Permohonan GIATMARA 2026 – Sesi Julai 2026

Permohonan GIATMARA 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan GIATMARA 2026 untuk sesi Julai 2026 kini telah dibuka bermula 1 April 2026 sehingga 8 Mei 2026. Permohonan ke GIATMARA 2026 boleh dilakukan secara dalam talian di Laman Web Rasmi TVET atau rujuk portal GiatMara berikut: https://gspel.giatmara.edu.my/utama

Permohonan ini terbuka kepada belia yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran teknikal dan vokasional dalam pelbagai bidang.

Ada banyak kelebihan masuk Giat Mara ni dan paling penting, yuran adalah PERCUMA. Dapat elaun pula tu.

Program Giat Mara menawarkan peluang kepada lepasan sekolah dan belia untuk membina kemahiran praktikal sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan atau keusahawanan, selaras dengan keperluan industri semasa.

Rujuk senarai program, syarat kelayakan dan lokasi Giat Mara di seluruh Malaysia di bawah.

Ringkasan Permohonan GIATMARA 2026 – Sesi Julai 2026
  • Permohonan GIATMARA ambilan bagi sesi Julai 2026 telah dibuka melalui laman sesawang UP_TVET (Perdana) bermula 01.04.2026 – 08.05.2026.
  • Permohonan rayuan dibuka 08 Jun 2026 sehingga 30 Jun 2026.
  • Pengambilan Program Latihan Jangka Pendek (SCT) dibuka sepanjang tahun melalui UP_TVET Flexi.

Apa Itu GIATMARA?

GIATMARA ialah sebuah institusi latihan berteraskan komuniti yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan beroperasi dengan nama GIATMARA Sendirian Berhad.

Pengurusan dan pentadbirannya berada di bawah seliaan MARA, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada golongan belia, sama ada di kawasan luar bandar mahupun bandar.

Latihan ini dirangka bagi melengkapkan belia dengan kemahiran praktikal sebagai persediaan untuk menjadi tenaga kerja mahir serta usahawan teknikal, sejajar dengan keperluan industri dan aktiviti ekonomi di peringkat tempatan dan nasional.

Keseluruhan kos operasi GIATMARA dibiayai oleh Kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

Operasi GIATMARA bermula pada Januari 1986 di GIATMARA Jitra, yang kini dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu, dengan pengambilan awal seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata dan Kayu Tanggam serta Bengkuk Besi.

Permintaan yang tinggi terhadap program latihan yang ditawarkan telah mendorong perkembangan pesat GIATMARA dari segi bilangan pusat latihan dan kepelbagaian kursus.

Kini, GIATMARA menawarkan sebanyak 39 jenis kursus merangkumi 12 kluster utama, iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer dan Teknologi Maklumat, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Dandanan Rambut dan Kosmetologi serta Hospitaliti.

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan GIATMARA:

  • Bumiputera.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  • Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
  • Berminat dengan bidang yang dipohon.
  • Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.

Kelebihan Belajar di GIATMARA

GIATMARA boleh memberikan pelatih dengan pengalaman latihan yang holistik dan menyediakan landasan yang kukuh untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang kemahiran yang diceburi.

Berikut adalah kelebihan belajar di GIATMARA:

  1. Menawarkan program latihan dengan kos yang percuma. Ini menjadikan peluang untuk memperoleh kemahiran tanpa beban kewangan.
  2. Menyediakan peluang untuk latihan praktikal dan penempatan pekerjaan, memberi pelajar pengalaman praktikal dalam industri sebelum memasuki pasaran kerja.
  3. Menawarkan program latihan yang direka khas untuk memenuhi keperluan industri tempatan. Ini bermakna pelatih akan mendapat kemahiran yang relevan dan diperlukan oleh industri

Kursus yang Ditawarkan

1. Elekrikal

TEMPOH PROGRAM: 03-18 BULAN

Program Yang Ditawarkan

Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia

  • Pendawai Elektrik (G1)
  • Pendawai Elektrik (G2)
  • Pendawai Elektrik (PW2)
  • Pendawai Elektrik (PW4)
  • Penjaga Jentera Elektrik (A0)
  • Penjaga Jentera Elektrik (A1) – 24 Bulan
  • Penjaga Jentera Elektrik (A4)
  • Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara (1 Fasa)

Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA

  • Building Electrical Maintenance (BEM)
  • Pemasang Solar Photovoltaic Grid
  • Senggaraan Sistem Iot (Elektrikal Bangunan)
  • Sistem Senggaraan Chiller

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur tidak kurang 15 Tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Bumiputera
  • Tamat Ting. 5 dan berumur 18 tahun (Kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik)

KELEBIHAN SELEPAS TAMAT

  • Peluang PEKERJAAN
  • Latihan KEUSAHAWANAN
  • PENINGKATAN kemahiran

KEMUDAHAN KURSUS

  • ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
  • Latihan PERCUMA

2. Pengangkutan

TEMPOH PROGRAM: 03-09 BULAN

Program Yang Ditawarkan

Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia

  • Baikpulih Dan Mengecat Kenderaan
  • Bike Maintenance
  • Pemanduan Kenderaan Perdagangan
  • Penyelenggaraan Jentera Pertanian
  • Senggaraan Kenderaan Komersial
  • Teknologi Automotif (T2)
  • Teknologi Enjin Marin
  • Teknologi Motosikal
  • Teknologi Automotif (T3)
  • Teknologi Motosikal Kuasa Tinggi

Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA

  • Advance Motorcycle Engine Management System
  • Baikpulih Kerangka Kenderaan
  • Custom Painting
  • Elektrikal Automotif
  • Merekabentuk Kit Badan Kereta
  • Pengkhususan Prestasi Enjin
  • Penjajaran Tayar & Roda Kenderaan
  • Selenggaraan Forklift
  • Senggaraan Elektronik Semburan Bahan Api
  • Senggaraan Sistem Diesel Common Rail
  • Sistem Pengurusan Enjin Automotif
  • Sistem Penyaman Udara Kenderaan
  • Sistem Transmisi Auto Automatic
  • Sistem Transmisi Automotif Continental
  • Teknologi Motosikal Kreatif
  • Teknologi Sistem Elektrik & Elektronik Motosikal

T2-Tahap 2 | T3-Tahap 3

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur tidak kurang 15 Tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Bumiputera

KELEBIHAN SELEPAS TAMAT

  • Peluang PEKERJAAN
  • Latihan KEUSAHAWANAN
  • PENINGKATAN kemahiran

KEMUDAHAN KURSUS

  • Latihan PERCUMA
  • ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)

3. Hairdressing and Cosmetology

TEMPOH PROGRAM: 03-09 BULAN

Program Yang Ditawarkan

Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia

  • Penyeliaan Dandanan Rambut
  • Senireka Gaya Rambut
  • Spa Dan Kesihatan
  • Terapi Estetik
  • Terapi Kecantikan Dan Solekan

Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA

  • Advanced Facial Treatment

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur tidak kurang 15 Tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Bumiputera

KELEBIHAN SELEPAS TAMAT

  • Peluang PEKERJAAN
  • Latihan KEUSAHAWANAN
  • PENINGKATAN kemahiran

KEMUDAHAN KURSUS

  • ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
  • Latihan PERCUMA

4. Seni Bina

TEMPOH PROGRAM: 06 BULAN

Program Yang Ditawarkan

Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia

  • Teknologi Bangunan

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur tidak kurang 15 Tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Bumiputera

KELEBIHAN SELEPAS TAMAT

  • Peluang PEKERJAAN
  • Latihan KEUSAHAWANAN
  • PENINGKATAN kemahiran

KEMUDAHAN KURSUS

  • ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
  • Latihan PERCUMA

5. Pembuatan

TEMPOH PROGRAM: 06-12 BULAN

Program Yang Ditawarkan

Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia

  • Teknologi Perabot
  • Teknologi Komposit

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur tidak kurang 15 Tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Bumiputera

KELEBIHAN SELEPAS TAMAT

  • Peluang PEKERJAAN
  • Latihan KEUSAHAWANAN
  • PENINGKATAN kemahiran

KEMUDAHAN KURSUS

  • ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
  • Latihan PERCUMA

6. Media Kreatif (Gambar Pertama)

TEMPOH PROGRAM: 03-09 BULAN

Program Yang Ditawarkan

Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia

  • Produksi Penyiaran
  • Rekabentuk Grafik Dan Pengiklanan
  • Teknologi Animasi 3d
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Percetakan
  • Videografi Dan Kesan Visual

Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA

  • Produksi Animasi 3d
  • Pengiklanan Digital
  • Pengeditan Imej Digital

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur tidak kurang 15 Tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Bumiputera

KELEBIHAN SELEPAS TAMAT

  • Peluang PEKERJAAN
  • Latihan KEUSAHAWANAN
  • PENINGKATAN kemahiran

KEMUDAHAN KURSUS

  • ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
  • Latihan PERCUMA

7. Kulinari (Gambar Kedua)

TEMPOH PROGRAM: 03-12 BULAN

Program Yang Ditawarkan

Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia

  • Masakan Dan Pramusaji
  • Konfeksioneri Dan Bakeri

Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA

  • Barista Dan Beverages
  • Beverage Management
  • Beverages
  • Cake Artisan
  • Butchery
  • Bread Artisan
  • Food Styling
  • French Pastry
  • Garde Manger
  • Ukiran Buah & Ais
  • Masakan Etnik Asian
  • Masakan Itali

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur tidak kurang 15 Tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Bumiputera

KELEBIHAN SELEPAS TAMAT

  • Peluang PEKERJAAN
  • Latihan KEUSAHAWANAN
  • PENINGKATAN kemahiran

KEMUDAHAN KURSUS

  • ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
  • Latihan PERCUMA

8. Mekanikal (Gambar Ketiga)

TEMPOH PROGRAM: 03-09 BULAN

Program Yang Ditawarkan

Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia

  • Teknologi Pembuatan Acuan (T2)
  • Teknologi Pembuatan Acuan (T3)
  • Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam

Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA

  • Teknologi Kimpalan Arka Fcaw & Smaw
  • Teknologi Kimpalan Arka Gtaw
  • Teknologi Kimpalan Struktur Keluli
  • Ujian Tanpa Musnah (Mp/Pt)

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur tidak kurang 15 Tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Bumiputera

KELEBIHAN SELEPAS TAMAT

  • Peluang PEKERJAAN
  • Latihan KEUSAHAWANAN
  • PENINGKATAN kemahiran

KEMUDAHAN KURSUS

  • ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
  • Latihan PERCUMA

9. Elektronik / Mekatronik

TEMPOH PROGRAM: 03-12 BULAN

Program Yang Ditawarkan

Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia

  • Baikpulih Telefon Pintar
  • Mekatronik
  • Teknologi Elektronik

Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA

  • Sistem Automasi Industri
  • Sistem Audio Video
  • Industrial Internet Of Things
  • Baikpulih Tv Led / Lcd

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur tidak kurang 15 Tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Bumiputera

KELEBIHAN SELEPAS TAMAT

  • Peluang PEKERJAAN
  • Latihan KEUSAHAWANAN
  • PENINGKATAN kemahiran

KEMUDAHAN KURSUS

  • ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
  • Latihan PERCUMA

Senarai Kursus & Lokasi

Senarai kursus yang ditawarkan dan lokasi bagi permohonan GIATMARA 2026 adalah seperti berikut:

1. Computer & Networking Technology
Nama KursusLokasi Kursus
Teknologi Sistem KomputerAlor Setar (Kedah
Bukit Gelugor, Prima Tasek Gelugor, Batu Kawan (Pulau Pinang)
Sabak Bernam (Selangor)
Cheras (W. Persekutuan)
Jempol (Serting), Rasah (N. Sembilan)
Kota Melaka (Melaka)
Batu Pahat, Kluang, Parit Sulong, Gelang Patah (Pulau), Johor Bahru, Labis (Johor)
Kuala Terengganu (Batu Rakit) (Terengganu)
Machang (Kelantan)
Kudat, Penampang, Sipitang, Tuaran (Sabah)
Sri Aman, Bandar Kuching (Sarawak)
Sistem Rangkaian KomputerKuala Lumpur (W. Persekutuan)
Bagan (Pulau Pinang)
Komuniti Giatmara Ledang (Johor)
2. Elektrikal
Nama KursusLokasi Kursus
Pendawai Elektrik (PW2)Kulai, Labis, Tebrau, Batu Pahat, Gelang Patah, Kluang (Johor)
Jerai, Jerlun, Pokok Sena, Langkawi, Sungai Petani, Pendang, Kulim/Bandar Baru, Sik (Kedah)
Selayang, Hulu Selangor, Puchong, Sepang, Kapar, Sungai Besar (Selangor)
Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kemaman, K. Terengganu, Setiu (Terengganu)
Gaya, Keningau, Sandakan, Labuan, Kota Belud, Kinabatangan, Tawaym, Semporna, Limbawang (Sabah)
Balik Pulau, Permatang Pauh, Batu Kawan, Bayan Lepas (Pulau Pinang), Arau (Perlis)
Seremban, Jelebu, Teluk Kemang, Tampin (N. Sembilan)
Maran, Rompin, Pekan, Jerantut, Raub (Pahang)
Masjid Tanah, Bukit Katil (Melaka)
Teluk Intan, Ipoh Timur, Tambun, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Taiping (Perak)
Kota Bahru, Bachok, Jeli, Tanah Merah, Rantau Panjang, Pasir Mas, Pengkalan Chepa (Kelantan)
Batu (W. Persekutuan)
Pendawai Elektrik (G1)Sibu, Serian, Sibuti (Sarawak)
Pendawai Elektrik (G2)Betong, Hulu Rejang, Kota Samarahan, Lawas, Oya/Mukah, Sentubong (Sarawak)
Pendawai Elektrik (PW4) 1 TahunLedang (Johor)
Sandakan (Sabah)
Tasek Gelugor (Pulau Pinang)
Merbok (Kedah)
Sepang, Selayang (Selangor)
Kota Bharu (Kelantan)
Pendawai Elektrik (PW4) 2 TahunTebrau (Johor)
Arau (Perlis)
Hulu Selangor (Selangor)
Jerantut (Pahang)
Limbawang (Sabah)
Pendawai Elektrik (PW4) 3 TahunBachok (Kelantan)
Penjaga Jentera Elektrik (A0) 2 TahunKomuniti Giatmara Ledang (Johor)
Penjaga Jentera Elektrik (A0) 3 TahunKomuniti Giatmara Ledang (Johor)
Penjaga Jentera Elektrik (A1)Prima Tasek Gelugor (Pulau Pinang)
Penjaga Jentera Elektrik (A4)Prima Tasek Gelugor (Pulau Pinang)
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (1 Fasa)Batu Pahat, Tebra, Pulai, Pengerang (Johor)
Jerai, Pokok Sena (Kedah)
Pasir Puteh (Kelantan)
Masjid Tanah (Melaka)
Rembau (N. Sembilan)
Indera Mahkota (Pahang)
Ipoh Timur, Batu Gajah, Teluk Intan (Perak)
Padang Besar (Perlis)
Bayan Lepas, Kepala Batas, Nibong Tebal (Pulau Pinang)
Silam, Libaran, Putatan (Sabah)
Sarikei, Limbang, Bandar Kuching (Sarawak)
Sg. Besar, Serdang (Selangor)
Batu Rakit (Terengganu)
Wangsa Maju (W. Persekutuan)
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (3 Fasa)Komuniti Giatmara Ledang (Johor)
Bukit Katil (Melaka)
Lumut (Perak)
Gombak (Selangor)
Kemaman (Terengganu)
Pengkhususan Sistem Senggaraan ChillerKomuniti Giatmara Ledang (Johor)
Pengkhususan Pemasang Solar Photovolta GridSeremban (N. Sembilan)
Pengkhususan Senggaraan Sistem IOT (Elektrik Bangunan)Taiping (Perak)
3. Elektronik dan Mekatronik
Nama KursusLokasi Kursus
Teknologi ElektronikParit Sulong, Komuniti Giatmara Ledang, Gelang Patah, Johor Bahru (Johor)
Kota Bharu, Machang (Kelantan)
Kota Melaka, Bukit Katil (Melaka)
Jempol (N. Sembilan)
Parit (Perak)
Bayan Lepas (Pulau Pinang)
Besut, Kuala Terengganu (Terengganu)
Kuala Lumpur, Segambut (W. Persekutuan)
MekatronikPrima Tasek Gelugor (Pulau Pinang)
Baikpulih Telefon PintarKangar (Perlis)
Pengkhususan Sistem Audio VideoParit (Perak)
Pengkhususan Baikpulih TV LED / LCDKuala Lumpur (W. Persekutuan)
Pengkhususan Industrial Internet of ThingsGelang Patah (Johor)
Bayan Lepas (Pulau Pinang)
Pengkhususan Sistem Automasi IndustriBukit Katil (Melaka)
4. Kluster Fabrik
Nama KursusLokasi Kursus
Jahitan Pakaian dan FesyenPadang Besar, Kangar (Perlis)
Bakri, Sadeli (Kota Tinggi), Mersing, Muar, Pagoh, Pengerang, Segamat, Simpang Renggam, Sri Gading, Tenggara (Johor)
Baling, Jerai, Jerlun, Kuala Kedah, Langkawi, Merbok, Sik, Alor Setar, Padang Terap, Kulim, Sungai Petani (Kedah)
Bagan, Balik Pulau, Batu Kawan, Tanjong, Kepala Batas (cwg. LKIM) (Pulau Pinang)
Gopeng, Kuala Kangsar, Parit Buntar, Pasir Salak, Tapah, Gerik, Lenggong (Tasik Chenderoh) (Perak)
Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang, Serdang, Subang, Sabak Bernam (Selangor)
Cheras, Kempong, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Titiwangsa (W. Persekutuan)
Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Telok Kemang, Jempol (N. Sembilan)
Jasin, Tangga Batu (Melaka)
Besut, Ketengah, Kuala Terengganu, Marang (Terengganu)
Bera, Cameron Highland, Kuala Krau, Kuantan, Maran, Raub, Felda Chenis (caw. Mdz. Shah), Nenasi (caw. Pekan) (Pahang)
Bachok, Kuala Krai, Kubang Kerian, Machang, Rantau Panjang, Tumpat (Kelantan)
Beaufort, Beluran, Kimanis, Kota Marudu, Kudat, Labuan, Limbawang, Persiangan, Ranau, Sandakan, Silam, Tawau, Semporna, Tenom (Sabah)
Batang Lupar, Kanowit, Igan, Lawas, Mambong, Mas Gading, Saratok, Selangau, Serian, Stampin, Tanjung Manis, Miri (Sarawak)
Hiasan DalamanKuala Terengganu (Terengganu)
Pasir Puteh, Ketereh (Kelantan)
Kuala Kangsar, Pasir Salak (Perak)
Kulim (Kedah)
Putatan (Sabah)
Hulu Selangor (Selangor)
Rekaan Pakaian dan FesyenPasir Gudang, Pontian (Johor)
Padang Terap, Pendang (Kedah)
Bukit Mertajam (Pulau Pinang)
Bagan Serai, Beruas (Perak)
Tanjung Karang (Selangor)
Titiwangsa (W. Persekutuan)
Rasah (N. Sembilan)
Kota Melaka, Simpang Ampat (Melaka)
Kuala Nerus (Terengganu)
Jeli (Kelantan)
Jengka, Pekan (Pahang)
Tawau, Kinabatangan, Tuaran (Sabah)
Kota Samarahan, Sibu (Sarawak)
Sulaman KreatifKetereh (Kelantan)
Pengkhususan Sulaman BerkomputerKepong (W. Persekutuan)
Bagan (Pulau Pinang)
Tuaran (Sabah)
Jahitan Pakaian LelakiAlor Setar (Kedah)
Bukit Gantang (Perak)
Titawangsa (W. Persekutuan)
Ketereh (Kelantan)
Kluang (Johor)
Penampang (Sabah)
Batang Sadong (Sarawak)
Pengkhususan Kostum & MaskotPrima Pasir Gudang (Johor)
5. Kluster Hairdressing and Cosmetology
Nama KursusLokasi Kursus
Senireka Gaya RambutSekijang, Simpang Renggam (Johor)
Ampang Jaya, Shah Alam (Selangor)
Bandar Tun Razak, Lembah Pantai (W. Persekutuan)
Prima Tasir Gelugor, Jelutong (Pulau Pinang)
Gopeng (Perak)
Rasah (Negeri Sembilan)
Alor Star (Kedah)
Kuantan (Pahang)
Batu Sapi, Gaya (Sabah)
Baram, Petrajaya (Sarawak)
Gaya Rabut dan Terapi KecantikkanPekan (Pahang)
Terapi Kecantikkan dan SolekanBandar Tun Razak, Kepong (W. Persekutuan)
Shah Alam, Ampang Jaya (Selangor)
Rembau (Negeri Sembilan)
Prima Tasek Gelugor, Jelutong (Pulau Pinang)
Simpang Ampat (Melaka)
Ayer Hitam (Johor)
Tapah (Perak)
Kubang Kerian (Kelantan)
Kangar (Perlis)
Petrajaya, Sri Aman (Sarawak)
Batu Sapi, Gaya (Sabah)
Kuala Kedah (Kedah)
Terapi EstetikTaiping (Perak)
Spa dan KesihatanGombak (Selangor)
Prima Tasik Gelugor (Pulau Pinang)
Gaya (Sabah)
Langkawi (Kedah)
Petrajaya (Sarawak)
Pulai (Johor)
6. Kluster Hospitaliti
Nama KursusLokasi Kursus
Asuhan Awal Kanak-KanakPetaling Jaya Utara (Selangor)
7. Kluster Kulinari
Nama KursusLokasi Kursus
Masakan dan PramusajiMuar (Johor)
Nilam Puri (Kelantan)
Masjid Tanah (Melaka)
Bentong, Pekan (Pahang)
Larut, Ipoh Timur (Perak)
Merbok, Pendang (Kedah)
Kangar (Perlis)
Balik Pulau, Permatang Pauh (Pulau Pinang)
Hulu Langat, Klang (Selangor)
Kuala Nerus (Terengganu)
Setiawangsa (W. Persekutuan)
Sepanggar (Sabah)
Stampin (Sarawak)
Konfeksioneri dan BakeriJohor Bahru, Sri Gading (Johor)
Kubang Kerian (Kelantan)
Batu Rakit, Marang (cwg. Maidam) (Terengganu)
Raub, Bera, Pekan (Pahang)
Parit, Ipoh Timur (Perak)
Kelana Jaya, Pandan, Klang (Selangor)
Putrajaya (W. Persekutuan)
Tangga Batu (Melaka)
Kuala Pilah (N. Sembilan)
Jerlun (Kedah)
Bukit Bendera (Pulau Pinang)
Stampin (Sarawak)
Papar, Sepanggar (Sabah)
Pengkususan BeveragesKelana Jaya (Selangor)
Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 2)Larut (Perak)
Kangar (Perlis)
Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 3)Kangar (Perlis)
Pengkhususan French PastryMasjid Tanah (Melaka)
Muar (Johor)
Pengkhususan Cake ArtisanParit (Perak)
Papar (Sabah)
Kuala Pilah (N. Sembilan)
Putrajaya (W. Persekutuan)
Batu Rakit (Terengganu)
Kelana Jaya (Selangor)
Raub (Pahang)
Pengkhususan Ukiran Buah & AisPendang (Kedah)
Pengkhususan Food StylingKlang (Selangor)
Permatang Pauh (Pulau Pinang)
Pengkhususan Bread ArtisanKlang, Pandan (Selangor)
Johor Bahru (Johor)
Jerlun (Kedah)
Bukit Bendera (Pulau Pinang)
Sepanggar (Sabah)
Pengkhususan Masakan Etnik AsianMerbok (Kedah)
Nilam Puri (Kelantan)
Bentong (Pahang)
Stampin (Sarawak)
Hulu Langat (Selangor)
Pengkhususan ButcheryLarut (Perak)
Pengkhususan Garde MangerKuala Nerus (Terengganu)
Balik Pulau (Pulau Pinang)
Pengkhususan Masakan ItaliKangar (Perlis)
Setiawangsa (W. Persekutuan)
Pengkhususan Barista dan BeveragesBukit Bendera (Pulau Pinang)
8. Kluster Mekanikal
Nama KursusLokasi Kursus
Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi LogamSungai Besar, Kuala Langat (Selangor)
Kubang Pasu, Padang Serai (Kedah)
Padang Besar (Perlis)
Kepala Batas (Pulau Pinang)
Padang Rengas, Kampar, Bagan Datoh (Perak)
Seremban, Kuala Pilah (N. Sembilan)
Alor Gajah, Jasin (Melaka)
Kulai, Mersing, Tanjung Piai, Pagoh, Sembrong (Johor)
Jerantut, Paya Besar, Temerloh, Kuala Lipis, Muadzam Shah (Pahang)
Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun (Terengganu)
Tumpat (Kelantan)
Labuan, Kimanis, Kinabatangan (Sabah)
Betong, Hulu Rejang, Oya/Mukah, Santubong, Miri, Lubok Antu, Selangau, Limbang, Kapit (Sarawak)
Teknologi Kimpalan Arka FCAW & SMAWPadang Rengas (Perak)
Pengkhususan Teknologi Kimpalan Arka GTAWSantubong (Sarawak)
Kepala Batas (Pulau Pinang)
Pengkhususan Ujian Tanpa Musnah (MP/PT)Padang Rengas (Perak)
Teknologi Pembuatan Acuan (Tahap 2)Petaling Jaya (Selangor)
Teknologi Pembuatan Acuan (Tahap 3)Petaling Jaya (Selangor)
9. Kluster Pembuatan
Nama KursusLokasi Kursus
Teknologi PerabotTumpat (Kelantan)
Kota Marudu, Keningau (Sabah)
Teknologi KompositMersing (Johor)
Marang (Terengganu)
Pembuatan Komposit Aero Angkasa-SLDNSimpang Ampat (Melaka)
10. Kluster Pengangkutan
Nama KursusLokasi Kursus
Teknologi Automotif (Tahap 2)Nibong Tebal, Kepala Batas (Caw. LKIM Kuala Muda), Permatang Pauh, Sg. Bakap, Balik Pulau (Pulau Pinang)
Kota Bahru, Machang, Pasir Mas, Bachok, Jeli, Nilam Puri, Gua Musang (Kelantan)
Gerik, Bagan Datoh, Bagan Serai, Sungai Siput, Kampar, Larut, Tapah, Bukit Gantang (Perak)
Pontian, Mersing, Pagoh, Tebrau, Sekijang, Ayer Hitam, Parit Sulong (Johor)
Simpang Ampat, Alor Gajah (Melaka)
Baling, Langkawi, Padang Serai, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok (Kedah)
Paya Besar, Bera, Rompin, Jerantut, Pekan, Temerloh, Bentong, Raub (Pahang)
Marang, Setiu, Besut, Batu Rakit (Terengganu)
Jempol (N.Sembilan)
Seputeh (W. Persekutuan)
Silam, Kota Kinabalu, Beaufort, Beluran, Sipitang, Papar (Sabah)
Arau (Perlis)
Lawas, Saratok, Bintulu, Santubong, Lanang, Baram, Lubok Antu, Mambong, Sarikei, Igan, (Sarawak)
Subang, Sabak Bernam, Kapar, Hulu Selangor, Hulu Langat (Selangor)
Teknologi Automotif (Tahap 3)Tenggara (Johor)
Jasin (Melaka)
Kubang Pasu, Sungai Petani (Kedah)
Puchong (Selangor)
Jengka (Pahang)
Tanjung Malim (Perak)
Bukit Mertajam (Pulau Pinang)
Rantau Panjang (Kelantan)
Kota Belud (Sabah)
Tampin (Negeri Sembilan)
Senggaraan Kenderaan KomersialKapar (Selangor)
Pengkhususan Sistem Penyaman Udara KenderaanTanjung Malim (Perak)
Pengkhususan Baikpulih Kerangka KenderaanJeli (Kelantan)
Puchong (Selangor)
Pengkhususan Sistem Pengurusan EnjinRaub (Pahang)
Pengkhususan Prestasi EnjinKubang Pasu (Kedah)
Pengkhususan Sistem Transmisi
Continental
Kubang Pasu (Kedah)
Pengkususan Sistem Transmisi
Automatic
Alor Gajah (Melaka)
Pengkhususan Semburan Bahan Api Elektronik MotosikalSibuti (Sarawak)
Pengkhususan Diesel Common RailLanang (Sarawak)
Pengkhususan Diesel Common Rail Dan NGVKubang Pasu (Kedah)
Baikpulih dan Mengecat KenderaanPontian (Johor)
Kubang Pasu (Kedah)
Jeli, Tumpat (Kelantan)
Jempol, Tampin (Negeri Sembilan)
Kuala Lipis, Temerloh, Jengka, Paya Besar (Pahang)
Pasir Salak, Taiping, Tanjung Malim, Bagan Datuk (Perak)
Arau (Perlis)
Bukit Mertajam (Pulau Pinang)
Bintulu, Santubong (Sarawak)
Kuala Langat, Tanjung Karang, Puchong (Selangor)
Besut, Marang (Terengganu)
Jasin (Melaka)
Pengkhususan Custom PaintingBintulu (Sarawak)
Pengkhususan Merekabentuk Kit Badan KeretaTanjung Karang (Selangor)
Teknologi MotosikalBakri, Kota Tinggi, Parit Sulong, Segamat, Sembrong, Sri Gading (Johor)
Jerlun, Kulim, Padang Serai, Pendang, Sik, Sg.Petani (Kedah)
Gua Musang, Kuala Krai, Nilam Puri, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan)
Jelebu, Kuala Pilah, Telok Kemang (N.Sembilan)
Cameron Highland, Indera Mahkota, Kuala Krau, Maran, Muadzam Shah (Pahang)
Bagan Serai, Beruas, Lumut, Tambun, Tanjung Malim, Lenggong, Teluk Intan (Perak)
Arau (Perlis)
Bukit Mertajam, Sungai Bakap (Pulau Pinang)
Kota Kinabalu, Papar, Persiangan (Sabah)
Batang Sadong, Kanowit, Kapit, Sibuti, Tanjung Manis, Kota Samarahan (Sarawak)
Subang, Tanjung Karang (Selangor)
Batu Rakit, Hulu Terengganu, Ketengah (Terengganu)
Batu (W. Persekutuan)
Pengkhususan Motosikal KreatifTanjung Karang (Selangor)
Pengkhususan Sistem Elektrik MotosikaMuadzam Shah (Pahang)
Teknologi Motosikal Kuasa TinggiBatu (W. Persekutuan)
Pendang (Kedah)
Kota Samarahan (Sarawak)
Teknologi Enjin MarinTanjung Piai (Johor)
Merbok (Kedah)
Pemanduan Kenderaan PerdaganganJitra (Kedah)
Servis Tayar KenderaanSeputeh (W. Persekutuan)
Pengkhususan Penjajaran Tayar & RodaSeputeh (W. Persekutuan)
Pengkhususan Auto ElektrikalMarang (Terengganu)
11. Kluster Senibina
Nama KursusLokasi Kursus
Teknologi BangunanArau (Perlis)
Baling, Pokok Sena (Kedah)
Beruas, Grik, Lumut, Taiping, Tambun (Perak)
Seremban (N. Sembilan)
Kota Tinggi, Tanjong Piai (Johor)
Dungun, Setiu (Terengganu)
Kota Belud, Keningau, Kota Marudu, Kinabatangan, Ranau, Tenom (Sabah)
Saratok (Sarawak)
Landskap dan TamanTumpat (Kelantan)
Penyelenggaraan BangunanKimanis (Sabah)
12. Kluster Creative Media
Nama KursusLokasi Kursus
Rekabentuk Multimedia dan ProduksiBagan (Pulau Pinang)
Rekabentuk Grafik dan PengiklananPasir Gudang, Komuniti Giatmara Ledang (Johor)
Kuantan (Pahang)
Bagan, Tanjong (Pulau Pinang)
Kota Kinabalu, Libaran (Sabah)
Stampin (Sarawak)
Kota Raja (Selangor)
Wangsa Maju (W. Persekutuan)
Teknologi Animasi 3DPrima Pasir Gudang (Johor)
Kota Raja (Selangor)
Teknologi PercetakanBangi (Selangor)
Dekstop PublishingBangi (Selangor)
Pengkhususan Pengeditan Imej DigitalWangsa Maju (W. Persekutuan)
Pengkhususan Produksi Animasi 3DPrima Pasir Gudang (Johor)
Teknologi FotografiPrima Pasir Gudang (Johor)
Bukit Gelugor (Pulau Pinang)
Kuala Selngor (Selangor)
Stampin (Sarawak)
Kuala Lumpur (W. Persekutuan)
Videografi dan Kesan VisualKota Raja (Selangor)
Artis Visual Animasi 3D-SLDNKota Raja (Selangor)
Pengkhususan Pengiklanan DigitalKota Raja (Selangor)
Prima Pasir Gudang (Johor)
Ipoh Barat (Perak)
Bagan (Pulau Pinang)
Pengkhususan Produksi PenyiaranPrima Pasir Gudang (Johor)
Segambut (W. Persekutuan)

Garis Masa Permohonan

Permohonan GIATMARA sesi JULAI 2026 kini dibuka bermula 1 April 2026 SEHINGGA 8 MEI 2026.

Berikut adalah panduan garis masa permohonan GIATMARA Sesi JULAI 2026:

  • Permohonan Dibuka 01 April 2026
  • Permohonan Ditutup : 08 Mei 2026
  • Penawaran : 04 Mei 2026 – 22 Mei 2026
  • Terima Tawaran : 25 Mei 2026 – 07 Jun 2026
  • Rayuan : 08 Jun 2026 – 30 Jun 2026
  • Pendaftaran : 01 Julai 2026 (Rabu)
    • Kedah
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Johor
    • Melaka
    • Negeri Sembilan
    • Selangor
    • Perak
    • Pahang
    • Pulau Pinang
    • Perlis
    • Sabah
    • Sarawak
    • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    • Wilayah Persekutuan Putrajaya
    • Wilayah Persekutuan Labuan

Cara Mohon GIATMARA 2026

Pendaftaran atau permohonan GIATMARA 2026 boleh dilakukan melalui 2 kaedah berikut:

i) Pendaftaran Online

Untuk membuat permohonan GIATMARA 2026, anda boleh terus isi borang online menerusi Laman Web Rasmi TVET.

ii) Pendaftaran Manual

Sila muat turun borang permohonan secara manual dalam link di bawah ini jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian, Borang Permohonan Sepenuh Masa

Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

Atau sila ke GIATMARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.

Borang Permohonan Mengikut Latihan Kemahiran GIATMARA

Permohonan GIATMARA 2026
Permohonan GIATMARA 2026

Manual Pengguna

Permohonan Kursus Melalui Portal UP_TVET PERDANA (Ambilan Sesi Julai 2026)

Permohonan Kursus Melalui Portal UP_TVET FLEXI (Sepanjang Tahun)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang pendaftaran dan permohonan GIATMARA 2026, sila hubungi Pusat GIATMARA terdekat atau terus ke ibu pejabat GIATMARA di alamat berikut:

WISMA GIAT MARA

No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: [email protected]

Anda juga boleh rujuk lokasi Pusat Latihan GIATMARA dalam senarai di bawah ini:

Soalan Lazim – Permohonan GIATMARA

1. Apakah itu Permohonan GIATMARA 2026?

Permohonan GIATMARA 2026 dibuka kepada belia yang berminat mengikuti latihan kemahiran teknikal dan vokasional dalam pelbagai bidang. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Laman Web Rasmi TVET.

2. Siapakah yang layak memohon GIATMARA?

Permohonan GIATMARA terbuka kepada belia yang memenuhi syarat asas seperti berstatus Bumiputera, sihat tubuh badan, boleh membaca, menulis dan mempunyai minat dalam bidang kemahiran yang dipohon.

3. Apakah tujuan penubuhan GIATMARA?

GIATMARA ditubuhkan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia di kawasan luar bandar dan bandar. Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir serta usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan ekonomi negara.

4. Siapakah yang menguruskan GIATMARA?

GIATMARA beroperasi sebagai GIATMARA Sendirian Berhad dan ditadbir di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

5. Adakah yuran pengajian dikenakan di GIATMARA?

Tidak. Keseluruhan kos operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui peruntukan MARA. Ini membolehkan pelatih mengikuti latihan kemahiran secara percuma tanpa beban kewangan.

6. Apakah kursus yang ditawarkan di GIATMARA?

Kini, GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 kluster utama, antaranya Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer dan IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Dandanan Rambut & Kosmetologi serta Hospitaliti.

7. Apakah kelebihan belajar di GIATMARA?

GIATMARA menawarkan latihan kemahiran yang holistik dengan fokus kepada keperluan industri. Pelatih berpeluang mengikuti latihan praktikal, mendapat pendedahan industri serta peluang penempatan pekerjaan selepas tamat latihan.

8. Bagaimanakah cara memohon GIATMARA 2026?

Permohonan GIATMARA 2026 boleh dibuat melalui dua kaedah:

i) Pendaftaran Online
Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara atas talian melalui Laman Web Rasmi TVET.

ii) Pendaftaran Manual
Jika menghadapi masalah permohonan online, pemohon boleh memuat turun borang permohonan sepenuh masa dan menghantarnya terus ke GIATMARA yang dipohon, atau hadir ke GIATMARA berhampiran untuk pendaftaran secara manual.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut