Dah Habis Bayar Loan Rumah LPPSA? Jangan Lupa Tukar Nama Dekat Geran

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Makluman penting untuk penjawat awam yang buat loan dengan LPPSA! Harap maklum bahawa jika telah selesai sepenuhnya pembiayaan perumahan, sebenarnya ada urusan pelepasan gadaian atau penyerahan hak semula yang perlu dilakukan.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan secara lengkap tentang mengenai Borang Pelepasan Gadaian LPPSA, termasuk tatacara permohonan dan prosedur terkini yang perlu diketahui oleh peminjam.

Notis Makluman Terkini LPPSA

Notis terbaru LPPSA bertarikh hari 4 Jun 2026 menjelaskan bahawa peminjam boleh urus sendiri tanpa lantikan peguam. (*Notis sebelum ni bertarikh 27 April 2026 menyatakan peminjam perlu lantik peguam.)

Dalam notis terkini, LPPSA menyatakan bahawa peminjam masih mempunyai pilihan untuk menguruskan sendiri urusan pelepasan gadaian tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan. Cadangan melantik peguam adalah demi melindungi kepentingan peminjam dan memastikan urusan pelepasan gadaian dapat disempurnakan dengan baik.

Sumber : FB Rasmi LPPSA

Berikut adalah notis terdahulu yang dikeluarkan oleh LPPSA bertarikh 27 April 2026.

Sumber: FB Rasmi LPPSA

Apa itu Urusan Pelepasan Gadaian?

Pelepasan Gadaian adalah proses membatalkan pegangan bank ke atas hartanah yang digadaikan.

Untuk rumah yang dah ada geran atau title individu (Geran atau title dengan nama pemilik sendiri), proses ini dipanggil Pelepasan Gadaian atau Discharge of Charge (DOC).

Untuk rumah yang belum ada geran atau title individu (Geran masih dengan nama pemaju, geran atau title individu belum dikeluarkan), proses ini dipanggil Deed of Receipt & Reassignment (DRR).

Penting untuk pemilik rumah melaksanakan proses ini kerana barulah hakmilik penuh diperolehi setelah nama anda ada pada geran. Jika tidak, proses jual beli, pindah milik atau wasiat akan menjadi rumit kerana geran rumah masih tertera nama LPPSA / bank.

Baca juga: Pembiayaan Kali Kedua LPPSA 2026

Mengapa LPPSA Menggalakkan Lantikan Peguam Untuk Urusan Pelepasan Gadaian?

Menurut LPPSA, lantikan peguam memberi beberapa manfaat kepada pelanggan, antaranya:

1. Urusan Dikendalikan Secara Profesional

Peguam mempunyai kepakaran dalam urusan hartanah dan dokumentasi perundangan. Oleh itu, segala dokumen dapat disediakan dan dikemukakan mengikut prosedur yang betul.

2. Mengurangkan Risiko Kesilapan

Kesilapan dalam penyediaan dokumen boleh menyebabkan kelewatan atau penolakan permohonan di Pejabat Tanah. Dengan bantuan peguam, risiko ini dapat diminimumkan.

3. Menjimatkan Masa

Pelanggan tidak perlu berulang-alik ke pelbagai agensi bagi menguruskan proses pelepasan gadaian kerana kebanyakan urusan akan dikendalikan oleh peguam yang dilantik.

4. Mempercepatkan Proses Pelepasan Gadaian

Penglibatan peguam membantu memastikan dokumen yang diperlukan lengkap dan mematuhi kehendak pihak berkuasa berkaitan.

Cara Mohon Pemulangan Dokumen Sekuriti LPPSA

Bagi pelanggan yang telah menyelesaikan pembiayaan, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membuat permohonan pemulangan dokumen sekuriti.

Permohonan ini boleh dibuat melalui:

Portal e-Settled LPPSA

Melalui portal tersebut, pelanggan boleh:

  • Memohon pemulangan dokumen sekuriti asal
  • Membuat tuntutan lebihan bayaran (jika ada)
  • Menyemak status permohonan

Proses Pelepasan Gadaian LPPSA

Berikut ialah proses yang diikuti oleh pelanggan untuk proses pelepasan gadaian.

  • Langkah 1 – Selesaikan sepenuhnya pembiayaan perumahan LPPSA.
  • Langkah 2 – Mohon pemulangan dokumen sekuriti melalui Portal e-Settled LPPSA.
  • Langkah 3 – Terima dokumen sekuriti asal yang dihantar oleh LPPSA.
  • Langkah 4 – Lantik peguam pilihan untuk menguruskan pelepasan gadaian atau penyerahan hak semula @ uruskan sendiri di Pejabat Tanah dan LHDN.
  • Langkah 5 – Proses pelepasan gadaian selesai dan rekod gadaian akan dipadamkan daripada hak milik hartanah.

