Bantuan Keluarga Malaysia (BKM): Semakan Status & Tarikh Bayaran

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) DAN KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI BUJANG, KELUARGA / IBU / BAPA TUNGGAL DAN WARGA EMAS

Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya dalam Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan keluarga Malaysia yang diumumkan secara rasmi melalui laman web rasmi Bajet 2022:

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Kelayakan

Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Rujuk ringkasan dalam jadual dan infografik di bawah:

syarat kelayakan bkm

Kadar Bayaran Bantuan BKM Yang Diterima Mengikut Kategori

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM2000 maksimum.

Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:

  • Isi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 – RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)*: RM400 – RM800
  • Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
  • Bujang (<RM2,500)*: RM350

*(Pendapatan Bulanan)

bkm

Sila rujuk jadual di bawah berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan.

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
bkm

Cara Permohonan

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.

Cara Kemaskini Maklumat

Bagi penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC) yang mempunyai perubahan maklumat

  • Status Perkahwinan.
  • Bilangan Anak.
  • Jumlah Pendapatan.

Dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik adalah seperti berikut:

  • Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.
  • Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.
  • Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru.

Bagi mereka yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login untuk memastikan permohonan anda ada dan telah diterima di dalam sistem BKM 2022.

Tempoh Kemaskini : 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022.

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk kemaskini maklumat mengikut kategori pemohon.

PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Untuk mengemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:

  1. Buka laman web BKM di pautan https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Log Masuk
  3. Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan
  4. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
  5. Klik Teruskan
  6. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
  7. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

Pautan kemaskini : https://bkm.hasil.gov.my/

Tempoh Semakan Status BKM / Kemaskini

Tempoh semakan status BKM belum lagi diumumkan oleh LHDN / Menteri Kewangan.

Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan).

Sila kemaskini maklumat anda di laman web https://bkm.hasil.gov.my/

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Bkm 2022

Log Masuk MyBKM

Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

Semakan Status Permohonan Diterima BKM

Setelah selesai membuat kemaskini maklumat, sila semak semula status permohonan anda.

Caranya, sila login seperti biasa dan lihat pada status permohonan.

semakan status bkm

Pastikan ada dinyatakan Permohonan Diterima seperti dalam gambar di bawah.

semakan status bkm

NOTA PENTING: Jika anda menerima status seperti di bawah, pastikan anda menghubungi pihak LHDNM dengan segera.

Tarikh Bayaran

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun.

Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Sila rujuk jadual berikut:

TERKINI: Jadual Pembayaran BKM 2022

Fasa 1 : Mac 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 2: Jun 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Fasa 3 : September 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 4 : Disember 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Jumlah Bayaran BKM

Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori adalah seperti berikut:

bkm fasa 1
Sumber: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
bkm fasa 1
*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah bayaran BKM mengikut setiap kategori dan fasa yang ditetapkan.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

  • Berjaya Kredit
    • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • Gagal Kredit
    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Maklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:

Bilakah pendaftaran BKM 2022 akan dibuka?

Pendaftaran bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk
kepada perubahan).

Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu?

Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:
i. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta
ii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
iii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat Permohonan BKM 2022?

Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:

i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /
App Store pada telefon bimbit

ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Di manakah saya boleh menghantar Borang BKM 2022 yang telah lengkap diisi?

Anda boleh menghantar Borang Bantuan Keluarga Malaysia 2022 di kaunter-kaunter berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BKM
GPO Shah Alam
40800 Selangor
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

Saya telah menghantar permohonan secara dalam talian.
Walau bagaimanapun terdapat mesej peringatan yang memaklumkan supaya memuatnaik dokumen sokongan atau menghantar ke cawangan LHDNM.
Bagaimanakah cara untuk saya kemukakan dokumen sokongan berkenaan ke cawangan LHDNM?

Anda digalakkan untuk memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan ke Portal Rasmi BKM semasa permohonan.
Sekiranya anda ingin menghantar ke Cawangan LHDNM, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan
BKM 2022 (BK-04) yang diperolehi di Cawangan LHDNM atau dimuat turun dari Portal Rasmi BKM.

Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Penyerahan dokumen berkenaan
sebagai rekod penyerahan.

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Saya telah menghantar permohonan BKM 2022.
Sekiranya ada perubahan maklumat,
adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?

Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022.

Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM.
Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu /
Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diproses
oleh LHDNM.
Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan ke
cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula.

Saya adalah penerima BPR 2021 dan BKC sebelum ini. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BKM 2022 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

Sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BKM 2022.
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud,
anda perlu membuat permohonan baharu.

Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022?

Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan
kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

Borang

FAQ

Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini.

Sila rujuk rangkuman terkini melalui Bajet 2022 : Senarai Bantuan Belanjawan Yang Diumumkan Untuk Rakyat.

Ikuti saluran berikut untuk info terkini:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!