Advertisements

PerantiSiswa: Semakan Status & Tarikh Terima Peranti

Advertisements

Pemakluman keputusan permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia boleh disemak mulai 29 Ogos 2022 secara online.

Kerajaan setuju beri terus peranti kepada penerima inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia, tidak perlu dipulangkan

perantisiswa
Isi Kandungan tutup
Maklumat Lanjut Tentang Pakej PerantiSiswa

PerantiSiswa Tidak Perlu Dipulangkan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semasa katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 3 September, bahawa kerajaan bersetuju untuk memberikan peranti berjenama terkenal secara terus kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa.

Beliau berkata, pemberian peranti ini adalah sebagai penghargaan dan diharap menjadi pemangkin bagi penerima PerantiSiswa untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang.

“Umum mengetahui bahawa Inisiatif PerantiSiswa ini diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) di mana mahasiswa perlu serahkan semula peranti setelah tamat pengajian.

“Namun atas maklum balas yang memberangsangkan semasa sesi pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 15 Ogos lalu, terdapat cadangan supaya PerantiSiswa ini diberikan secara terus kepada mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang

“Jadi pelajar tak perlu pinjam, tak perlu pulang balik tetapi kerajaan akan bagi terus,”

Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, 3 September 2022

Sementara itu, tarikh penerimaan peranti juga telah dimaklumkan bagi Fasa 1 dan Fasa 2. Sila ikuti maklumat penuh melalui artikel ini.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Bagi yang belum memohon, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) masih membuka permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan dan permohonan.

Apakah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.

Syarat Kelayakan PerantiSiswa

Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?

Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

Inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Jenis Peranti Yang Dibekalkan

Pemohon yang lulus akan dibekalkan dengan sebuah peranti iaitu Samsung Galaxy A8 LTE.

Rujuk spesifikasi tablet melalui jadual di bawah:

Jenama / ModelSamsung Galaxy Tab A8 LTE
PaparanTFT 10.5 inci WUXGA (1920 x 1200 piksel)
Sistem Operasi dan UIAndroid 11, One UI 3.1
RangkaianWi-Fi 2.4Ghz dan 5Ghz, 4G LTE
ProcessorOcta-Core A75 2.0GHz
RAM4GB
Storan64GB
Slot Micro SD CardSehingga 1TB
Kamera Hadapan5MP
Kamera Belakang8MP AutoFocus
Pembesar Suara Terbina DalamPembesar Suara Empat
Bicu Audio 3.5mm Untuk Set KepalaYa
BluetoothBluetooth v5.0
BateriIntegrated 7,040mAh
Pengecas Berserta KabelSamsung 7.75W Travel Adaptor with Charging Cable
Papan Kekunci BluetoothSamsung Smart Keyboard Trio 500 (EJ-B3400)
Pen StylusSamsung ITFIT Stylus Pen (GP-JPU022SAASW)
Casing / Sleeve CaseSamsung ITFIT TAB A8 Book Cover (GP-FBU022SAAJW)
Dimensi dan Berat161.9 x 246.8 x 6.9mm, 508g
WarantiTablet: Samsung Waranti 24 Bulan
Bateri, Pengecas, Papan Kekunci & Stylus: Samsung Waranti 12 Bulan

Tarikh Pendaftaran / Permohonan

Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini telah dibuka pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

Terkini, KOMM telah membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia Fasa 2 bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.

Permohonan Peranti Siswa fasa kedua turut melibatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi dibawah KPM.

perantisiswa fasa 2

Cara Permohonan

Perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my

Rujuk Manual Pengguna:

Cara Semakan Status Kelulusan

Semakan keputusan permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh disemak mulai 29 Ogos 2022 melalui laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Status dan tarikh terimaan peranti akan dipaparkan seperti berikut.

Proses kelulusan adalah secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pemakluman keputusan juga akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.

Tarikh Penerimaan Peranti

Pemohon dijangka menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia melalui 2 sesi, iaitu:

  • Fasa 1 : Hujung Ogos / September 2022
  • Fasa 2 : Oktober / November 2022

*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai September 2022.

TERKINI: Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa tablet PerantiSiswa akan mula diedarkan secara rasmi mulai 3 September 2022.

Setiap penerima bakal mendapat Tablet Sambung model terkini, lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen.

Sumber: https://www.facebook.com/AnnuarMusa

Aksesori dan pakej tablet yang akan diterima adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah:

Semakan status pemohon boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.

Baca juga:

Tutorial

Tatacara Penetapan (configuration) Samsung Tab A8

Cara Menyambungkan Papan Kekunci Bluetooth ke Samsung Tab A8

Prosedur Persediaan Sambungan WiFi

PerantiSiswa Tidak Boleh Dijual

Penjualan tablet PerantiSiswa adalah menyalahi etika dan akujanji yang telah ditandatangani semasa membuat permohonan.

Difahamkan setakat ini K-KOMM terima 14 kes berkaitan jual Peranti Siswa, beberapa peranti terlibat telah disekat.

K-KOMM turut menyatakan bahawa mereka sedia mengkaji ‘buy back policy’ bagi penerima Peranti Siswa untuk jual peranti mereka selepas tempoh penggunaan.

Maklumat Lanjut Tentang Pakej PerantiSiswa

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:

▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188

Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad

Soalan Lazim Pakej ini disertakan dalam lampiran di bawah:

A. SOALAN-SOALAN BERKAITAN PERANTISISWA
1. Apakah itu inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

2. Siapakah yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah di bawah Belanjawan 2022 yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

3. Siapakah Pentadbir Program PerantiSiswa?

Pentadbir Program PerantiSiswa ialah Unit Pengurusan Peranti Siswa, Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

4. Bilakah PerantiSiswa mula diberikan kepada mahasiswa?

PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa pada Ogos atau September 2022 bagi permohonan Fasa 1. Pengagihan peranti bagi Fasa 2 pula dijangkakan dapat dibuat pada bulan Oktober atau November 2022. Pemakluman terkini berkenaan pengagihan peranti akan dimaklumkan oleh pihak K-KOMM dari semasa ke semasa.

5. Adakah setiap mahasiswa daripada keluarga B40 akan menerima PerantiSiswa?

Inisiatif ini akan melibatkan mahasiswa warganegara Malaysia dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 dan menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Inisiatif ini juga diperluaskan kepada pelajar Asasi di bawah KPT, pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), Tingkatan 6, Kolej Vokasional dan Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pelajar ASWARA di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

6. Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon?

Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.

7. Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon PerantiSiswa?

Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

8. Saya tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan dan saya tidak mempunyai sebarang peranti atau komputer riba untuk menyokong proses pembelajaran saya. Adakah saya layak memohon PerantiSiswa?

Ya. Layak memohon kerana memenuhi syarat-syarat kelayakan umum permohonan PerantiSiswa. Pemohon perlu menyatakan justifikasi permohonan semasa mengisi borang permohonan.

9. Saya merupakan mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 tetapi saya memerlukan peranti untuk membantu proses pengajian saya kerana saya terkesan akibat bencana alam seperti banjir atau kebakaran. Adakah saya boleh memohon PerantiSiswa?

Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dengan menyatakan justifikasi permohonan semasa memohon.

10. Saya mempunyai adik-beradik lain yang memenuhi syarat-syarat umum permohonan PerantiSiswa. Adakah lebih dari satu (1) permohonan dari keluarga B40 yang sama layak memohon PerantiSiswa?

Ya. Permohonan adalah berdasarkan permohonan individu bagi setiap mahasiswa yang layak.

11. Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan?

Pada awal pelancarannya, peranti diumumkan untuk diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

Namun terkini, PM telah mengumumkan bahawa ia tidak perlu lagi dikembalikan dan menjadi ‘hadiah’ kepada mahasiswa.

12. Apakah jenis peranti yang akan dibekalkan?

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE beserta aksesori tulen seperti papan kekunci (keyboard), pen stylus dan casing. Ianya turut disertakan dengan tempoh jaminan selama dua (2) tahun.

