e-Pengambilan TUDM 2026 (Tentera Udara Diraja Malaysia)

Pengambilan TUDM 2026
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sukacita dimaklumkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini membuka Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 71/26 bagi lelaki dan wanita warganegara Malaysia.(https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/) dibuka mulai 15 Disember 2025 hingga 15 Februari 2026.

Bagi pusat pemilihan Zon Sabah dan Sarawak, tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2026.

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan, gaji, elaun keistimewaan dan cara membuat permohonan dan mendaftar akaun di e-Pengambilan TUDM.

Syarat Kelayakan Umum

Berikut adalah syarat kelayakan umum bagi pengambilan TUDM:

  1. Lelaki warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2026.
  3. Lepasan SPM atau SVM.
  4. Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
  5. Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.

CALON LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN

Calon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM.

CALON LEPASAN DIPLOMA

Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.

KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN SPM / SVM

Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:

  1. Bahasa Inggeris
  2. Matematik
  3. Sains
  4. Fizik
  5. Kimia

TARAF KESIHATAN

Taraf Kesihatan – Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidapi penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.

Penglihatan – Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Lelaki)

  1. Tinggi Minimum : 1.65 meter
  2. Berat Minimum : 49kg
  3. BMI : 18 hingga 25

Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Perempuan)

  1. Tinggi Minimum : 1.60 meter
  2. Berat Minimum : 46kg
  3. BMI : 18 hingga 25

Gaji / Elaun / Keistimewaan

Berikut adalah gaji / elaun / keistimewaan bagi pengambilan TUDM:

GAJI PERMULAAN*

  • Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,925.00
  • Skim SPM atau SVM : RM 2,035.00
  • Skim SKM Tahap 2 : RM 2,107.00
  • Skim SKM Tahap 3 : RM 2,179.00
  • Skim Diploma Kejuruteraan : RM 2,539.00

*Jumlah termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Khas ATM (RM200)

KENAIKAN TAHUNAN

Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.

BAYARAN ELAUN DAN INSENTIF (tertakluk kepada syarat dan kelayakan)

  • Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara
  • Bayaran Insentif Krew kapal Terbang
  • Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
  • Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
  • Tuntutan Cuti Tahunan

KEISTIMEWAAN

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waran perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
e-Pengambilan tudm

Cara Permohonan & Pendaftaran e-Pengambilan TUDM

Borang Permohonan Perajurit Muda (PJM) udara siri 71/26 (lelaki) akan dibuka bermula 15 Disember 2025 sehingga 15 Februari 2026. pastikan anda mempunyai akaun pemohon untuk memohon.

Bagi pusat pemilihan Zon Sabah dan Sarawak, tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2026.

Bagi calon yang berminat, sila layari laman sesawang https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/ untuk mendaftar Akaun Pemohon dan mengisi borang permohonan.

Permohonan secara walk-in ke Pusat Pemiliohan adalah TIDAK diterima.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No Tel : 03-40170100
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Facebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut