Impian untuk memiliki kediaman sendiri kini menjadi lebih realistik menjelang tahun 2027. Menerusi pengumuman rasmi Belanjawan, pihak kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu khusus untuk membantu golongan muda serta pembeli kali pertama.
Langkah ini diambil bagi menangani cabaran kos sara hidup dan pemilikan hartanah yang semakin meningkat.
Jom baca maklumat terperinci mengenai info penting yang wajib anda ketahui bagi menjayakan misi Pembelian Rumah Pertama 2027 anda.
Pengecualian Duti Setem untuk Pembelian Rumah Kali Pertama
Salah satu halangan terbesar dalam proses membeli hartanah ialah penyediaan wang tunai bagi kos dokumentasi.
Memahami bebanan ini, kerajaan telah menstrukturkan semula insentif duti setem berkuat kuasa bagi Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani bermula 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.
- Rumah Berharga Sehingga RM500,000: Pembeli akan menikmati pengecualian penuh (100%) duti setem ke atas kedua-dua dokumen utama, iaitu Surat Cara Pindah Milik (MOT) dan Perjanjian Pinjaman.
- Rumah Berharga RM500,001 Hingga RM750,000: Pembelai akan mendapat pengecualian 100% untuk nilai RM500,000 yang pertama, manakala baki nilai selebihnya akan diberikan diskaun sebanyak 50%.
Insentif cukai ini memberikan kelebihan besar kepada pembeli untuk mengalihkan bajet tunai tersebut kepada tabung kecemasan atau deposit tambahan.

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk Pekerja Gig
Bagi pekerja gig yang tidak mempunyai slip gaji tetapi ingin membeli rumah pertama, jangan risau.
SJKP kini menyediakan jaminan pembiayaan perumahan hingga 20 bilion ringgit bagi membantu 80 ribu pembeli rumah pertama terutamanya dalam kalangan orang bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lanjut & info terkini mengenai Pembelian Rumah Pertama 2027, anda boleh memantau saluran-saluran berikut:
Anda boleh muat turun teks ucapan penuh Belanjawan 2027 di Laman Web Rasmi Belanjawan Kementerian Kewangan (MOF) atau ringkasan di https://belanjawan.my
Soalan Lazim Pembelian Rumah Pertama 2027
Tidak. Insentif ini khusus untuk pembeli rumah pertama sahaja yang membeli rumah kediaman berharga RM500,000 ke bawah untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani bermula 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.
Anda akan menikmati pengecualian penuh (100%) untuk nilai RM500,000 yang pertama. Baki nilai RM100,000 seterusnya akan dikenakan duti setem dengan potongan diskaun sebanyak 50%.
Ya. Pengecualian penuh ini meliputi kedua-dua jenis surat cara, iaitu Surat Cara Pindah Milik (MOT) dan juga Surat Cara Perjanjian Pinjaman Wang.
Boleh. Kerajaan telah menambah dana SJKP sebanyak RM20 bilion khusus untuk membantu golongan tiada slip gaji tetap (sektor gig, peniaga kecil) bagi mendapatkan kelulusan pinjaman bank dengan mudah.




