Sukacita dimaklumkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini membuka Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 72/27 bagi lelaki dan wanita warganegara Malaysia (https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/) dibuka mulai 28 Ogos 2026 hingga 10 Oktober 2026.
Bagi pusat pemilihan Zon Sabah dan Sarawak, tarikh tutup permohonan adalah pada 27 September 2026.
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan, gaji, elaun keistimewaan dan cara membuat permohonan dan mendaftar akaun di e-Pengambilan TUDM.

Mengenai TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan pasukan bersenjata yang bertanggungjawab mengawal pertahanan ruang udara negara.
Matlamat TUDM secara menyeluruh ialah untuk menyediakan, mengendali dan menggerakkan satu angkatan udara yang sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi memelihara dan menjaga kepentingan negara.
Sejarah TUDM bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan.”
Air Commodore A.V.R. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara yang pertama.
Beliau bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi, sumber manusia, aset dan syarat-syarat perkhidmatan.
Selepas tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada “Tentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM.

Tugas TUDM
Sebagai salah satu elemen pertahanan di dalam Angkatan Tentara Malaysia, TUDM berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:
- Pengawalan Ruang Angkasa untuk digunakan bagi tujuan damai disamping menghalang penggunaannya oleh pihak musuh. Ia melibatkan “offensive airstrike“, “defensive counter-air” dan operasi “defensive suppressive“.
- Aplikasi Kekuatan bagi menangani ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara. Ia melibatkan serangan strategik, operasi dan serangan maritim.
- Peningkatan Kekuatan bagi menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi menyelamat kombat udara.
- Ketahanan Kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan jayanya. Ia melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan logistik dan sokongan pangkalan bagi memberi perkhidmatan penting kepada organisasi dan anggota.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan ini dibuka mulai 28 Ogos 2026 hingga 10 Oktober 2026.
Bagi pusat pemilihan Zon Sabah dan Sarawak, tarikh tutup permohonan adalah pada 27 September 2026.
Syarat Kelayakan Umum
Berikut adalah syarat kelayakan umum bagi pengambilan TUDM:
- Lelaki warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Februari 2027.
- Lepasan SPM atau SVM.
- Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
- Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.
CALON LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN
Calon-calon yang mempunyal Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik, Sains dan Teknologi serta yang berkaitan dengan fungi Tred Kejuruteraan TUDM.
CALON LEPASAN DIPLOMA
Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.
KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN SPM / SVM
Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Fizik
TARAF KESIHATAN
Taraf Kesihatan – Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidapi penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.
Penglihatan – Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Lelaki)
- Tinggi Minimum : 1.62 meter
- Berat Minimum : 47.5 kg
- BMI : 18 hingga 25
Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Perempuan)
- Tinggi Minimum : 1.67 meter
- Berat Minimum : 45 kg
- BMI : 18 hingga 25
Gaji / Elaun / Keistimewaan
Berikut adalah gaji / elaun / keistimewaan bagi pengambilan TUDM:
GAJI PERMULAAN*
- Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,925.00
- Skim SPM atau SVM : RM 2,035.00
- Skim SKM Tahap 2 : RM 2,107.00
- Skim SKM Tahap 3 : RM 2,179.00
- Skim Diploma Kejuruteraan : RM 2,539.00
*Jumlah termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Khas ATM (RM200)
KENAIKAN TAHUNAN
Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.
BAYARAN ELAUN DAN INSENTIF (tertakluk kepada syarat dan kelayakan)
- Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara
- Bayaran Insentif Krew Kapal Terbang
- Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung
- Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas
- Tuntutan Cuti Tahunan
KEISTIMEWAAN
- Rawatan perubatan dan pergigian
- Pakaian seragam
- Waran perjalanan tahunan
- Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Cara Permohonan & Pendaftaran e-Pengambilan TUDM

Bagi calon yang berminat, sila layari laman sesawang https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/ untuk mendaftar Akaun Pemohon dan mengisi borang permohonan.
Permohonan secara walk-in ke Pusat Pemilihan adalah TIDAK diterima.
Soalan Lazim
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan pasukan bersenjata yang bertanggungjawab mengawal pertahanan ruang udara negara.
– Pengawalan Ruang Angkasa untuk digunakan bagi tujuan damai disamping menghalang penggunaannya oleh pihak musuh. Ia melibatkan “offensive airstrike“, “defensive counter-air” dan operasi “defensive suppressive“.
– Aplikasi Kekuatan bagi menangani ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara. Ia melibatkan serangan strategik, operasi dan serangan maritim.
– Peningkatan Kekuatan bagi menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi menyelamat kombat udara.
– Ketahanan Kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan jayanya. Ia melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan logistik dan sokongan pangkalan bagi memberi perkhidmatan penting kepada organisasi dan anggota.
Permohonan dibuka mulai 28 Ogos 2026 hingga 10 Oktober 2026. Bagi pusat pemilihan Zon Sabah dan Sarawak, tarikh tutup permohonan adalah pada 27 September 2026.
– Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,925.00
– Skim SPM atau SVM : RM 2,035.00
– Skim SKM Tahap 2 : RM 2,107.00
– Skim SKM Tahap 3 : RM 2,179.00
– Skim Diploma Kejuruteraan : RM 2,539.00
– Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara
– Bayaran Insentif Krew Kapal Terbang
– Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung
– Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas
– Tuntutan Cuti Tahunan
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/.
Permohonan secara walk-in tidak diterima.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No Tel : 03-40170100
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Facebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM
Baca juga: Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia 2026 (Lelaki Siri 208)




