Pihak Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuka permohonan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM-IIUM sesi 2027/2028 yang boleh dipohon menerusi pautan https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon sebelum 23 Disember 2026.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program pensijilan ini.

Mengenai Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM-IIUM
Program pensijilan ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 yang dilaksanakan secara kerjasama antara Darul Quran JAKIM dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Sijil Tahfiz al-Quran oleh JAKIM dan akan meneruskan pengajian ke IPT dalam bidang profesional.
Program ini direka khusus untuk melahirkan huffaz profesional yang bukan sahaja menghafaz 30 juzuk Al-Quran secara mutqin, tetapi juga memiliki persediaan akademik yang mantap untuk meneruskan pengajian ke peringkat Asasi dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 3 semester (18 bulan) atau setahun di samping mempelajari subjek-subjek yang lain seperti Tajwid Ilmi, Tajwid Amali, Adab Hamalah al-Quran, Aqidah, Fiqh Al-Ibadah, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Program ASASI IIUM
Lepasan program pensijilan ini akan melanjutkan pengajian ke Program ASASI IIUM iaitu:
| Kod UPU | Program |
| UY0000002 | Asasi Sains Fizikal |
| UY0000003 | Asasi Sains Kesihatan Bersekutu |
| UY0000004 | Asasi Kejururawatan |
| UY0000005 | Asasi Farmasi |
| UY0000009 | Asasi Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar |
| UY0000013 | Asasi Sains Hayat |
| UY0000018 | Asasi Perubatan |
| UY0000019 | Asasi Pergigian |
| UY0520001 | Asasi Kejuruteraan |
| UY0481001 | Asasi Sains Komputer (ICT) |
Maklumat lanjut syarat khas kemasukan boleh dibuat menerusi laman web https://division.iium.edu.my/amad/admission-2/.
Biasiswa & Penginapan
Biasiswa ditawarkan dan penginapan disediakan sepanjang tempoh pengajian di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi program pensijilan adalah selama 16 bulan (Februari 2027 hingga Mei 2028).
Yuran Pengajian
Tiada yuran pengajian dikenakan bagi pengajian di Darul Quran JAKIM namun hanya yuran pendaftaran sahaja dikenakan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon program pensijilan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Keturunan Melayu, Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak sahaja
- Tidak berkahwin
- Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan
- Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2026 SAHAJA dengan mendapat:
– Minima Gred B bagi mana-mana satu (1) mata pelajaran dalam kumpulan Pendidikan Islam / Syari’ah al-Quran / dan sebagainya.
– Minima Gred B bagi Bahasa Meleyu, Matematik dan Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Bahasa Inggeris.
– Minima Gred C bagi Sejarah dan Bahasa Arab / al-Adab wa al-Balaghah / dan sebagainya.
– Lulus bagi Fizik / Biologi / Kimia / Sains/ Sains Tambahan / Matematik Tambahan.
– Memenuhi syarat khas program Asasi IIUM.
– Lulus temu duga dan ujian yang ditetapkan.
Cara Memohon
Permohonan dalam talian menerusi di pautan https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon dan permohonan hanya semasa dalam tempoh iklan sahaja.
Kemudian, borang permohonan tersebut perlu dicetak dan dibawa semasa temu duga.
Panggilan Temu Duga
Calon yang layak sahaja selepas membuat permohonan akan dipanggil untuk sesi temu duga dan semakan bagi panggilan temu duga boleh dibuat mulai 5 Januari 2027.
Tarikh dan tempat temu duga adalah pada 12 dan 13 Januari 2027 di Darul Quran JAKIM.
Soalan Lazim
Program pensijilan ini merupakan program secara kerjasama antara Darul Quran JAKIM dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Sijil Tahfiz al-Quran oleh JAKIM dan akan meneruskan pengajian ke IPT dalam bidang profesional.
Biasiswa ditawarkan dan penginapan disediakan sepanjang tempoh pengajian di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Tempoh pengajian adalah selama 16 bulan (Februari 2027 hingga Mei 2028).
Tiada yuran pengajian dikenakan bagi pengajian di Darul Quran JAKIM namun hanya yuran pendaftaran sahaja dikenakan.
Pemohon mestilah tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan.
Permohonan boleh dibuat di pautan https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon.
Semakan bagi panggilan temu duga boleh dibuat mulai 5 Januari 2027.
Tarikh dan tempat temu duga adalah pada 12 dan 13 Januari 2027 di Darul Quran JAKIM.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM-IIUM, sila hubungi 03-6063 5333 atau hantar emel ke alamat [email protected].
Baca juga: Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM: Pengambilan Pelajar Baharu Sesi 2027/2028




