i-MILIKI : Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah

i-MILIKI : PEMBERIAN INSENTIF PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI PEMBELIAN RUMAH

Kerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi sebuah inisiatif yang berkuat kuasa 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini untuk makluman bersama.

Apakah i-MILIKI?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan inisiatif i-MILIKI dalam jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 pada 15 Julai 2022.

Ia melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut harga rumah.

  • Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100%.
  • Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50%.

Tempoh Pengecualian

Pengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.

Contoh Kiraan

Contoh kiraan bagi pengecualian ini adalah seperti berikut:

  1. Harga rumah : RM 300,000
    • Legal fees SPA : RM3,000
    • Stamp duty SPA : RM5,000 (free)
    • Loan agreement fees : RM,3000
    • Stamp duty loan : RM1,500 (free)
  2. Harga rumah: Rm 600,000
    • Legal fees spa : RM 5,800
      Stamp duty spa : RM 12,000 (diskaun 50%)
    • Loan agreement fees : RM 5,800
    • Stamp duty loan : RM 3,000 (diskaun 50%)

*Nota: Kiraan di atas belum termasuk disbursement, SST, misc dan lain-lain.

Lain-lain Inisiatif

Dalam Perasmian Program Pemilikan Rumah (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022, PM DS Ismail Sabri dalam masa sama menyatakan, jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 merupakan usaha kerajaan dengan kerjasama REHDA dalam memperkasa pemilikan rumah dalam kalangan kumpulan sasaran B40 dan M40.

  • Program pemilikan kediaman (HOPE) bantu promosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat, melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik
  • Satu pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik yang pertama seumpamanya sedang dibangunkan KPKT sebagai panduan mengenai harga rumah mampu milik seluruh negara
  • PM umum pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi inisiatif i-MILIKI mulai 1 Jun 2022 hingga Disember 2023
  • Program Perumahan Rakyat (PPR) akan terus diperkukuh dengan hala tuju baharu, komponen yang dapat tingkatkan daya huninya – PM

“Saya bersetuju dengan pendekatan Karnival Jom Beli Rumah ini yang akan diadakan di seluruh negara dengan membawa mesej dan inisiatif-inisiatif Kerajaan termasuklah Kerajaan Negeri khususnya dalam soal perumahan.”

“Saya juga sedar kita sedang berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi namun kita perlu terus membantu rakyat dengan memperkasa agenda pemilikan kediaman melalui lebih inisiatif tersusun yang dirangka oleh KPKT,” katanya lagi.

Insentif Pengecualian Cukai Duti Setem

Sementara itu, insentif pengecualian CUKAI duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu sehingga 31 Disember 2025.

Infografik oleh: KPKT Malaysia

Baca juga: i-Biaya : 3 Skim Pembiayaan Perumahan & Cara Permohonan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!