TVET Pertanian ialah program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang khusus dalam bidang pertanian di Malaysia.
Permohonan program TVET Pertanian bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) kini dibuka bagi sesi pengambilan Julai 2026 menerusi portal UP TVET di pautan: https://www.tvet.gov.my/login
Bidang bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir untuk menyokong sektor pertanian, termasuk pengeluaran tanaman, ternakan dan pemprosesan hasil tani.
Rujuk info penuh permohonan TVET Pertanian untuk sesi pengambilan Julai 2026 di bawah.
Ringkasan Permohonan TVET Pertanian Sesi Julai 2026
- TVET Pertanian ialah program latihan vokasional pertanian di Malaysia yang menggabungkan 70% praktikal dan 30% teori untuk kemahiran tanaman, ternakan dan kejuruteraan.
- Tarikh Permohonan: Dibuka 1 April 2026 hingga 8 Mei 2026
- Kelebihan: Yuran percuma, elaun RM200-RM300/bulan, penginapan disediakan, makan minum percuma, kadar kebolehpasaran 95.1%; fokus pertanian selaras DAN.
- Syarat: Warganegara Malaysia, berumur 17 – 30 tahun, sihat tubuh badan, boleh membaca, menulis dan mengira (3M) dan sebagainya

Apa Itu TVET Pertanian?
Program TVET Pertanian merupakan program TVET yang menawarkan pendidikan dan latihan dalam bidang pertanian seperti pengeluaran tanaman, pengurusan ternakan, dan pengendalian lepas tuai, dilihat boleh membantu meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kualiti tanaman/ternakan yang dihasilkan di Malaysia.
Program seumpama diwujudkan bagi menyediakan pelatih dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan teori untuk berjaya dalam sektor pertanian.
Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan Dasar Agromakanan Negara yang bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan domestik yang semakin meningkat dan pembangunan pertanian bernilai tinggi yang dapat meningkatkan sumbangan kepada pendapatan negara dan usahawan tani.
Graduan daripada program ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) mempunyai peluang kerjaya dalam sektor pertanian, termasuk menjadi usahawan tani, usahawan pemasaran, dan sebagainya.

Syarat Permohonan
Permohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 17 – 30 tahun
- Sihat tubuh badan
- Boleh membaca, menulis dan mengira (3M)
- Pemohon naik tahap perlu memiliki/lulus SKM Tahap sebelumnya dalam bidang sama
- Pelajar Kolej Vokasional juga layak memohon dengan sijil SKM berkaitan
Cara Memohon
Permohonan TVET Pertanian untuk sesi pengambilan JULAI 2026 boleh dibuat menerusi portal TVET MADANI di pautan berikut: https://www.tvet.gov.my/login.
Tarikh Permohonan Dibuka
Tarikh permohonan dibuka melalui platform UP_TVET dibuka mulai 1 April 2026 hingga 8 Mei 2026 untuk kursus jangka panjang di institusi awam bawah 12 kementerian, termasuk bidang TVET pertanian.
Ia merangkumi proses temuduga (4-8 Mei 2026), tawaran institusi (11-22 Mei 2026) dan rayuan (8-30 Jun 2026).

