MyJPJ : Semakan Roadtax Digital JPJ & Lesen Memandu Online

Pelaksanaan Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM) Online MyJPJ

Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.

Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sebuah kenyataan media berkenaan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ.

Peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.

TERKINI

Menurut perkongsian terkini di media sosial, kini kebanyakan pejabat JPJ tidak lagi mencetak cukai jalan atau road tax kereta fizikal.

Berikut adalah notis yang pernah tular di media sosial sebelum ini. Namun setelah menyebabkan orang ramai bersuara, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengambil maklum dan mengarahkan agar notis ini diturunkan.

Walau bagaimanapun, jika anda nak menyemak cukai jalan kereta anda, boleh menggunakan aplikasi MyJPJ.

Anda perlu mendaftar untuk menggunakan aplikasi tersebut yang didaftarkan atas kad pengenalan anda.

Anda boleh menyemak cukai jalan kenderaan yang didaftarkan atas nama anda sahaja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang persoalan-persoalan berkaitan pelaksanaan baharu ini serta cara untuk daftar dan membuat semakan cukai jalan dan lesen memandu secara digital.


Soalan Lazim (FAQ) Tentang Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital

Selepas pengumuman MOT bahawa pelekat “road tax” tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, timbul pelbagai persoalan.

Berikut adalah pencerahan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada soalan-soalan yang sering ditanya;

myjpj

1) Adakah wajib untuk download apps “MyJPJ”?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.

2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.

4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan…pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.

6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.

Menurut Loke, beliau sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut dan menghormati semua pandangan serta cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin

Beliau juga menegaskan bahawa beliau bersama pasukan MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk video penerangan di bawah:

Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook

Cara Semakan Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan pendaftaran bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ online dengan menggunakan ID MySikap Awam.

Myjpj
LOG MASUK MENGGUNAKAN ID AWAM MYSIKAP
  1. Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
  2. Muat turun aplikasi MyJPJ
  3. Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
  4. Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.

DOWNLOAD APLIKASI MYJPJ:

  1. Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
apps myjpj
Myjpj e-lkm e-lmm

Jika anda masih belum berdaftar di Portal MySikap, sila daftar terlebih dahulu.

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk tutorial pendaftaran ID MySikap:

LANGKAH 1 : Tekan ‘Daftar Akaun Baharu’

LANGKAH 2: Masukkkan nombot kad pengenalan tanpa sengkang

LANGKAH 3 : Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan

Cukai jalan digital

LANGKAH 4 : Jawab soalan keselamatan

myjpj daftar Cukai jalan digital

Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan.

Cukai jalan digital

LANGKAH 5 : Tetapkan kata laluan

Cukai jalan digital

SELESAI!

Anda akan dibawa ke paparan utama seperti berikut:

SEMAKAN LESEN MEMANDU DAN CUKAI JALAN DIGITAL

Setelah berjaya log masuk, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan.

Antaranya:

  1. Bidaan nombor kenderaan
  2. Semakan nombor terkini
  3. Semakan lesen kenderaan
  4. Semakan lesen memandu
  5. Semakan keputusan Ujian
  6. Semakan saman
  7. Semakan senarai hitam

Selain pendaftaran online, anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.

Orang awam digalakkan mendaftar akaun MySikap masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ.

I) SEMAKAN LESEN MEMANDU (eLMM)

Semakan lesen memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu SEMAKAN LESEN MEMANDU.

Berikut adalah paparan yang akan anda lihat :

semakan lesen memandu myjpj

Anda boleh memuat turun lampiran eLKM seperti di bawah:

Myjpj online cukai jalan lesen memandu e-lkm e-lmm

II) SEMAKAN LESEN KENDERAAN MOTOR eLKM (CUKAI JALAN / ROAD TAX)

Anda juga boleh membuat semakan lesen kenderaan motor dan memuat turun secara digital.

Myjpj elkm elmm cukai jalan digital

Berikut adalah lampiran paparan eLKM melalui MyJPJ :

Myjpj online cukai jalan lesen memandu e-lkm e-lmm digital

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI_MYJPJ

  1. Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311

RUJUK PANDUAN PENUH :

ROADTAX JPJ daftar myjpj digital
ROADTAX JPJ daftar myjpj digital

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

Baca juga: Pengeluaran KWSP Bersasar : Kerajaan Cari Alternatif Lain

Anda juga boleh panduan berikut untuk mendaftar secara online : MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: