Perikatan Nasional (PN) : Sejarah, Parti Komponen, Organisasi

Parti Perikatan Nasional(PN) ditubuhkan pada 7 Ogos 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Mac 2020.

Sebelumnya, parti ini dikenali sebagai Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) atau Malaysian Part Alliance Association.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai parti ini.

Sejarah Penubuhan

Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan hasil persefahaman yang termeterai antara Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS YB Tan Sri Hj. Abdul Hadi Awang selepas perletakan jawatan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 secara mengejut pada 23 Februari 2020.

Penubuhan kerajaan Perikatan Nasional ini juga disokong oleh Presiden PBB merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Presiden STAR, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dan Presiden PBS, YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Ketua-ketua parti tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk mengangkat Presiden BERSATU sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang baharu dan kesepakatan tersebut telah diperkenan oleh Ke Bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Ini akhirnya menyaksikan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang sah berdasarkan Perlembagaan Negara. Seluruh rakyat menjunjung kasih Ke Bawah Seri Paduka Baginda atas kebijaksanaan Baginda menyelesaikan kemelut politik yang berlaku pada ketika itu.

Hakikatnya, Perikatan Nasional lahir ketika Negara menghadapi pelbagai krisis seperti politik, masalah perkauman dan ujian wabak Covid-19 yang semakin menular. Keperluan untuk membentuk sebuah kerajaan baharu tercetus akibat dari ketidakpuasan hati rakyat atas beberapa dasar dan tindakan kerajaan Pakatan Harapan.

Jangka masa 22 bulan di bawah Pakatan Harapan, menyaksikan kegagalan parti PH menunaikan pelbagai janji manifesto, pertikaian mengenai hak istimewa orang Melayu, pengurusan ekonomi yang lemah dan berbagai isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan Negara.

Ekoran daripada itu, beberapa perbincangan awal telah diadakan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen mewakili parti-parti politik yang berkongsi aspirasi yang sama untuk merangka strategi menyelamatkan Negara dan mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan supaya Perdana Menteri ketika itu meneruskan kepimpinan dengan kerajaan yang baharu.

Ketika pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat, kedudukan kerajaan-kerajaan negeri juga diambil kira bagi memastikan wujud kesinambungan antara kepimpinan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Bagi tujuan tersebut, kerjasama politik tidak dijalinkan atas dasar parti yang mempunyai bilangan ADUN terbesar semata-mata, tetapi ia juga atas dasar tolak ansur dan persetujuan bersama di antara semua parti yang terlibat.

PN mengharapkan kerjasama dan ikatan perpaduan yang terjalin ini akan terus utuh membawa aspirasi rakyat dan Negara.

Persefahaman dan tolak ansur menjadi kunci agar kepercayaan ini tidak hancur dirobek oleh ketamakan sesetengah pemimpin yang mengutamakan kepentingan peribadi semata-mata.

Sumber : MY PN

Baca Juga : PAS : Senarai Calon PRU15, Sejarah, Ahli Jawatankuasa Harian

Parti Komponen PN

Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah diterima sebagai parti komponen kelima yang sah pada 11 Februari 2021 setelah menghantar surat permohonan untuk menyertai Parti Perikatan Nasional yang dibuat pada tahun 2020 lalu.

Lima buah parti komponen iaitu yang membentuk parti Perikatan Nasional adalah :

  • Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
  • Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
  • Parti Progresif Sabah (SAPP)
  • Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)
Perikatan Nasional

Senarai Calon PN Untuk PRU15

Calon-calon yang bakal bertanding di bawah parti Perikatan Nasional boleh disemak menerusi pautan berikut :

Senarai Calon Perikatan Nasional Untuk PRU15

Ahli Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional

Perikatan Nasional

Pengerusi : YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

Timbalan Pengerusi :

  • YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu
  • YB Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang
  • YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
  • YB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee   
  • YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan

Setiausaha Agung : YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin

Bendahari Agung : YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Ketua Penerangan : YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Pengarah Pilihan Raya : YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Ketua Wanita : YB Datuk Seri Rina Mohd Harun

Timbalan Ketua Wanita : YB Senator Nuridah Mohd Salleh

Naib Ketua Wanita :

  • YBrs Puan Janice Wong Oi Foon
  • YBrs Puan Flovia Ng

Ketua Pemuda : YB Ahmad Fadhli Shaari

Timbalan Ketua Pemuda : YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Naib Ketua Pemuda

  • YBrs Encik Wong Chia Zhen (memangku)
  • YBrs Encik Kong Soon Choi

Ahli Majlis Tertinggi

  • YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
  • Edward Dagul   
  • Oh Tong Keong

Setiausaha Eksekutif : YBrs Tuan Haji Saiful Adli Mohd Arshad

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkembangan Parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini, sila ikuti laman Facebook Perikatan Nasional.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!