Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM : Panduan & Dokumen Diperlukan

PEMERIKSAAN E-HAILING PUSPAKOM

Setiap tahun, PUSPAKOM menjalankan lebih daripada 3 juta pemeriksaan kenderaan. PUSPAKOM mempunyai rangkaian di seluruh negara di 56 pusat pemeriksaan yang dilengkapi peralatan yang diiktiraf dan dikalibrasi oleh pihak berkaitan dari semasa ke
semasa.

Selain itu , PUSPAKOM juga mempunyai lebih daripada 25 pemeriksaan secara lawatan yang menyediakan perkhidmatan
pemeriksaan kenderaan di kawasan kurang penduduk dan di luar Bandar.

Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM terdiri daripada Unit Bergerak Trak, Unit Bergerak Van dan Unit Bergerak Ringan,
menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dari pintu ke pintu kepada pelanggan individu dan korporat.

Berikut dikongsikan tentang pemeriksaan eHailing PUSPAKOM yang perlu dilakukan oleh kenderaan yang berkenaan.

pemeriksaan e-hailing

Apakah Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM?

Bermula 1 April 2019, semua kenderaan E-Hailing boleh membuat pemeriksaan di cawangan PUSPAKOM.

Kenderaan E-Hailing akan menerima Perakuan Pemeriksaan PUSPAKOM dan perlu dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan.

Kekera[a pemeriksaan bagi E-Hailing yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

  • Berkala Pertama – Sekali sahaja bagi tujuan pendaftaran.
    • Perlu dilakukan bagi kenderaan yang telah mencapai usia 3 tahun.
    • Ianya bertujuan sebagai pendaftaran dengan pihak JPJ/APAD/LPKP sebagai E-Hailing untuk kenderaan yang berusia lebih 3 tahun.
  • Berkala – Sekali pada setiap 12 bulan.
    • Perlu dilakukan apabila kenderaan mencapai usia 3 tahun.
    • Kenderaan e-hailing yang telah berdaftar dengan JPJ/APAD/LPKP ketika usia kenderaan kurang 3 tahun.
  • Berkala Semula – Perlu dilakukan jika Gagal Pemeriksaan Berkala.
    • Pemilik perlu hadir dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Gagal pemeriksaan.

*Usia kenderaan:

CKD – daripada tarikh didaftarkan di JPJ
CBU – daripada tahun dibuat oleh pengeluar kenderaan

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan bagi Pemeriksaan Berkala Kenderaan E-Hailing pada umumnya adalah:

  • Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal) / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) / Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan).
  • Permit Kenderaan E-Hailing (No. Rujukan Permit / eVP)

Sila rujuk senarai berikut untuk perincian lanjut:

Pemeriksaan Berkala Pertama (khusus untuk kenderaan yang
berusia 3 – 10 tahun* yang tiada VOC E-Hailing)

*Usia kenderaan:

  • CKD : Usia kenderaan daripada tarikh didaftarkan di JPJ
  • CBU : Usia kenderaan daripada tahun dibuat oleh pengeluar kenderaan
  • JPJK2/VOC (Asal) atau Salinan JPJK2/VOC (disahkan oleh JPJ) atau Butiran
  • Pendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)
  • Permit Kenderaan E-Hailing (No. Rujukan Permit / eVP)
  • Surat Kelulusan Pemasangan Iklan Pada Badan Kenderaan JPJ**
  • Surat Pemasangan NGV**

Pemeriksaan Berkala

  • JPJK2/VOC (Asal) atau Salinan JPJK2/VOC (disahkan oleh JPJ) atau Butiran
  • Pendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)
  • Permit Kenderaan E-Hailing (No. Rujukan Permit / eVP)
  • Disk Pemeriksaan Terkini
  • Saman JPJ / Resit Kompaun (jika kenderaan gagal menghadiri pemeriksaan pada tarikh yang telah ditetapkan)**
  • Surat Kelulusan tunda tarikh pemeriksaan JPJ**
  • Surat Kelulusan Pemasangan Iklan Pada Badan Kenderaan JPJ**
  • Surat Pemasangan NGV**
  • Surat Kelulusan Pengubahsuaian daripada Pihak Berkenaan**

Pemeriksaan Semula

  • JPJK2/VOC (Asal) atau Salinan JPJK2/VOC (disahkan oleh JPJ) atau Butiran
  • Pendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)
  • Laporan Pemeriksaan Terkini (VR1 / A16)
  • PG1 (Gagal ujian brek 3 kali berturut-turut)**
  • Surat Kelulusan Pengubahsuaian daripada Pihak Berkenaan**

Pemeriksaan Khas

  • JPJK2/VOC (Asal) atau Salinan JPJK2/VOC (disahkan oleh JPJ) atau Butiran
  • Pendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)
  • Dokumen berkaitan dengan tujuan pemeriksaan
  • Surat Kelulusan Pengubahsuaian daripada Pihak Berkenaan**

Pemeriksaan Arahan Pihak Berkuasa

  • JPJK2/VOC (Asal) atau Salinan JPJK2/VOC (disahkan oleh JPJ) atau Butiran Pendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)
  • Dokumen berkaitan dengan tujuan pemeriksaan

Caj Bayaran / Fi Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM

Jenis Pemeriksaan & Fi Pemeriksaan yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Berkala Pertama : RM70
  • Berkala : RM55
  • Semula : RM25
  • Khas : RM25
  • Arahan Pihak Berkuasa : RM35
  • Pemeriksaan Sukarela : RM50
  • Pemeriksaan Sukarela (Single Item) : RM15

Nota: Fi Pemeriksaan tertakluk kepada 6% Cukai Perkhidmatan

Baca juga:

Panduan Pemeriksaan E-Hailing

Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan Pemeriksaan E-hailing, anda boleh memuat turun :

1. Panduan Pemeriksaan Kenderaan E-hailing:
https://www.puspakom.com.my/…/E-Hailing-BM_2-Julai-2021…

2. Nota Ringkas Untuk Pemandu E-hailing:
https://www.puspakom.com.my/…/Slide_Handsout-E-Hailing…

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumbalas berhubung Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM, sila maklumkan
kepada saluran berikut :

INFO PUSPAKOM

Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh
Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.

Ditubuhkan pada tahun 1994, ia adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.

Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam
memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik
kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.

Ini akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!