Kelebihan TVET Pertanian
Kelebihan bagi pelajar yang melanjutkan pengajian dalam TVET ini adalah seperti berikut:
- Melanjutkan pengajian di 16 institut latihan TVET pertanian awam seluruh Malaysia.
- Yuran, penginapan dan makan minum percuma.
- Elaun bulanan RM200-RM300.
- Pengajian selaras keperluan industri pelbagai geran dan bantuan dari kerajaan.
Senarai Intitusi TVET Pertanian
Senarai institusi ini di seluruh negara adalah seperti berikut:
- Kolej Pertanian Malaysia, Kedah
- Institut Latihan Mekanisasi dan Automasi Peladang, Kelantan
- Institut Veterinar Malaysia, Johor
- Institut Teknologi Unggas, Melaka
- Institut Latihan FAMA, Kelantan
- MADA Rice Training Centre, Kedah
- Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu
- Pusat Bertauliah MARDI, Selangor
- Institut Pertanian Sabah
- Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak
- Institut Pertanian Serdang, Selangor
- Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
- Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
- Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang
- Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
- Institut Pertanian Sarawak, Semongok
Bidang Ditawarkan
Bidang yang ditawarkan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
| NO | NAMA PB | KOD & BIDANG | SYARAT KELAYAKAN | JANTINA | TARIKH PENDAFTARAN |
| 1 | Kolej Pertanian Malaysia (KPM),Kedah | SIJIL OPERASI PENGELUARAN TANAMAN TVET(S1)/K06022/A016-001-3:2016-MT-B | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI DAN PEREMPUAN | 26 julai 2026 |
| DIPLOMA PENYELARASAN TEKNOLOGI TANAMAN TVET(S1)/K06022/A016-001-4:2016-MT-B | *Memiliki dan Lulus SKM Tahap sebelumya di dalam Bidang yang sama contoh; Sijil operasi pengeluaran tanaman tahap 3 | LELAKI DAN PEREMPUAN | 26 julai 2026 | ||
| SIJIL OPERASI JUALAN DAN PEMASARAN PRODUK BERASASKAN PERTANIAN TVET(S1)/K06022/A016-003-3:2020-MT-A | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI DAN PEREMPUAN | 26 julai 2026 | ||
| SIJIL PENGELUARAN MAKANAN (Pemprosesan) TVET(S1)/K06022/C107-002-3:2020-MT-A | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI DAN PEREMPUAN | 26 julai 2026 | ||
SIJIL PENYELIAAN LADANG RUMINAN (naik tahap) TVET(S1)/K06022/A014-001-3:2019-MT-B | *Memiliki dan Lulus SKM Tahap sebelumya di dalam Bidang yang sama contoh; Sijil pengendalian ruminan tahap 2 | LELAKI DAN PEREMPUAN | 13.8.2026 | ||
| SIJIL PENYELIAAN LADANG RUMINAN TVET(S1)/K06022/A014-001-3:2019-ST-A | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI DAN PEREMPUAN | 26 julai 2026 | ||
SIJIL PENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR AIR TAWAR TVET(S1)/K06022/A032-006-3:2022-ST-A | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI DAN PEREMPUAN | 26 julai 2026 | ||
| 2 | Institut Pertanian Kuala Lipis (IPKL) | SIJIL OPERASI PENGELUARAN TANAMAN TVET(S1)/K06018/A016-001-3:2016-MT-C | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI SAHAJA | 27 Julai 2026 |
| 3 | Institut Teknologi Unggas , Melaka (ITU) | SIJIL OPERASI LADANG POLTRI TVET(S1)/K06028/A014-006-3:2022-MT-A | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | 17 LELAKI 8 PEREMPUAN | 27 Julai 2026 |
| 4 | Institut Pertanian Bumbong Lima (IPBL) | SIJIL OPERASI PENGELUARAN TANAMAN TVET(S1)/K06029/A016-001-3:2016-MT-B | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI SAHAJA | 27 Julai 2026 |
| 5 | Institut Pertanian Serdang (IPS) | SIJIL OPERASI PENGELUARAN TANAMAN TVET(S1)/K06026/A016-001-3:2016-MT-C | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | 15 LELAKI 10 PEREMPUAN | 27 Julai 2026 |
| 6 | Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin, Perak (KPSN) | SIJIL OPERASI AKUAKULTUR MARIN TVET(S1)/K06034/A032-002-2:2017-MT-B | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI DAN PEREMPUAN | 27 Julai 2026 |
| SIJIL PENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN TVET(S1)/K06034/A032-002-3:2017-MT-B | *Memiliki dan Lulus SKM Tahap sebelumya di dalam Bidang yang sama contoh; Sijil Operasi Akuakultur Marin tahap 2 | LELAKI DAN PEREMPUAN | 27 Julai 2026 | ||
| SJIL OPERASI PERIKANAN TANGKAPAN TVET(S1)/K06034/A031-002-3:2022-MT-A | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI SAHAJA | 27 Julai 2026 | ||
| 7 | Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) | SIJIL PENGELUARAN MAKANAN (PEMPROSESAN) TVET(S1)/K06036/C107-002-3:2020-MT-B | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | PEREMPUAN SAHAJA | 27 Julai 2026 |
| 8 | INSTITUT PERTANIAN AYER HITAM, JOHOR (IPAH) | SIJIL OPERASI PENGELUARAN TANAMAN TVET(S1)/K06031/A016-001-3:2016-MT-C | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI SAHAJA | 3 ogos 2026 |
| 9 | INSTITUT VETERINAR MALAYSIA, JOHOR (IVM) | SIJIL PENGENDALIAN LADANG RUMINAN TVET(S1)/K06020/A014-001-2:2019-MT-C | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI DAN PEREMPUAN | 3 ogos 2026 |
| SIJIL PENYELIAAN LADANG RUMINAN TVET(S1)/K06020/A014-001-3:2019-MT-C | “Memiliki dan Lulus SKM Tahap sebelumya di dalam Bidang yang sama contoh; Sijil Pengendalian ladang ruminan TAHAP 2 | LELAKI DAN PEREMPUAN | 3 ogos 2026 | ||
| 10 | AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA | SIJIL OPERASI PERIKANAN TANGKAPAN (SKM TAHAP 3) TVET(S1)/K06019/A031-002-3:2022-MT-A | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI SAHAJA | 26 julai 2026 |
| 11 | INSTITUT LATIHAN MEKANISASI DAN AUTOMASI PELADANG (ILMAP) | Sijil Penyelenggaraan & Baikpulih Jentera Kecil Dan Peralatan Pertanian TVET (S1)/K06038/C331-004-0043:2017-MT-B | *Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis | LELAKI SAHAJA | 26 julai 2026 |
Lihat senarai penuh bidang di pautan berikut: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1UlK–PEyxg2KsiZ42WZM4-8FxUv-gtA9joUstizGbxE/edit?usp=sharing
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai TVET Pertanian, sila rujuk:
- Portal UP TVET
- Portal Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Talian 03-8870 1702 atau WhatsApp ke 019-289 8072
Soalan Lazim TVET Pertanian
TVET Pertanian ialah program Sijil Pertanian yang melatih kemahiran pengurusan tanaman (buah-buahan, sayur-sayuran), ternakan (lembu, ayam, ikan), pemprosesan hasil tani, kejuruteraan pertanian, landskap dan keusahawanan; 70% praktikal, 30% teori, selaras Dasar AgroMakanan Negara (DAN).
Pelajar yang melanjutkan pengajian program ini akan ditaja Kerajaan merangkumi yuran, penginapan dan makan minum.
Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
– Warganegara Malaysia
– Berumur 17 – 30 tahun
– Sihat tubuh badan
– Boleh membaca, menulis dan mengira (3M)
– Pemohon naik tahap perlu memiliki/lulus SKM Tahap sebelumnya dalam bidang sama
– Pelajar Kolej Vokasional juga layak memohon dengan sijil SKM berkaitan
Peringkat pengajian yang ditawarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
Tarikh tutup permohonan TVET Pertanian bagi sesi Julai 2026 adalah sehingga 8 MEI 2026.
Baca juga: TVET MARA : Semakan Permohonan KKTM, MJII & IKM (2026)



