Permohonan UPUOnline 2023/2024 – Syarat, Tips, Tarikh Penting
Permohonan Baharu Kemasukan UPU, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Kemahiran Tinggi Awam Melalui UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024
Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka bermula 7 Januari hingga 28 Mac 2023 bagi permohonan Fasa Pertama dan 15 Mei hingga 12 Jun depan bagi Fasa Kedua.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).
Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.
“Selaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.
“Dijangkakan bahawa lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang akan membawa kepada implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta kepada kementerian,” menurut KPT menerusi kenyataan rasmi bertarikh 6 Januari 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang info dan cara membuat permohonan UPU bagi tahun kemasukan 2023 / 2024.
Fasa Kemaskini UPUOnline 2023
FASA PENGEMASKINIAN UPUOnline
LEPASAN SPM BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024
BERMULA 10 JUN 2023 | JAM 12.00 TENGAH HARI
SEHINGGA 13 JUN 2023 | JAM 5.00 PETANG
Tapisan syarat Khas Program Pengajian hanya disediakan kepada calon yang telah memohon pada FASA 1 sahaja.
Calon diingatkan agar membuat SEMAKAN syarat Khas Program Pengajian di e-Panduan sebelum membuat pilihan program pengajian di UPUOnline.
Layari pautan : https://upu.mohe.gov.my
Tarikh Permohonan UPU Sesi 2023 / 2024
Pemohon boleh dibuat pada :
- Fasa 1 : 7 Januari hingga 28 Mac 2023
- Fasa 2 : 15 Mei hingga 12 Jun 2023
PELANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN UPUONLINE LEPASAN SPM & STPM / SETARAF
BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024
DILANJUTKAN SEHINGGA 13 JUN 2023, JAM 5.00 PETANG
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, sila hubungi:
- Hotline UPU: 03-86842363
- Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- E-mel: [email protected]
- UPUChat: https://upuchat.org/
Pembelian Unik ID
1. Permohonan UPUONLINE Fasa 1 akan dibuka pada 7 Februari 2023 – 28 Mac 2023 (boleh mohon program bertemuduga dan tidak bertemuduga).
2. Permohonan UPUONLINE Fasa 2 akan dibuka pada 15 Mei 2023 – 13 Jun 2023 (boleh mohon program tidak bertemuduga sahaja).
3. Pembelian PIN UNIK ID UPU ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Link Permohonan:
http://upu.mohe.gov.my/
Syarat Am / Kategori Permohonan UPU Online 2023
Terdapat 2 kategori permohonan iaitu:
KATEGORI 1 : PERMOHONAN LEPASAN SPM
- Kategori Lepasan SPM
- SPM 2022
- SPM 2021 & SPM 2020
KATEGORI 2 : PERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF
- STPM 2022
- Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2022 / 2023
- STAM 2022 & 2021
- Diploma / Setaraf
- Diploma UA / Politeknik
- DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
- Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
- STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)
Syarat pemilihan program UPU online 2023 boleh dibuat dengan merujuk ke pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/
Baca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User
Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Permohonan UPUOnline 2022 / 2023
Bagi sesi 2022/2023 yang lalu, terdapat 471 jumlah program pengajian lepasan SPM yang ditawarkan, manakala 1088 program pengajian lepasan STPM / Setaraf.
Calon boleh membuat carian program pengajian semasa membuat permohonan dengan merujuk kepada :
Panduan Memilih Program
- Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
- Program yang minat.
- Pilihan program mengikut keutamaan.
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
PENENTUAN ALIRAN LEPASAN SPM 2021 DAN SETERUSNYA
PENENTUAN ALIRAN LEPASAN STPM / SETARAF
Dasar Pemilihan Meritokrasi
Dasar pemilihan UPU online 2021 adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;
90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM
Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:
PENERANGAN BERKENAAN KEDUDUKAN MERIT & PENGIRAAN MERIT
Untuk mengetahui cara mengira markah merit, sila rujuk : Kalkulator Merit Permohonan UPU: Cara Pengiraan & Penggunaan
Panduan Permohonan UPUOnline 2023
Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:
- Layari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/
- Pastikan kategori anda betul.
- Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
- Kira merit disini.
- Semak tren permohonan dan penawaran.
- Semak laluan kerjaya.
- Isi permohonan UPUOnline.
- Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Klik butang “SIMPAN”.
- Cetak slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
Tarikh-tarikh Penting UPU Online : Proses Temuduga, Fasa Kemaskini, Keputusan Permohonan & Rayuan
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar lepasan SPM & lepasan STPM Sesi Akademik 2023 / 2024
TARIKH-TARIKH PENTING UPUONLINE (LEPASAN STPM/ SETARAF)
Permohonan Fasa 1
- 7 Februari 2023 – 28 Mac 2023
Permohonan Fasa 2
- 15 Mei 2023 – 12 Jun 2023
Semakan Panggilan Temuduga Program Bukan Pendidikan (Lepasan STPM/Setaraf)
- Minggu kelima Mei
Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pendidikan (Lepasan STPM/Setaraf)
- 25 Mei 2023
Semakan Panggilan Dan Proses Temuduga Program Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf
- 26 Jun 2023
Fasa Pengemaskinian (Lepasan STPM/Setaraf)
- Minggu keempat Julai
Permohonan UPUOnline Rayuan STPM/Setaraf
- Minggu pertama September
Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM/Setaraf
- Minggu pertama September
Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan Kemasukan STPM/Setaraf
- Minggu ketiga Oktober
Pembelian PIN UNIK ID UPU
- Ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
Link Permohonan
Link Semakan Panggilan Ujian MEdSI
Link Semakan Panggilan Temuduga Program Pendidikan Dan Bukan Pendidikan
- UPSI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
- UTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/
- UITM : https://online.uitm.edu.my
- UMS : http://bpa.ums.edu.my/semakanums
- UKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan
- UM : https://kemasukan.um.edu.my
- UPM : http://intake.upm.edu.my/temuduga
- USIM : https://etasjil.usim.edu.my
- USM : https://pohon.usm.my
- UTM : https://jpt.utm.my
- UUM : http://www.uum.edu.my/kemasukan
- UNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
- UIAM : http://iium.edu.my/kemasukan/temuduga/
Link Semakan Keputusan UPU :
- http://jpt.ums.edu.my
- https://jpt.unimas.my
- http://jpt.uum.edu.my
- https://jpt.utm.my
- https://jpt.umt.my
*Tertakluk pada sebarang pindaan oleh UPU
TARIKH TARIKH PENTING KEMASUKAN PELAJAR
Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2023/2024
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang sistem dan permohonan UPU Online 2023 / 2024, sila hubungi saluran berikut:
- Hotline : 03 – 8684 2363
- E-mel : [email protected]
- TikTok : @bkpaupu
- Facebook : Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
- Telegram : UPUONLINE CHANNEL
- Instagram : @kemasukanbkpa
- YouTube : bkpaUPU
Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2023, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:
- Semakan Status UPU
- Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
- e-Panduan
- e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
- Kalendar Akademik (Takwim)
- Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
- Aduan
- Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.
Anda juga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.