TVETMARA ialah inisiatif pendidikan teknikal dan vokasional di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menyediakan latihan berasaskan industri, kemudahan moden dan kurikulum kompeten.
Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat untuk masuk ke TVETMARA untuk sesi pengambilan Julai 2026, anda boleh membuat permohonan bermula 1 April 2026 sehingga 8 Mei 2026 di portal TVETMARA (tvetmara.edu.my/) atau terus ke UP_TVET di pautan berikut: https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana
Graduan TVET bukan sahaja mendapat akses kepada peluang pekerjaan yang lebih luas, malah berpeluang menyumbang kepada inovasi dan kemajuan negara.
Memang tak rugi tau masuk TVETMARA ni. Ada banyak kelebihan dan peluang yang menanti anda!
Rujuk info permohonan ke TVETMARA untuk sesi pengambilan JULAI 2026 di bawah.
Ringkasan Permohonan TVETMARA sesi Julai 2026
- Tarikh Permohonan TVETMara Sesi Julai 2026: Dibuka 1 April hingga 8 Mei 2026
- Tarikh Permohonan Program Temuduga: 1 April hingga 1 Mei 2026
- Temuduga (jika ada): 4 Mei – 8 Mei 2026.
- Tawaran Institusi: 11 Mei – 22 Mei 2026.
- Pengesahan Tawaran: 25 Mei – 7 Jun 2026.
- Cara Mohon: Permohonan boleh dilakukan melalui UP_TVET
- Syarat Asas: Warganegara Malaysia, sihat tubuh badan, memenuhi keperluan syarat program
- Yuran: Percuma, elaun RM200-300/bulan, asrama & makan disediakan.
- Terdapat 13 Program pengajian peringkat Sijil boleh dimohon untuk pelajar yang lulus SPM tapi gagal Matematik

Apa Itu TVETMARA?
TVETMARA ialah jenama tunggal yang menyatukan 25 institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Malaysia.
Ia menggabungkan Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII).
TVETMara memfokuskan “High Skill TVET” untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri Revolusi 4.0, dengan kadar kebolehpasaran mencecah 98.7% secara keseluruhan dan 100% untuk IKM.
Ia menawarkan pelbagai program sijil dan diploma kemahiran tinggi di institusi MARA seperti Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), dan Institut Perindustrian MARA-Jepun (MJII).
Penglibatan MARA dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kesinambungan dari zaman RIDA di mana usaha MARA menubuhkan IKM pada penghujung era 60-an dan enam buah lagi dekad 70-an boleh disifatkan sebagai pencetus kepada wujudnya pendidikan teknikal berteraskan keperluan industri.

Kelebihan TVET MARA
Berikut ialah beberapa kelebihan masuk TVETMARA:
- ELAUN SARA HIDUP DISEDIAKAN
- YURAN PENGAJIAN DITANGGUNG OLEH PIHAK MARA
- Pelajar Sabah dan Sarawak, MARA menyediakan tambang tiket kapal terbang pergi dan balik ke Semenanjung sekali sahaja semasa pengajian
- Pelajar Sabah ke Sarawak dan Sarawak ke Sabah, MARA menyediakan tambang tiket kapal terbang pergi dan balik sekali sahaja semasa pengajian begitu juga pelajar Semenanjung ke Sabah dan Sarawak
- ASRAMA ATAU PENGINAPAN DISEDIAKAN
- PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM DAN LUAR NEGARA
- PENGIKTIRAFAN MQA, ETAC, MBOT, JPK, INDUSTRI DAN BADAN PROFESIONAL
Syarat Umum Pengajian
Berikut ialah syarat-syarat umum pengajian di TVET MARA: (untuk syarat khusus setiap program, sila rujuk di bahagian seterusnya)
SYARAT PROGRAM PERDANA
- WARNAGENEGARA MALAYSIA
- TARAF BUMIPUTERA @ BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
- BERUMUR 17 – 45 TAHUN
- BERUMUR 16 – 45 TAHUN (BAGI PROGRAM TERPILIH)
- SIHAT TUBUH BADAN
- MEMENUHI KEPERLUAN SYARAT PROGRAM (RUJUK PADA PROGRAM YANG DITAWARKAN)
TVET TAHFIZ
- WARNAGENEGARA MALAYSIA
- TARAF BUMIPUTERA @ BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
- BERUMUR 17 – 45 TAHUN
- SIHAT TUBUH BADAN
- BERMINAT DALAM BIDANG TEKNIKAL
- MENGHAFAZ SEKURANG-KURANGNYA LIMA (5) JUZUK
TEKNOUSAHAWAN
- WARNAGENEGARA MALAYSIA
- TARAF BUMIPUTERA @ BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
- BERUMUR 17 – 45 TAHUN
- SIHAT TUBUH BADAN
- LULUS UJIAN KECENDERUNGAN (PHSYCOMETRIC TEST), TEMUDUGA DAN UJIAN AMALI
KELAYAKAN SETARA
- LULUSAN APEL – (20 – 45 TAHUN)
- LAIN-LAIN KELAYAKAN SETARA (RUJUK THE LIST ENTRY QUALIFICATIONS FOR INTERNATIONAL STUDENTS YANG DIKELUARKAN OLEH MQA SEPERTI LULUSAN IGCSE / O-LEVEL)

Cara Mohon TVETMARA 2026 (Sesi Julai)
Permohonan ke TVET MARA bagi sesi JULAI 2026 kini dibuka bermula 1 April 2026 sehingga 8 Mei 2026.
Permohonan boleh dibuat melalui portal TVETMARA (tvetmara.edu.my/) atau terus ke UP_TVET di pautan berikut: https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana
Anda juga boleh scan QR kod di bawah:

Program Ditawarkan & Syarat Khusus
Program Sijil TVET MARA
Terdapat 7 kluster yang ditawarkan untuk program Sijil TVETMARA, iaitu:
- Alam Bina
- Automatif
- Awam
- Elektrik
- Mekanikal Pembuatan
- Mekanikal Servis
- Minyak dan Gas
Rujuk nama program, lokasi institusi dan syarat khusus bagi setiap progam sijil yang ditawarkan di bawah:








Program Diploma TVET MARA
Terdapat 12 kluster yang ditawarkan untuk program Diploma TVETMARA, iaitu:
- Alam bina
- Automatif
- Awam
- Pemprosesan Bahan
- Bioperubatan
- Elektrik
- Elektronik
- Mekanikal Pembuatan
- Mekanikal Servis
- Minyak dan Gas
- Seni Bina Reka Bentuk
- Bioteknologi
Rujuk nama program, lokasi institusi dan syarat khusus bagi setiap progam diploma yang ditawarkan di bawah:



























Senarai Program Pengajian di TVETMara dengan Kelayakan: Lulus SPM & Subjek Matematik (Gagal)
Kalau keputusan SPM subjek Matematik gagal, boleh sambung belajar ke TVETMARA atau tidak?
Jawapan: Boleh.
13 Program pengajian peringkat Sijil masih boleh mohon untuk sambung pengajian di TVETMARA dengan kelayakan:
- 𝗦𝗣𝗠 – 𝗟𝘂𝗹𝘂𝘀
- 𝗠𝗔𝗧𝗘𝗠𝗔𝗧𝗜𝗞 – 𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹
1. Sijil Senibina – 1.5 Tahun
2. Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan – 1.5 Tahun
3. Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin – 1.5 Tahun
4. Sijil Teknologi Bekalan Air dan Pembentungan – 2 Tahun
5. Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan – 1.5 Tahun
6. Sijil Teknologi Bangunan – 2 Tahun
7. Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) – 3 Tahun
8. Sijil Teknologi Foundri – 1.5 Tahun
9. Sijil Teknologi Kimpalan – 1.5 Tahun
10. Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan – 1.5 Tahun
11. Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) – 1.5 Tahun
12. Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan – 1.5 Tahun
13. Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri – 1.5 Tahun

Senarai Program Pengajian Mengikut Lokasi
1. TVET MARA BESERI
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara Dan Penyejukan
- Diploma Teknologi Pengurusan dan Rekabentuk Penyamanan Udara
- Diploma Teknologi Automotif
- Diploma Kompetensi Elektrik (Industri)
- Diploma Kompetensi Elektrik (Domestik Dan Industri)
- Diploma Kompetensi Kimpalan
- Diploma Kompetensi Kimpalan ( 1.5 tahun )
- Diploma Teknologi Marin

2. TVETMARA LUMUT
- Sijil Senibina
- Sijil Teknologi Foundri
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
- Diploma Teknologi Automotif
- Diploma Teknologi Automotif Baik Pulih dan Kemasan Badan Kenderaan
- Diploma Kompetensi Elektrik (Domestik Dan Industri)
- Diploma Kompetensi Elektrik (Kuasa)
- Diploma Lanjutan Kompetensi Elektrik (Penjanaan)
- Diploma Kompetensi Kimpalan ( 1.5 tahun )
- Diploma Kompetensi Kimpalan
- Diploma Kompetensi Kimpalan ( TVET TAHFIZ )
- Diploma Teknologi Komputer ( Analisa Data Besar )
- Diploma Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan Pintar)
- Diploma Teknologi Perkhidmatan Air
- Diploma Teknologi Pengeluaran Perabot Kontemporari

3. TVETMARA BESUT
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
- Diploma Teknologi Automotif
- Diploma Kompetensi Elektrik (Industri)
- Diploma Kompetensi Elektrik (Penyelenggaraan)
- Diploma Kompetensi Kimpalan
- Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara (TVET TAHFIZ)
- Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara
- Diploma Teknologi Komputer (Komputasi Awan)

4. TVETMARA SRI GADING
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Sistem Termaju)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Geo-Struktur)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Pemodelan Maklumat Bangunan)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Forensik Bangunan Dan Penyelenggaraan)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Jalanraya Dan Pengangkutan)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan Dan Penyelenggaraan)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Bangunan Hijau)

5. TVETMARA SUNGAI PETANI
- Sijil Teknologi Bekalan Air Dan Pembetungan
- Diploma Teknologi Awam dan Struktur (Pemodelan Maklumat Bangunan)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik Gunaan
- Diploma Rekabentuk Pengiklanan Digital
- Diploma Senibina
- Diploma Pengeluaran Perabot
- Diploma Teknousahawan Upholsteri

6. TVETMARA REMBAU
- Diploma Perfileman Digital
- Diploma Rekabentuk Dalaman
- Diploma Rekabentuk Fesyen
- Diploma Rekabentuk Media Digital
- Diploma Rekabentuk Perabot
- Diploma Teknousahawan Fesyen

7. TVETMARA SIK
- Diploma Kompetensi Elektrik (Kuasa)
- Diploma Kompetensi Elektrik (Pengagihan)
- Diploma Teknologi Komputer (Sekuriti)
- Diploma Teknousahawan Pembinaan Dan Penyelenggaraan Landskap
- Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

8. TVETMARA PETALING JAYA
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Objek Rangkaian Internet)

9. TVETMARA SEBERANG PERAI UTARA
- Diploma Kompetensi Elektrik (Pengagihan)
- Diploma Lanjutan Kompetensi Elektrik (Penjanaan)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
- Diploma Teknousahawan Elektrik

10. TVET MARA PEKAN
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 :
– Sijil Senibina
– Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan
– Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan
– Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
– Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
– Sijil Teknologi Kimpalan
.
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮 :
– Diploma Kompetensi Elektrik (Kuasa)
– Diploma Lanjutan Kompetensi Elektrik (Penjanaan)
– Diploma Kompetensi Elektrik (Domestik dan Industri)
– Diploma Teknologi Automotif Komersial
– Diploma Teknologi Automotif (Servis)
– Diploma Teknologi Pembuatan
– Diploma Pengeluaran Perabot

11. TVETMARA PASIR MAS
- Diploma Senibina
- Diploma Kejuruteraan Elektrik
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Bangunan
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Rekabentuk

12. TVETMARA MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE
- Diploma Kejuruteraan Elektronik(Robotik & Automasi)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik(Sistem Terbenam)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik(Mikroelektronik)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran Elektronik & Kawalan)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik(Transmisi Data & Rangkaian)

13. TVET MARA MASJID TANAH
- Diploma Industri Pembuatan Komposit Aeroangkasa
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Plastik
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Polimer Komposit
- Diploma Industri Pengeluaran Seramik Termaju
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Seramik

14. TVETMARA LENGGONG
- Diploma Herba Dan Hasilan Semulajadi (Pembuatan)
- Diploma Herba Dan Hasilan Semulajadi (Sains Herba)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Loji
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Biokimia (Makanan)
- Diploma Teknologi Pembungkusan Dan Rekabentuk

15. TVET MARA LEDANG
– Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Terapeutik)
– Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Diagnostik)
– Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi Dan Pengimejan)
– Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
– Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal)
– Diploma Kompetensi Rangkaian Komputer dan Sistem Pentadbiran
TVET TAHFIZ
– Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Terapeutik)
– Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Diagnostik)
– Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi Dan Pengimejan)
– Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal)
– Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

16. TVETMARA KUANTAN
- Diploma Kejuruteraan Pembuatan ( Automasi Industri Dan Robotik )
- Diploma Kejuruteraan Pembuatan ( Kualiti Dan Produktiviti )
- Diploma Kejuruteraan Pembuatan ( Teknologi Dan Proses )
- Diploma Kejuruteraan Pembuatan ( Pembuatan Automotif )
- Diploma Kejuruteraan Pembuatan ( Rekabentuk Pembuatan )

17. TVET MARA KUALA LUMPUR
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 :
– Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
– Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Industri
– Sijil Teknologi Kimpalan
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮 :
– Diploma Kompetensi Elektrik (Domestik dan Industri)
– Diploma Kompetensi Elektrik (Pengagihan)
– Diploma Lanjutan Kompetensi Elektrik (Penjanaan)
– Diploma Teknologi Lukisan Rekabentuk (Mekanikal)
– Diploma Teknologi Lukisan Rekabentuk Mekanikal
– Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
– Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara
– Diploma Teknologi Pembaikan Struktur Pesawat

18. TVETMARA KOTA KINABALU
- Diploma Kompetensi Elektrik (Kuasa)
- Diploma Kompetensi Elektrik ( Domestik Dan Industri )
- Diploma Teknologi Automotif ( 4WD )
- Diploma Teknologi Automotif Pengemasan Kenderaan
- Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara
- Diploma Teknologi Awam dan Struktur ( Pemodelan Maklumat Bangunan )

19. TVET MARA KEMAMAN
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Operasi Loji)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Instrumentasi dan Kawalan)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Perpaipan)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Pesisir)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Pesisir)

20. TVET MARA JOHOR BAHRU
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 :
– Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin
– Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri
– Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
– Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
.
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮 :
– Diploma Industri Siapan Logam
– Diploma Kompetensi Elektrik (Kuasa)
– Diploma Kompetensi Kimpalan (1.5 tahun)
– Diploma Kompetensi Kimpalan (3 tahun)
– Diploma Kompetensi Elektrik (Penjanaan)
– Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
– Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik (TVET TAHFIZ)
– Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas
– Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik
– Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan

21. TVETMARA BINTULU
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Perpaian
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Struktur
- Siji; Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Loji)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Instrumentasi dan Kawalan Loji)

22. TVET MARA BALIK PULAU
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Tekan)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Suntikan Plastik)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
- Diploma Teknologi Pembuatan (Pekan + Balik Pulau) RUTP
- Diploma Teknologi Pembuatan

23. TVETMARA ALOR SETAR
- Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot
- Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Fabrik

24. TVET MARA JASIN
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 :
– Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan
– Sijil Teknologi Kimpalan
.
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮 :
– Diploma Teknologi Automotif (Jentera Berat)
– Diploma Teknologi Automotif (Servis)
– Diploma Teknologi Automotif Komersial (TVET TAHFIZ)
– Diploma Teknologi Automotif Komersial
– Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Komersial (Kenderaan Elektrik)
– Diploma Kompetensi Elektrik (Domestik dan Industri)
– Diploma Kompetensi Elektrik (Kuasa)
– Diploma Kompetensi Elektrik (Pengagihan)
– Diploma Lanjutan Kompetensi Elektrik (Penjanaan)
– Diploma Teknologi Kejuruteraan (Penyelenggaraan Industri)
– Diploma Teknologi Lukisan Rekabentuk Mekanikal (Jasin & KL)

25. TVETMARA KUCHING
- Diploma Kompentensi Elektrik (Domestik & Industri)
- Diploma Kompentensi Elektrik (Kuasa)
- Diploma Teknologi Automatif (4WD)
- Diploma Kompentensi Kimpalan
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin
- Sijil Teknologi Bangunan
- Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan

TVET MARA Tahfiz
Bagi lepasan tahfiz yang berminat untuk sambung pengajian dalam bidang kemahiran profesional, anada boleh mohon masuk ke program TVET Tahfiz.
Program TVET Tahfiz ini direka khas untuk melahirkan Huffaz Profesional, gabungan ilmu hafazan Al-Quran dan kemahiran teknikal berteraskan teknologi industri semasa.
Program ini diperluaskan ke 5 lokasi Institut Kemahiran MARA (IKM) terpilih di seluruh Malaysia bagi memberikan lebih banyak peluang kepada para pelajar tahfiz untuk menyambung pengajian ke arah kerjaya yang lebih berdaya saing.
Berikut adalah senarai program dan lokasi terkini:
- IKM JASIN – Diploma Teknologi Automotif Komersial
- IKM LUMUT – Diploma Kompetensi Kimpalan
- IKM BESUT – Diploma Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
- IKM PEKAN – Diploma Pengeluaran Perabot
- IKM JOHOR BAHRU – Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik (lokasi baharu)
- IKM LEDANG
- Diploma Kejuruteraan Elektronok Bioperubatan (Terapeutik)
- Diploma Kejuruteraan Elektrobik Bioperubatan (Diagnostik)
- Diploma Kejuruteraan Elektrobik Bioperubatan (Radiologi & Pengimejan)
- Diploma Kejuruteraan Elektrobik Bioperubatan (Makmal)
- Diploma Kejuruteraan Elektrobik Bioperubatan (Teknologi Maklumat & Komunikasi)
Syarat Masuk TVET Tahfiz:
- Berumur 17 – 45 tahun
- Berminat dalam bidang teknikal
- Sihat tubuh badan
- Menghafal sekurang-kurangnya 5 juzuk
Sebarkan maklumat ini kepada anak, saudara, atau rakan anda yang merupakan lepasan tahfiz – ini peluang untuk jadi Huffaz yang Mahir, Profesional & Berjaya dalam bidang teknikal masa hadapan!

Kenapa Perlu Pilih TVETMARA?
Berikut ialah beberapa sebab utama anda perlu pilih masuk ke TVET MARA:
- Kebolehpasaran Tinggi: Kadar kebolehpasaran graduan melebihi 90%.
- Latihan Praktikal Terbaik: Latihan hands-on disediakan bagi mempersiapkan pelajar untuk cabaran industri.
- Kurikulum Terkini: Program di institusi ini sentiasa dikemas kini untuk memastikan anda mempunyai kelebihan di pasaran.
- Peluang Sambung Belajar: Graduan di institusi ini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, dalam dan luar negara, membuka lebih banyak peluang untuk karier yang lebih cerah.
- Tenaga Pengajar Berpengalaman: Bimbingan daripada pakar industri yang berpengalaman dan bersedia membantu pelajar.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah seperti berikut:
i- Peringkat Sijil
- 24 Bulan (termasuk Latihan Industri)
- 36 Bulan (termasuk Latihan Industri) – Elektrik (Kuasa) sahaja
- Sijil Teknologi Kejuruteraan
- Sijil Teknologi
ii- Peringkat Diploma
- 24 – 36 Bulan (termasuk Latihan Industri)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan
- Diploma Kejuruteraan
- Diploma Teknousahawan
- Diploma Industri
- Diploma Kompetensi
Elaun Yang Ditawarkan
Setiap pelajar akan diberi Elaun sebanyak:
- Program Diploma RM 300.00 sebulan
- Program Sijil RM 250.00 sebulan
Tarikh-Tarikh Penting
Berikut ialah tarikh-tarikh penting pengambilan TVET sesi Julai 2026:
Maklumat Ambilan Siri Perdana: 2/2026
| Perkara | Tarikh Mula | Tarikh Tamat |
|---|---|---|
| Permohonan | 01/04/2026 | 08/05/2026 |
| Temuduga (Jika ada) | 04/05/2026 | 08/05/2026 |
| Tawaran Institusi Kepada Calon | 11/05/2026 | 22/05/2026 |
| Calon Setuju Terima Tawaran | 25/05/2026 | 07/06/2026 |
| Rayuan | 08/06/2026 | 30/06/2026 |

Lokasi TVET MARA Seluruh Malaysia
Terdapat 25 institusi TVETMARA di seluruh Malaysia, iaitu:
| Institusi | Telefon |
|---|---|
| TVETMARA Beseri | 04-938 4021 / 04-938 4022 |
| TVETMARA Alor Setar | 04-772 9940 |
| TVETMARA Jitra | 04-669 2045 / 04-669 5964 |
| TVETMARA Sungai Petani | 04-421 2382 |
| TVETMARA Balik Pulau | 04-573 2120 / 04-573 2135 |
| TVETMARA Seberang Perai Utara | 04-866 5805 / 04-573 2135 |
| TVETMARA Lenggong | 05-751 0007 |
| TVETMARA Lumut | 05-688 4401 / 05-688 1403 |
| TVETMARA Kuala Lumpur | 03-928 4455 / 03-928 4535 |
| TVETMARA Petaling Jaya | 03-7782 8971 / 03-7782 7823 |
| TVETMARA IKM (Institut Kemahiran MARA) | 03-8724 9344 / 03-8724 9355 |
| TVETMARA Rembau | 06-687 0470 |
| TVETMARA Jasin | 06-529 1561 / 06-529 2595 |
| TVETMARA Masjid Tanah | 06-385 1104 |
| TVETMARA Seremban | 07-453 2572 |
| TVETMARA Segamat | 06-975 6200 / 06-975 6201 |
| TVETMARA Johor Bahru | 07-237 0001 |
| TVETMARA Pasir Mas | 09-791 7558 / 09-791 6558 |
| TVETMARA Besut | 09-695 7244 / 09-695 8795 |
| TVETMARA Kemaman | 09-882 9292 |
| TVETMARA Kuantan | 09-536 6871 / 09-536 6872 |
| TVETMARA Pekan | 09-426 3404 |
| TVETMARA Kuching | 082-441 149 / 082-441 023 |
| TVETMARA Bintulu | 086-311 313 / 086-334 122 |
| TVETMARA Kota Kinabalu | 088-450 697 / 088-456 645 |

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai TVETMARA, sila rujuk:
Bahagian Kemahiran & Teknikal
Tingkat 20 & 21, Ibu Pejabat MARA,
50609, Kuala Lumpur
Unit Pengambilan Pelajar
Tel : 03-26134288 / 34289 / 34290
Unit Promosi
Tel : 03-26134367
Whatsapp : 013-9498063

Muat turun eBrochure TVET MARA dalam bentuk PDF di bawah:
Soalan Lazim TVETMARA
TVETMara ialah jenama tunggal yang menyatukan 25 institusi TVET di bawah MARA, termasuk 14 IKM, 10 KKTM dan 1 MJII, dilancarkan Januari 2026 untuk memfokuskan “High Skill TVET”.
GiatMARA menawarkan SKM Tahap 1-3 (kursus kemahiran asas), manakala TVETMara (IKM/KKTM/MJII) fokus SKM Tahap 3-5 dan diploma teknikal tinggi.
Empat kali: Sesi Januari, Mei, Julai dan Oktober melalui portal MARA atau myTVET.
Warganegara Malaysia Bumiputera, lulus SPM (sekurang-kurangnya 1 kredit atau Grade E dalam 3 subjek). Gagal Matematik dibenarkan untuk kluster vokasional rendah seperti automotif dan pembinaan.
Sepenuh Masa.
MARA hanya mengenakan Yuran Pendaftaran Sahaja iaitu:
– Anggaran RM1,000.00 (maksimum) bagi Semester 1 sahaja
– Anggaran RM200-300 bagi semester seterusnya
*Struktur bayaran tertakluk kepada institusi & program masing-masing
Yuran Pengajian bagi sepanjang pengajian dibiayai sepenuhnya oleh MARA.
Ya, asrama tersedia bergantung institusi dan kapasiti, biasanya untuk pelajar luar bandar.
Tidak.
Tidak.
Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat untuk masuk ke TVETMARA untuk sesi pengambilan Julai 2026, anda boleh membuat permohonan bermula 1 April 2026 sehingga 8 Mei 2026 di portal TVETMARA (tvetmara.edu.my/) atau terus ke UP_TVET di pautan berikut: https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana




