Senarai 9 Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia Tahun 2024

Inginkan pencuci muka terbaik di Malaysia Tahun 2024?

Kecantikan wajah anda bermula dengan pencuci muka! 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia eCentral! Untuk artikel kali ini, kita akan mengupas tentang produk pencuci muka untuk kulit yang cantik. Seperti yang kita semua tahu, pencuci muka memainkan peranan penting dalam rutin kecantikan harian kita.

Dengan pelbagai pilihan yang terdapat di pasaran, mencari pencuci muka yang sesuai untuk kulit kita mungkin agak sukar. 

Jangan bimbang, kerana kami akan menyenaraikan beberapa pencuci muka yang bagus dan sesuai untuk setiap jenis kulit. Yang paling penting, beli online je supaya anda boleh jimat masa dan tenaga!

Berikut adalah beberapa produk untuk kulit yang sihat dan berseri-seri.

SAFI Sensitive Care Probiotics & Niacinamide Micellar Gel Cleanser

Pencuci muka yang paling bagus

Pros

  • Mengandungi Niacinamide, Aloe Vera, Vitamin E 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tekstur gel 
  • Harga yang murah

Anda mahukan pencuci muka yang boleh menguatkan skin barrier kulit anda? Kami syorkan anda untuk mencuba pencuci muka dari Safi ini! Pencuci muka ini diperbuat dari teknologi baharu skinbiotics yang membantu menguatkan, menghidrat dan mengekalkan keseimbangan mikrobiom pada kulit anda. 

Dengan kandungan utama seperti priobotik, aloe vera, niacinamide dan Vitamin E, ia mampu memberikan manfaat yang terbaik kepada kulit wajah anda.

Produk ini bebas alkohol, pewangi dan pewarna jadi ianya selamat untuk digunakan setiap hari. Yang paling best, tiada lagi masalah kulit kering dan kemerahan!

Aiken Derma Care Deep Cleansing Oil Control Skin Cleanser 

Pencuci muka untuk kulit berminyak

Pros

  • Mengawal minyak berlebihan 
  • Boleh menghilangkan jerawat
  • Memberikan kelembapan 
  • Tiada kandungan pewangi dan paraben

Anda berasa rimas dengan minyak berlebihan pada kulit anda? Usah risau lagi kerana Aiken Derma Care Deep Cleansing Oil Control Skin Cleanser dapat membantu anda! 

Pencuci muka ini mengandungi bahan utama seperti Ceramide yang terbukti secara semulajadi untuk mengunci kelembapan. Oleh itu, kulit anda akan sentiasa tampak sihat dan lembap. 

Selain itu, rumusan minyak Calendula juga boleh mengurangkan kemerahan kulit, mengawal minyak, melawan jerawat dan mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV yang berbahaya. 

Baca juga: Senarai Foundation Muka Terbaik Di Malaysia Tahun 2024

Wardah Acnederm Series Cleanser

Pencuci muka untuk kulit jerawat

Pros

  • Membuang kotoran dengan berkesan
  • Sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat, sensitif dan kombinasi
  • Mengandungi Salicylic Acid
  • Mengecilkan liang pori-pori
  • Vegan

Cons

  • Tidak sesuai untuk kulit kering

Hampir berasa putus asa dan malu untuk keluar kerana masalah jerawat di muka? Jangan risau, Wardah Acnederm Series Cleanser dapat menyelesaikan masalah anda! 

Ia mengandungi bahan utama untuk membasmi jerawat iaitu Salicylic Acid. Tambahan, formulasinya juga boleh mengawal minyak berlebihan dan mengecilkan liang pori-pori. 

Tetapi, jika anda mempunyai masalah kulit kering, pencuci muka ini tidak disyorkan untuk anda. 

Garnier Bright Complete Vitamin C Face Wash

Pencuci muka untuk pencerahan kulit

Pros

  • Mencerahkan kulit
  • Kulit menjadi lebih lembut
  • Menghilangkan kusam pada wajah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Jika anda mahukan pencuci muka yang boleh mencerahkan muka anda, cubalah Garnier Bright Complete Vitamin C Face Wash! Pencuci muka ini mengandungi Vitamin C yang diesktrak daripada Japanese Yuzu  untuk membersihkan kulit anda secara mendalam.

Seterusnya, kulit anda akan menjadi lebih lembut seperti kulit bayi jika anda menggunakan produk ini setiap hari. 

Pencuci muka Garnier ini diuji secara klinikal dan sesuai untuk semua jenis kulit tau!

COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

Pencuci muka untuk kulit sensitif

Pros

  • Memastikan kulit sentiasa terhidrat 
  • Menguatkan skin barrier
  • Boleh menanggalkan kotoran dengan berkesan
  • Mengandungi AHA (Citric Acid) dan BHA (Betaine Salicylate)

Cons

  • Harga yang agak mahal

Jika anda mengalami masalah kulit berjerawat dan sensitif, COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser sesuai untuk anda! Walaupun pencuci muka ini mempunyai AHA dan BHA serta tahap pH yang rendah, ia tidak akan merengsakan wajah anda. 

Pasti anda tertanya, mengapa pH yang rendah bagus untuk kulit anda? Ini kerana paras pH yang rendah bermakna ia berasid sekitar tahap pH 5-6, hampir sama dengan tahap pH untuk kulit kita. Ringkasnya, kulit wajah anda akan menjadi sihat, lembut dan anjal!

Di samping itu, produk ini berkesan membersihkan segala kotoran dan tidak memberikan kesan iritasi pada kulit! 

SIMPLE Kind to Skin Refreshing Facial Wash Gel 

Pencuci muka untuk kulit normal

Pros

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Harga yang berpatutan
  • Dirumusi dengan pro-Vitamin B5 dan Vitamin E 
  • Memberikan kelembapan yang optimum
  • Kuantiti yang banyak

SIMPLE Kind to Skin Refreshing Facial Wash Gel ialah pencuci muka dengan tekstur gel. Oleh kerana ia bebas daripada pewangi tambahan dan pewarna tiruan, ia tiada bau dan warna.

Konsistensinya hampir sama dengan gel aloe vera yang cair. Pencuci muka dari Simple ini juga bebas sabun, jadi ia tidak memberikan kesan buih atau foamy. Usah khuatir, ia mampu menanggalkan kotoran dengan berkesan tau walaupun tiada buih!

Kulit anda juga tidak akan berasa tegang atau kering selepas menggunakan pencuci muka ini.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser For Face & Body

Pencuci muka untuk kulit kering

Pros

  • Kulit kekal terhidrat
  • Bebas sabun dan pewangi tambahan
  • Memberikan kelembutan pada kulit 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh digunakan pada badan

Cleanser dari Cetaphil ini mempunyai formulasi pH yang seimbang tanpa memberikan iritasi pada kulit. Malah, anda boleh mencuci muka anda menggunakan cleanser ini tanpa air juga!

Jenama ini juga adalah antara jenama penjagaan kulit dermatologi no. 1 di Malaysia! Hampir 99% pengguna bersetuju bahawa Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dan memberikan kelembapan yang terbaik. 

Yang menariknya, cleanser ini juga sesuai untuk digunakan pada badan anda! Kesimpulannya, jika anda mengalami masalah kulit yang kering, boleh cuba produk dari Cetaphil ini. 

Hada Labo AHA and BHA Foaming Wash

Pencuci muka untuk kulit kombinasi

Pros

  • Melembutkan kulit
  • Mengurangkan bintik hitam
  • Mengandungi AHA dan BHA
  • Bebas alkohol, pewarna dan pewangi tambahan

Cons

  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif dan kering

Inginkan wajah yang anjal dan licin seperti artis Korea kegemaran anda? Jom cuba Hada Labo AHA and BHA Foaming Wash! Pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit dan mempunyai tekstur yang berbuih. 

Ia boleh menghilangkan kotoran dan blackheads secara mendalam. Malah, kulit anda juga akan kelihatan berseri dan lembut jika digunakan setiap hari. 

Namun begitu, produk ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif dan kering. 

The Raw. Rough & Bumpy Ceramides Cleanser

Pencuci muka lokal yang bagus

Pros

  • Bebas pewangi
  • Melembutkan kulit
  • Mempunyai 5 jenis Ceramide, Salicylic acid, Hyaluronic Acid dan Niacinamide
  • Tekstur gel yang ringan

Adakah anda mengalami kulit yang kasar atau jerawat pasir (tiny bumps) pada wajah anda? Kami sarankan anda untuk mencuba produk lokal dari The Raw ni kerana ia mengandungi formula yang boleh menyelesaikan masalah anda. 

Selain itu, kulit anda juga akan kekal terhidrat kerana ia dirumusi dengan Hyaluronic Acid untuk kelembapan yang maksima. 

Paling best, pencuci muka ini tidak akan meninggalkan ketegangan pada kulit wajah anda. Dengan penggunaan yang kosisten, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada kulit yang kasar!

FAQ Pencuci Muka Terbaik

Apa itu pencuci muka dan mengapa ia penting dalam rutin penjagaan kulit?

Pencuci muka adalah produk penjagaan kulit yang diformulasikan khas untuk membersihkan kotoran, minyak, dan sisa-sisa makeup dari kulit. Ianya amat penting untuk menjaga kebersihan kulit dan mencegah masalah kulit.

Bagaimana memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit saya?

Anda perlu memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, sama ada kulit berminyak, kering, kombinasi, atau sensitif. Bahan-bahan seperti niacinamide, atau salicylic acid boleh membantu mengatasi masalah anda.

Berapa kerap sepatutnya saya mencuci muka?

Sekurang-kurangnya dua kali sehari, iaitu pagi dan malam. Namun, individu dengan kulit berminyak mungkin perlu mencuci lebih kerap.

Adakah pencuci muka sesuai untuk semua jenis kulit?

Kebanyakan pencuci muka boleh digunakan untuk pelbagai jenis kulit, tetapi penting untuk memilih formula yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

Adakah pencuci muka sesuai untuk kulit sensitif?

Sebenarnya, ia bergantung kepada rumusan yang terdapat dalam pencuci muka tersebut. Gunakan produk yang dirumus khas untuk kulit sensitif dan bebas dari pewarna, pewangi, atau bahan-bahan yang boleh menyebabkan reaksi alergi.

Yang pasti, anda perlu sentiasa mencuba (try and error) pelbagai produk untuk mendapatkan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.  

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!