PAS : Senarai Calon PRU15, Sejarah, Ahli Jawatankuasa Harian

Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) ditubuhkan pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya.

PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui senarai calon PRU15 daripada PAS serta maklumat mengenai parti ini.

Baca Juga : [RASMI] Senarai Calon Perikatan Nasional PRU15

PAS

Sejarah PAS

PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Para ulamak menolak bentuk-bentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan.

Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia.

Kesedaran awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu.

Longgokan kesedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walaubagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa.

Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang).

Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang).

Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara.

PAS

Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor.

Sempena PRU15, PAS kini bergabung di bawah Parti Perikatan Nasional bersama dengan 3 parti lain iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Senarai Calon PRU15 Parti PAS

Senarai calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU15 adalah seperti berikut :

  • P.019 Tumpat :Datuk Mumtaz Md Nawi
  • P.020 Pengkalan Chepa : Datuk Ahmad Marzuk Shaary
  • P.021 Kota Bharu : Datuk Seri Takiyuddin Hassan
  • P.022 Pasir Mas : Ahmad Fadhli Shaari
  • P.023 Rantau Panjang :Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
  • P.024 Kubang Kerian : Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
  • P.025 Bachok : Mohd Syahir Che Sulaiman
  • P.027 Tanah Merah : Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz
  • P028 Pasir Puteh : Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
  • P.029 P030 Jeli : Zahari Kechik
  • P.031 Kuala Krai : Abdul Latiff Abdul Rahman
  • P.032 Gua Musang : Mohd Azizi Abu Naim
  • P.033 Besut : Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh
  • P.034 Setiu : Ust Shaharizukirnan bin Abd Kadir
  • P.035 Kuala Nerus : Dato’ Dr Alias bin Razak
  • P.036 Kuala Terengganu : Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
  • P.037 Marang : Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
  • P.038 Hulu Terengganu : Dato’ Rosol bin Wahid
  • P.039 Dungun : Ustaz Wan Hassan bin Mohd Ramli
  • P.040 Kemaman : Ustaz Che Alias bin Hamid
  • P.041 Kepala Batas : Dr. Siti Mastura Mohamad
  • P.088 Temerloh : Salamiah Mohd Noor
  • P.109 Kapar : Dr. Halimah Ali 
  • P.116 Wangsa Maju : Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh
  • P.119 Titiwangsa : Dr. Rosni Adam
  • P.149 Sri Gading : Zanariyah Abdul Hamid
PAS
PAS

Ahli Jawatankuasa Harian PAS Pusat Sesi 2021-2023

Presiden : YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden : YB Dato’ Sri Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden

  • YB Senator Datuk Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
  • YAB Dato’ Seri Dr Haji Ahmad Samsuri Mokhtar
  • YB Ustaz Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah

Ketua Dewan Ulamak/PJ Kedah : YB Senator Ustaz Haji Ahmad bin Saad @Yahaya

Ketua Dewan Pemuda : YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

Ketua Dewan Muslimat : YB Senator Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh

Setiausaha Agung : YB Datuk Seri Haji Takiyuddin Hassan

Senarai Ahli Majlis Syura ‘Ulamak Parti Islam Se-Malaysia Sesi 2015-2025

Mursyidul Am : YBhg Tuan Guru Dato’ Haji Hashim bin Jasin

Timbalan Mursyidul Am : YAB Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Dato’ Hj Ahmad bin Yakob

Setiausaha :       

YB Dato’ Dr Nik Mohamad Zawawi bin Salleh

Ahli

  • YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang
  • YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
  • YB Senator Ustaz Idris bin Ahmad
  • YB Dato’ Dr Johari Mat
  • YBhg Tuan Guru Dato’ Dr Mahfodz Mohamed
  • YBhg Dato’ Taib Azamudden bin Md Taib
  • YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim (Bendahari)
  • YBhg Prof Madya Dr Aminurraasyid bin Yatiban
  • YBhg Dr Wahibah binti Twahir @ H Tahir
  • YBhg Tuan Guru Hj Ahmad bin Ali
  • YBhg Profesor Datuk Dr Mohd Yakub Zulkifli bin Mohd Yusoff
  • YBhg Profesor Madya Dr Shukeri bin Mohamad

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkembangan PAS, sila ikuti laman Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat dan laman rasmi PAS di pautan https://pas.org.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!