 70,000 ahli isi rumah di luar bandar.”

YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar

Tahukah anda apakah itu Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia dan bagaimana cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan ini?

Jom kami kongsikan sepenuhnya melalui artikel di bawah.

Apakah Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) ?

Terdahulu, PKRM dikenali dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Kadar Bantuan

Terdapat 2 kategori bantuan yang disediakan dalam program ini iaitu:

A. BINA BAHARU

  • Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  • Kadar Bantuan Baharu (2022)
    • Semenanjung : RM66,000 seunit
    • Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM79,000 seunit

B. BAIK PULIH

  • Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
    • Penyelenggaraan;
    • Penambahbaikan; dan
    •  Requisition;
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
  • Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.
  • Kadar Bantuan Baharu (2022)
    • Semenanjung : RM15,000 seunit
    • Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit
Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia prkm

Syarat Kelayakan

Kumpulan sasar PRKM adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuatkuasa.

Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PRKM yang LAYAK adalah seperti berikut:

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia prkm

Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) 2022

Untuk membuat permohonan, sila layari Portal Rasmi KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR di pautan https://www.rurallink.gov.my/ atau isikan borang permohonan online di pautan https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online

Anda juga boleh terus mengimbas kod QR dalam poster di atas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan dan dapatkan info terkini melalui saluran berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!