Permohonan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2027 boleh dibuat mulai dibuka mulai 1 Jun 2026 menerusi pautan https://tls.moe.gov.my/.
Rujuk maklumat lanjut dan info di bawah.

Pengenalan NPQEL
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Profesional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dikelolakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).
Program ini merupakan antara prasyarat pelantikan pengetua /guru besar yang menetapkan sesiapa pun guru yang ingin menjadi pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL.
Program NPQEL mod baru dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.
Selain itu, e-NPQEL adalah adalah Portal e-Pembelajaran Institut Aminuddin Baki yang menyediakan pra kursus dalam talian untuk para peserta kursus NPQEL 2.0.
Matlamat utama kursus e-NPQEL adalah untuk memberikan pengetahuan asas berkaitan aspek kepimpinan dan pengurusan dalam pendidikan sebelum para peserta mengikuti kursus secara bersemuka di Institut Aminuddin Baki.
Modul e-NPQEL dirancang dan direka bentuk sebaik mungkin daripada aspek isi kandungan dan teknikal bagi memastikan keselesaan para peserta untuk meneroka serta mendapatkan maklumat dan pengetahuan berdasarkan pendekatan self-directed learning dan e-Tutorial.
Kursus ini mempunyai 4 modul utama dengan 10 submodul yang perlu disempurnakan. Penilaian akhir disediakan pada penghujung setiap modul dan submodul. Peserta perlu mendapat markah 100% dalam setiap penilaian ini serta melaksanakan 7 tugasan untuk mendapatkan sijil e-NPQEL bagi meneruskan kursus untuk sesi bersemuka. Para peserta diberi tempoh selama 8 minggu (40 hari) untuk menyempurnakan kesemua modul dan submodul tersebut.
Permohonan Ambilan 2027
Iklan permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Profesional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2025 telah dibuka mulai 1 Jun 2026 jam 10:00 pagi hingga 31 Julai 2026 jam 11:59 malam.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Syarat Umum
- Telah disahkan dalam perkhidmatan.
- Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir.
- Bebas daripada tindakan tatatertib.
- Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun.
- Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan.
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.
Syarat Khusus
- Bagi calon Pengetua:
i. telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 bagi urusan penempatan pemangkuan; atau
ii. telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52/ DG54(KUP) bagi urusan penempatan setara/ hakiki. (b) - Bagi calon Guru Besar:
i. telah berada sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG41; atau
ii. telah dinaikkan pangkat ke Gred DG42/ DG44/ DG48(KUP). - Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
i. Pengetua: Bidang Umum; dan
ii. Guru Besar: Bidang Umum/ Cina/ Tamil. - Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang)/ Penolong Kanan (termasuk Penolong kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM (B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/ JPN/ Bahagian/ Institut Aminuddin Baki/ Institut Pendidikan Guru/ Kolej Matrikulasi.
- Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan).
- Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013).
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://tls.moe.gov.my mulai 1 Jun 2026 jam 10:00 pagi hingga 31 Julai 2026 jam 11:59 malam.
Soalan Lazim
NPQEL merupakan kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dikelolakan oleh Institut Aminuddin Baki. Ini bagi memenuhi prasyarat pelantikan pengetua /guru besar yang menetapkan guru yang ingin menjadi pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL.
Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning.
Semakan permohonan boleh dibuat mulai 1 Jun 2026 jam 10:00 pagi hingga 31 Julai 2026 jam 11:59 malam.
Ya. Individu mestilah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun.
Semakan keputusan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://tls.moe.gov.my pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Maklumat Lanjut
Semua maklumbalas boleh dikemukakan kepada:
Penempatan
Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8884 7959/7883/7868/7882
NPQEL
Unit Penyelaras Program
Institut Aminudin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kompleks Pendidikan Nilai,
Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06-7979200
Anda juga boleh emelkan sebarang aduan atau permasalahan kepada [email protected] (PENEMPATAN) dengan tajuk yang jelas beserta maklumat lengkap tuan/puan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, gred dan gelaran jawatan, tempat bertugas dan kod tempat bertugas untuk memudahkan kami membuat tindakan. Lampiran screenshot juga diperlukan untuk aduan teknikal mengenai Sistem ePangkat dan TLS.
Baca juga: Permohonan Guru JPINT Gred DG9 2026 (Contract Of Service)