Senarai Peguam Berdaftar LPPSA

Anda boleh melantik peguam pilihan sendiri atau peguam yang berdaftar di bawah LPPSA. Senarai penuh peguam panal mengikut negeri boleh anda rujuk melalui portal rasmi LPPSA di pautan: https://www.lppsa.gov.my/peguam-berdaftar/

Manual Pengguna Baru Portal E-Settled

Maklumat Lanjut

Sebarang Pertanyaan, Cadangan & Aduan, boleh disalurkan di sini: LPPSA

Anda juga boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan : 03 – 8880 1600

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan, No.9,
Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

WAKTU OPERASI

Isnin – Khamis
8.00 pagi – 5.30 petang (Buka)

Jumaat
8.00 pagi – 12.30 tengah hari (Buka)
12.30 tengah hari – 2.30 petang (Rehat)
2.30 petang – 5.30 petang (Buka)

Sabtu & Ahad
Tutup

Cuti Umum
Tutup

PUSAT PANGGILAN

WAKTU OPERASI

Isnin – Khamis
8.00 pagi – 5.30 petang (Buka)

Jumaat
8.00 pagi – 12.30 tengah hari (Buka)
12.30 tengah hari – 2.30 petang (Rehat)
2.30 petang – 5.30 petang (Buka)

Sabtu & Ahad
Tutup

Cuti Umum
Tutup

Nota:
Untuk makluman, talian Pusat Panggilan LPPSA sangat sibuk pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang dan 2.30 petang hingga 4.00 petang. Oleh itu, LPPSA menggalakkan panggilan dibuat di luar waktu puncak bagi memastikan urusan anda dapat dilayan dengan lebih cepat dan lancar.

LIVE CHAT

WAKTU OPERASI

Isnin – Khamis
8.00 pagi – 5.30 petang (Buka)

Jumaat
8.00 pagi – 12.30 tengah hari (Buka)
12.30 tengah hari – 2.30 petang (Rehat)
2.30 petang – 5.30 petang (Buka)

Sabtu & Ahad
Tutup

Cuti Umum
Tutup

LiA CHATBOT

WAKTU OPERASI

Chatbot
Isnin – Ahad
Beroperasi 24 jam

Semakan Akaun
Isnin – Ahad
7.00 pagi – 12.00 malam (Buka)

e-KAUNTER

WAKTU OPERASI

Isnin – Khamis
8.00 pagi – 5.30 petang (Buka)

Jumaat
8.00 pagi – 12.30 tengah hari (Buka)
12.30 tengah hari – 2.30 petang (Rehat)
2.30 petang – 5.30 petang (Buka)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup

Soalan Lazim Borang Pelepasan Gadaian

Adakah LPPSA masih menyediakan dokumen pelepasan gadaian kepada pelanggan?

Tidak. Di bawah prosedur baharu, LPPSA hanya akan menyerahkan dokumen sekuriti asal seperti hak milik atau dokumen penyerahan hak. Urusan penyediaan dan pemfailan dokumen pelepasan gadaian perlu diuruskan oleh peminjam sendiri atau peguam yang dilantik.

Bagaimanakah cara memohon pemulangan dokumen sekuriti?

Permohonan boleh dibuat melalui Portal e-Settled LPPSA bagi tujuan pemulangan dokumen sekuriti dan tuntutan lebihan bayaran selepas pembiayaan selesai.

Adakah pelanggan wajib melantik peguam?

Ya. Pelanggan perlu melantik peguam bagi menguruskan proses pelepasan gadaian atau penyerahan hak semula selepas menerima dokumen sekuriti daripada LPPSA.

Bolehkah saya memilih peguam sendiri?

Boleh. Pelanggan bebas memilih peguam sendiri atau menggunakan khidmat peguam panel LPPSA.

Adakah terdapat kos yang perlu ditanggung pelanggan?

Ya. Pelanggan perlu menanggung kos guaman dan fi berkaitan yang dikenakan oleh peguam yang dilantik untuk menguruskan pelepasan gadaian atau penyerahan hak semula.

Apakah proses pelepasan gadaian LPPSA?

Secara ringkas, ia adalah proses tebus geran atau tukar nama pada geran daripada nama bank kepada nama pemilik. Dengan proses ini, barulah pemilik mempunyai pemilikan penuh terhadap rumah tersebut, sekaligus memudahkan sebarang urusan jual beli, pindah milik atau wasiat.

Baca juga: Rumah Mesra Rakyat 2026- Semakan & Permohonan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut