Senarai 8 Foundation Muka Terbaik Di Malaysia Tahun 2024

Sukar untuk mencari foundation muka yang terbaik di Malaysia tahun 2024?

Jom jadi ekstra cantik dengan pemakaian foundation!

Siapa yang tak suka kulit yang kelihatan berseri-seri dan flawless, kan? Kalau anda inginkan foundation terbaik untuk coverage yang bagus, artikel ini akan membantu anda! Kami akan menyenaraikan beberapa produk muka terbaik di Malaysia yang boleh buat muka kita sentiasa nampak cantik.

Tambahan, Malaysia mempunyai cuaca yang agak unik, tapi jangan risau, ada banyak foundation yang sesuai dengan cuaca tropika kita. Dengan pelbagai pilihan jenama dan formulasi, nak pilih foundation muka yang betul-betul sesuai dengan kulit kita mungkin bukan perkara yang mudah.

Berikut adalah beberapa foundation terbaik yang boleh jadi asas solekan untuk wajah yang flawless!

Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation

Foundation yang paling bagus 

Pros 

  • Mempunyai 24 jenis warna
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Bukan komedogenik
  • Mampu mengawal minyak selama 16 jam
  • Mengandungi SPF 22

Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation ini mempunyai pelbagai pilihan warna untuk setiap tona kulit. Teksturnya yang ringan sesuai digunakan untuk kulit normal hingga berminyak.

Sesetengah asas foundation boleh membesarkan liang dan menyebabkan wajah kelihatan lebih berminyak, tetapi produk ini mampu mengurangkan penampakan liang pori dan menyerap minyak untuk kemasan yang kelihatan matte!

Ia juga telah diuji oleh pakar dermatologi dan selamat untuk digunakan. Yang paling penting, foundation ini tidak menyumbat pori dan kekal lama sehingga 16 jam tau!

Catrice HD Liquid Coverage Foundation

Foundation untuk full coverage

Pros

  • Tekstur yang ringan
  • Tanpa kandungan paraben dan alkohol
  • Kalis air dan kalis peluh
  • Mengandungi Niacinamide

Foundation dari Catrice ini memberikan asas perlindungan tinggi yang memberikan full coverage dengan kemasan matte

Malah, tekstur cecairnya sangat ringan dan mudah sebati dengan kulit anda. Yang paling best, foundation ini mampu bertahan selama 24 jam! Dengan kandungan glycerin dan niacinamide, ia memastikan kulit anda kekal terhidrat, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan dan sihat.

Jadi, bagi anda yang mahukan makeup yang full coverage dan tahan lama, anda boleh cuba menggunakan foundation muka ini. 

Baca juga: Senarai Sunblock Muka Terbaik Di Malaysia Tahun 2024

Infallible 24H Matte Cover Foundation L’Oréal Paris

Foundation yang tahan lama

Pros

  • Mempunyai pelbagai pilihan warna untuk setiap tona kulit 
  • Harga yang berpatutan
  • Mengawal minyak

Cons

  • Harga yang agak mahal

Adakah anda inginkan foundation yang mudah digunakan dengan harga yang berpatutan? Jom cuba Infallible 24H Matte Cover Foundation L’Oréal Paris! 

Dengan kemasan solekan semula jadi yang boleh bertahan seharian, anda tidak perlu sentiasa touch up solekan anda. Yang paling penting, ia mengandungi formula yang tidak akan menjadikan solekan anda bercapuk!

Wardah Colorfit Matte Foundation 

Foundation dengan perlindungan SPF

Pros

  • Halal
  • Bebas alkohol
  • Mempunyai SPF 30 PA+++
  • Mengawal minyak selama 12 jam
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Wardah Colorfit Matte Foundation merupakan matte foundation dengan SPF 30+++ yang ringan dan memberikan coverage tahan lama serta transferproof! Justeru, anda tidak perlu risau dengan pemakaian mask selepas makeup kerana foundation ini masih terletak kemas pada kulit anda. 

Ia juga diformulasikan khas dengan teknologi SkinMatch yang dapat sebati dengan sempurna pada kulit anda dan mengawal minyak selama 12 jam!

Alha Alfa Royal Propolis Foundation Perfect Glow

Foundation lokal yang bagus

Pros

  • Menutup cela seperti parut jerawat 
  • Kalis air dan peluh
  • Mempunyai bahan-bahan utama seperti Glycerin, Vitamin E dan Titanium Dioxide
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Tidak berminyak dan melekit

Anda mahu membeli foundation lokal tetapi tidak tahu produk mana yang best? Jika begitu, cubalah foundation dari Alha Alfa ini! 

Foundation ini diperkaya dengan esktrak propolis untuk memberikan kelembapan pada kulit. Dengan SPF 45, anda boleh melakukan aktiviti luar tanpa risau akan sinaran UV yang berbahaya. 

Menariknya lagi, teksturnya ringan dan tidak menyumbatkan liang pori-pori kulit anda serta memberikan efek glowing pada wajah!

YOU Cloud Touch Blurring Skin Tint – Liquid Foundation

Foundation untuk kulit berminyak

Pros

  • Sesuai untuk kulit bermasalah seperti kombinasi dan berjerawat
  • Mengandungi esktrak Ceramide dan Centella Asiatica
  • Menutupi cela dengan sempurna
  • Kalis air

YOU Cloud Touch Blurring Skin Tint – Liquid Foundation ini sesuai untuk digunakan untuk kulit berjerawat, berminyak dan kombinasi. Ia boleh mengawal minyak berlebihan dan bertahan selama 24 jam! Oleh itu, wajah anda kekal cantik sepanjang masa.

Dengan kandungan Ceramide dan Centella Asiatica, ia boleh menguat kekuatan skin barrier dan memastikan kulit anda tampak sihat. 

Anda juga tidak perlu risau kerana foundation ini tidak mengandungi bahan yang memudaratkan kulit wajah anda seperti alkohol, paraben dan phthalates.

Rimmel Lasting Finish 35-Hour Liquid Foundation

Foundation untuk kulit kering

Pros

  • Tidak meninggalkan kesan bercapuk
  • Tekstur yang ringan
  • Dirumuskan dengan asid hyaluronik, Niacinamide dan Vitamin E
  • Bertahan selama 35 jam
  • Kalis air dan peluh

Cons

  • Harga yang mahal

Anda mempunyai masalah kulit kering dan takut untuk memakai solekan pada kulit anda? Jangan risau kerana Rimmel Lasting Finish 35-Hour Liquid Foundation dapat membantu anda! 

Dapatkan penghidratan yang tiada tandingan dan pemakaian sehingga 35 jam dengan Rimmel London Lasting Finish 35 Hour Foundation, produk Rimmel yang paling menghidratkan dan tahan lama. 

Ia juga terbukti secara klinikal dapat meningkatkan seri pada wajah anda. Selain itu, foundation ini mengandungi asid hyaluronik, Niacinamide dan Vitamin E yang bagus untuk kulit anda. 

Silkygirl Matte All Day Serum Foundation

Foundation yang murah

Pros

  • Sesuai untuk semua jenis kulit 
  • Tidak berminyak
  • Bebas paraben dan pewangi
  • Mempunyai SPF 50 PA+++
  • Dirumusi dengan Asid Hyaluronik, Aloe Vera dan Vitamin E
  • Memberikan kelembapan

Anda mahu memiliki foundation dengan harga yang murah? Jika begitu, cubalah serum foundation dari Silkygirl! Anda boleh dapat solekan yang sempurna dan ia boleh melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. 

Walaupun harganya mampu milik, ia memberikan full coverage dan memberikan kemasan matte serta mengekalkan kelembapan pada kulit anda. 

Foundation ini juga sesuai untuk setiap jenis kulit termasuklah kulit yang sensitif kerana ia bebas paraben dan pewangi!

FAQ Foundation Muka Terbaik

Apakah fungsi asas foundation muka?

Foundation muka berfungsi sebagai alas bedak yang membantu menutup cela dan sebati dengan warna kulit.

Bagaimana memilih warna foundation yang sesuai dengan warna kulit saya?

Pastikan anda pilih tona warna yang serasi dengan warna kulit leher untuk elak perbezaan warna yang ketara.

Adakah foundation sesuai untuk semua jenis kulit?

Ya, betul. Tetapi ia juga bergantung kepada kandungan yang terdapat di dalam foundation tersebut.

Terdapat foundation yang dirumus khas untuk masalah kulit seperti kulit berminyak, kering, dan kombinasi. Anda perlu pilih formula yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

Adakah foundation menyebabkan jerawat?

Foundation yang berkualiti tinggi dan sesuai dengan jenis kulit biasanya tidak menyebabkan jerawat. Pastikan anda membersihkan muka dengan baik selepas menggunakan foundation.

Adakah foundation muka mengandungi SPF?

Beberapa foundation mengandungi SPF untuk memberikan perlindungan dari sinaran UV. Namun, disarankan untuk tetap menggunakan pelindung matahari tambahan untuk perlindungan yang optimum.

Sekiranya masih terdapat keraguan, jangan malu untuk bertanya dengan pakar kulit atau makeup artist (MUA). Selamat mencuba!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!