Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Malaysia terus mencuri perhatian dunia apabila kempen Visit Malaysia 2026 berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa, manakala jumlah pelawat antarabangsa ke negara ini mencecah 21.2 juta orang bagi separuh pertama 2026.

Lebih menarik, video kempen Visit Malaysia 2026 bertajuk “Surreal Experiences” berjaya membawa pulang PATA Gold Award 2026 dalam kategori Marketing – Travel Video.

Anugerah tersebut disampaikan pada Majlis PATA Gold Awards 2026 yang berlangsung sempena PATA Travel Mart (PTM) 2026 di Kuching, Sarawak.

“Surreal Experiences” Bawa Wajah Malaysia Ke Mata Dunia

Berdurasi tiga minit, video “Surreal Experiences” mengetengahkan keunikan Malaysia menerusi kepelbagaian tarikan, budaya, masyarakat dan pengalaman pelancongan yang autentik.

Video ini turut menampilkan elemen perpaduan, keharmonian, kemesraan dan kepelbagaian budaya Malaysia, lengkap dengan muzik daripada penyanyi tempatan terkenal, Ernie Zakri.

Menariknya, lirik dalam video tersebut menggunakan pelbagai bahasa yang mencerminkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Sejak dilancarkan pada 2025, video berkenaan telah digunakan dalam pelbagai pameran pelancongan antarabangsa, roadshow, ekspo dan misi jualan di seluruh dunia bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf global.

Sepilok Orangutan, Sabah
Kota Belud, Sabah
Pulau Metinggi, Johor
Cameron Highland, Pahang
Sky Mirror, Selangor
Gunung Kinabalu, Sabah

Pelawat Antarabangsa Cecah 21.2 Juta!

Pengiktirafan ini hadir ketika prestasi sektor pelancongan Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif.

Bagi Januari hingga Jun 2026, Malaysia merekodkan sebanyak 21.2 juta ketibaan pelawat antarabangsa, meningkat 2.5% berbanding 20.6 juta dalam tempoh sama pada 2025.

Dengan kempen Visit Malaysia 2026–2027 yang sedang giat dijalankan, promosi seperti “Surreal Experiences” menjadi antara medium penting untuk memperkenalkan tarikan Malaysia kepada pelancong dari seluruh dunia.

Filipina Jadi Pasaran Penting Malaysia

Dalam perkembangan berkaitan, Tourism Malaysia turut memperkukuh hubungan industri pelancongan dengan Filipina menerusi Sales Mission to the Philippines 2026 yang berlangsung dari 16 hingga 23 Ogos 2026.

Misi tersebut melibatkan tiga bandar utama iaitu Manila, Davao dan Cebu.

Sebanyak 21 organisasi dan pemain industri pelancongan Malaysia menyertai misi berkenaan, termasuk agensi pelancongan negeri, ejen pelancongan, pengendali pelancongan, syarikat penerbangan, platform tempahan dalam talian serta hotel dan penginapan.

Mereka berpeluang bertemu 340 pembeli dan rakan industri pelancongan Filipina menerusi sesi perniagaan, networking, pembentangan destinasi dan business matching.

Hampir 60 Penerbangan Seminggu Malaysia-Filipina

Malaysia juga mempunyai hubungan penerbangan yang kukuh dengan Filipina, dengan kira-kira 59 penerbangan seminggu yang menawarkan lebih 11,615 tempat duduk.

Penerbangan ini menghubungkan Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan beberapa destinasi lain di Malaysia dengan bandar-bandar utama Filipina seperti Manila dan Cebu.

Setakat Jun 2026, Malaysia telah menerima 299,633 pelawat dari Filipina, meningkat 1.13% berbanding 296,298 pelawat dalam tempoh sama pada 2025.

‘Pantai Cantik, Syurga Makanan’ – Malaysia Ada Banyak Tarikan Menarik

Melalui misi tersebut, Tourism Malaysia turut mengetengahkan pelbagai pengalaman yang boleh dinikmati pelancong Filipina, termasuk:

  • Bandar-bandar menarik
  • Pulau dan destinasi alam semula jadi
  • Pengalaman membeli-belah bertaraf dunia
  • Tarikan mesra keluarga
  • Budaya dan warisan yang unik
  • Kepelbagaian makanan dan pengalaman kulinari
  • Kemudahan serta pengalaman pelancongan mesra Muslim

Kesemua tarikan ini dilihat mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pilihan pelancongan bagi riadah, acara perniagaan, membeli-belah, alam semula jadi, budaya dan pelancongan mesra Muslim.

@malaysiatrulyasia

A brand new day begins in Kuala Lumpur 😎 We couldn’t resist channelling the end-credit energy of Spider-Man: Brand New Day into our very own Kuala Lumpur edition. Iconic sights, stunning cityscapes and #SurrealExperiences in every frame. ✨ Which iconic KL spot deserves its own cinematic moment? Let us know below! 👇🏻 #VisitMalaysia2026 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia #KualaLumpur

♬ original sound – Tourism Malaysia – Tourism Malaysia
Kuala Lumpur
@malaysiatrulyasia

There’s something special about slowing down in Kampung Kuala Sungai Yan. 🌿💚 From peaceful fishing village scenes and scenic coastal views to the simple charm of countryside life, this little corner of Yan is a beautiful escape from the everyday rush. 🌊✨ 📍 Kampung Kuala Sungai Yan, Yan, Kedah 📸 Credit to: @LensaBerdua #VisitMalaysia2026 #VisitMalaysia2027 #SurrealExperiences #CutiCutiMalaysia #Kedah

♬ original sound – Tourism Malaysia – Tourism Malaysia
Kampung Kuala Sungai Yan, Kedah
@malaysiatrulyasia

Need a break from the noise? Find your calm at Lankayan Island, one of Sabah’s best-kept secrets, just 90 minutes by boat from Sandakan. 🌅✨ Perfect for couples and dreamers, this quiet island offers powdery white sands, turquoise waters, and sunsets that feel like a movie scene.💙🌴 📍 Lankayan Island, Sabah #VisitMalaysia2026 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia #Sabah

♬ suara asli – bunda JONGIN – bunda JONGIN
Pulau Lankayan, Sabah
Metropolitan Kuala Lumpur
Batu Caves, Selangor

Malaysia Terus Kejar Sasaran Visit Malaysia 2026–2027

Dengan jumlah pelawat yang semakin meningkat serta pengiktirafan antarabangsa yang diraih, Tourism Malaysia optimis untuk terus memperkukuh promosi negara di peringkat global.

Kempen Visit Malaysia 2026, yang dilanjutkan sehingga 2027, turut memberi penekanan kepada pembangunan pelancongan mampan selain mengetengahkan kekayaan alam semula jadi, warisan budaya dan kepelbagaian pengalaman yang ditawarkan Malaysia.

Pendek kata, Malaysia bukan sekadar destinasi untuk dilawati tetapi pengalaman yang mahu diceritakan semula.

Penulis
Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku