Pemeriksaan PUSPAKOM Percuma Sempena Aidilfitri 2023

PUSPAKOM | Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Percuma Sempena Aidilfitri

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, (PUSPAKOM) menganjurkan kempen pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian.

Ikuti info lanjut mengenai tawaran ini.

Pemeriksaan PUSPAKOM Percuma Sempena Aidilfitri 2023

Menjelang Aidilfitri, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan secara sukarela atau VVI kepada kenderaan persendirian tanpa sebarang caj bermula 10 April hingga 20 April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, kempen itu bertujuan membantu pemilik mengetahui keadaan kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan berkomputer dan salah satu langkah memastikan keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri.

Menurut Mohammed Shukor, maklumat itu boleh digunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya.

Kempen pemeriksaan kenderaan percuma ini menjadi sebagai satu tanggungjawab korporat syarikat dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan kenderaan terutamanya ketika musim perayaan.

Tarikh Tawaran & Pemeriksaan

Pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus (walk-in) ke mana-mana cawangan Puspakom seluruh negara kecuali Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang.

Pemeriksaan percuma ini boleh dibuat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

PUSPAKOM menawarkan inisiatif #drivesafenoregrets pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma mulai 10 hingga 20 April 2023 kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi memastikan kenderaan berada pada tahap terbaik sebelum memulakan perjalanan sempena sambutan perayaan Aidilfitri!

Pada kempen kali ini, kami beri layanan VIP kepada anda yang menjalani pemeriksaan sukarela di mana anda boleh hadir terus ke cawangan tanpa perlu temujanji dan turut diberi keutamaan!

Jawab 2 soalan mudah dengan betul dan anda berpeluang menerima baucar KFC bernilai RM100! Marilah layari pautan berikut untuk menyertai Peraduan Jawab & Menang! https://docs.google.com/…/1FAIpQLSfLHwdvrki…/viewform…

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut tentang tawaran ini boleh didapati dengan melayari laman web www.puspakom.com.my atau Facebook (FB) rasmi Puspakom Sdn Bhd.

Baca juga :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!