13. Berapakah jumlah bilangan mahasiswa yang akan menerima manfaat dari inisiatif PerantiSiswa?

Dijangkakan seramai 350,000 mahasiswa akan menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif PerantiSiswa pada tahun ini.

B. SOALAN-SOALAN BERKAITAN SISTEM PERMOHONAN PERANTISISWA
1. Bilakah permohonan PerantiSiswa Fasa 2 mula dibuka?

Permohonan PerantiSiswa Fasa 2 mula dibuka semula pada 1 Ogos 2022 mulai jam 8 pagi sehingga 30 September 2022 melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

2. Mengapa data saya tidak dipaparkan dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa sedangkan saya telah mengisi maklumat permohonan peranti sebelum ini?

Sistem telah menerima data daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah dibuat semakan silang status B40 dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berdasarkan data permohonan peranti pada suku tahun keempat tahun 2021. Walau bagaimanapun, pemohon masih boleh memasukkan maklumat ke dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa dan permohonan yang lengkap dikemukakan akan diproses untuk pertimbangan.

3. Bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan yang dibuat melalui Sistem Permohonan PerantiSiswa ini?

Pemakluman keputusan akan dimaklumkan melalui portal Permohonan PerantiSiswa.

4. Adakah terdapat sebarang panduan berkenaan penggunaan Sistem Permohonan PerantiSiswa?

Pemohon boleh merujuk kepada dokumen Manual Pengguna yang terdapat pada laman web Sistem Permohonan PerantiSiswa.

5. Adakah pemohon boleh mengubah sebarang kesalahan maklumat yang terdapat dalam borong permohonan?

Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut kecuali maklumat seperti nombor kad pengenalan dan emel pemohon.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan alamat surat-menyurat dalam borang permohonan?

Alamat surat-menyurat adalah merujuk kepada alamat pemohon di mana sebarang urusan surat-menyurat dapat disampaikan ke alamat tersebut. Pemohon boleh memasukkan alamat rumah, alamat hostel atau tempat tinggal di kampus.

7. Mengapa kombinasi kata laluan yang dimasukkan tidak diterima?

Pemohon perlu memasukkan kombinasi kata laluan iaitu 12 aksara yang menggabungkan huruf besar (A-Z), huruf kecil (a-z), nombor (0-9) dan aksara khas ([email protected]#$&). Contohnya : [email protected]

Nota: Simbol underscore (_) bukan aksara khas.

8. Apakah maklumat perhubungan yang boleh dihubungi berkenaan permohonan PerantiSiswa?

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila emelkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:

  • 03-8911 5351
  • 03-8911 5258
  • 03-8911 5265
  • 03-8911 5188

Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad

Kemaskini Pada:
16 Ogos 2022
6.00 petang

Sumber: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php

Apakah itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej ini?

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini?

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Bilakah pendaftaran akan bermula?

Tempoh pendaftaran telah dibuka pada 15 April 2022 dan akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022. Pemberian peranti Fasa Pertama pula akan bermula pada bulan Ogos 2022.

Bagaimana cara memohon PerantiSiswa?

Anda boleh melayari https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi. Permohonan juga akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022 ini.

Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Perantisiswa?

Buat masa ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan?

Peranti ini pada awalnya akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

Namun, pada 3 September 2022, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberi terus peranti kepada penerima inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan ia tidak perlu dipulangkan semula.

Mengapa data saya tidak dipaparkan dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa sedangkan saya telah mengisi maklumat permohonan peranti sebelum ini?.

Sistem telah menerima data daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah dibuat semakan silang status B40 dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berdasarkan data permohonan peranti pada suku tahun keempat tahun 2021.
Walau bagaimanapun, pemohon masih boleh memasukkan maklumat ke dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa dan permohonan yang lengkap dikemukakan akan diproses untuk pertimbangan.

Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon PerantiSiswa?

Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon?

Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment