Permohonan Guru JPINT Gred DG9 2026 (Contract Of Service)

guru jpint
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa calon yang berkelayakan dan berminat yang telah menamatkan pengajian dan telah memperoleh keputusan senat universiti untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru Gred DG9 secara “Contract Of Service” di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT).

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan ini.

Apa itu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan?

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merupakan perjawatan bagi guru secara kontrak / interim dalam skim perkhidmatan pendidikan kerajaan khusus untuk graduan pendidikan.

Antara peranan utama PPP ialah melaksanakan pengajaran, penyeliaan kurikulum, pengurusan sekolah, serta melaksanakan dasar pendidikan negara.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 25 Mei 2026 sehingga 7 Jun 2026, jam 12.00 tengah hari.

Taraf Jawatan

Taraf jawatan yang ditawarkan adalah Kontrak (Contract Of Service).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2026.
  4. Memiliki kelulusan akademik:
    – Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Bagi calon bukan rakyat Terengganu perlu mengemukakan Surat Akuan Menjadi Rakyat (Undang- Undang Taraf Kebangsaan Negeri Terengganu. Peraturan 8(2)) atau mengemukakan kad pengenalan bapa (rakyat Terengganu)
    – Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    – Calon perlu mengemukakan surat pengiktirafan Ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) semasa mengemukakan permohonan secara dalam talian.
  5. Wajib mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 yang lengkap.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan dan laman sesawang http://jpintklik.terengganu.gov.my/application/8/online dan atau dengan melayari
https://jheat.terengganu.gov.my.

Calon adalah diwajibkan untuk memilih 1 bidang sahaja sama ada (UMUM atau AGAMA) bagi permohonan jawatan ini.

Sekiranya calon didapati mengisi kedua-dua pilihan, permohonan tersebut akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

Bagi permohonan bidang agama, calon digalakkan untuk mengemukakan sijil khusus yang berkaitan (sekiranya ada) seperti Ijazah Talaqqi Bersanad, Ijazah Al-Quran Bersanad dan Ijazah Kitab Turath.

Soalan Lazim

Apakah taraf bagi perjawatan ini?

Taraf jawatan yang ditawarkan adalah secara Kontrak (Contract Of Service).

Bilakah tarikh permohonan bagi jawatan ini dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 25 Mei 2026 sehingga 7 Jun 2026, jam 12.00 tengah hari.

Berapakah umur yang layak untuk memohon?

Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2026.

Adakah mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 sebagai syarat kelayakan untuk memohon?

Ya. Pemohon wajib mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 yang lengkap.

Bagaimanakah cara untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan http://jpintklik.terengganu.gov.my/application/8/online dan atau dengan melayari
https://jheat.terengganu.gov.my..

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan guru JPINT ini, sila hubungi Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, di talian 09-6252525 (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia).

Baca juga: Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut