Nilai Sepunya HRMIS – Skor & Cara Penilaian

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Nilai Sepunya HRMIS – Skor & Cara Penilaian ialah komponen penting dalam sistem MyPerformance melalui (https://hrmis2.eghrmis.gov.my) yang digunakan untuk menilai tingkah laku dan profesionalisme penjawat awam melalui kaedah penilaian 360 darjah.

Melalui 15 item penilaian dan skala skor tertentu, Nilai Sepunya membantu memberikan gambaran menyeluruh tentang prestasi seseorang Pegawai Yang Dinilai (PYD).

Penilaian untuk nilai sepunya Sesi 2 akan bermula pada 1 Januari 2026 (Khamis) hingga 31 Januari 2026 (Sabtu).

Surat Edaran KPPA

Berdasarkan Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) terkini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan kenyataan berkaitan MyPerformance, khususnya melibatkan pemarkahan bagi komponen Nilai Sepunya.

Melalui penetapan baharu tersebut, wajaran Nilai Sepunya telah dikurangkan daripada 10 peratus kepada 5 peratus, manakala wajaran Kompetensi Tingkah Laku ditingkatkan daripada 10 peratus kepada 15 peratus.

Pengenalan Nilai Sepunya HRMIS

Nilai Sepunya ialah satu bentuk penilaian 360 darjah. Skor maksimum yang boleh dicapai oleh setiap penilai ialah 55 markah, manakala skor minimum ialah 11 markah.

Jumlah markah mentah (raw score) yang diperoleh oleh P3P akan ditukarkan kepada skor 1-10. Bagi tujuan intervensi atau program pembangunan PYD, skor akhir yang diperolehi berdasarkan hasil penilaian P3P akan dipaparkan dan dibandingkan dengan skor akhir penilaian kendiri.

Prosedur Nilai Sepunya HRMIS

Langkah 1 – PYD membuat penilaian kendiri (nilai diri sendiri) sehingga diperingkat selesai.

Langkah 2 – PYD membuat penilaian sebagai P3P kepada pegawai yang telah ditetapkan kepada beliau sehingga selesai.

Langkah 3 – Status selesai dinilai*.

*Penilaian yang telah dihantar adalah muktamad dan tidak boleh dipinda.

Carta Alir Proses

Nilai Sepunya HRMIS

Nilai Sepunya HRMIS

Item dan Skala Penilaian

Nilai Sepunya merangkumi lima belas (15) item penilaian yang menilai tingkah laku Pegawai Yang Dinilai (PYD). Setiap item dinilai menggunakan skala Likert dengan lima (5) pilihan jawapan yang mewakili markah 1 hingga 5.

Skala Penilaian:

  • Tidak Pernah (Never) – 1
  • Jarang-Jarang (Rarely) – 2
  • Kadang-Kadang (Sometimes / Seldom) – 3
  • Kerap (Very Often) – 4
  • Sangat Kerap (Always) – 6

Item Penilaian:

  1. Memberi layanan yang sama rata kepada semua pihak
  2. Bersedia mengakui kesilapan dan kesalahan diri
  3. Berupaya untuk bekerjasama dengan individu lain supaya matlamat tugasan / organisasi tercapai
  4. Menyampai atau berkongsi maklumat berkaitan tugasan yang terkini dalam pasukan / organisasi
  5. Bersedia menerima nasihat, pandangan dan cadangan
  6. Menghormati orang lain
  7. Memahami perasaan dan keperluan orang lain
  8. Mengguna waktu kerja dengan sebaiknya untuk menyelesaikan tugas
  9. Tidak memilih kerja
  10. Mampu mengawal emosi apabila berhadapan dengan keadaan sukar dan mendesa
  11. Mengamalkan kod etika kerja yang ditetapkan oleh jabatan dalam tugasan
  12. Tidak berada di tempat kerja tanpa kebenaran
  13. Membuat gangguan berunsur seksual di tempat kerja
  14. Menyalahgunakan kedudukan sebagai penjawat awam
  15. Perilaku yang boleh menjatuhkan imej perkhidmatan awam

Kategori Pencapaian Prestasi

Markah KategoriImplikasi
95 – 100%Melebihi Sasaran Secara Signifikan (ST)– Melepasi salah satu tapisan awal untuk Penilaian Kompetensi dan Potensi

– Diperaku pergerakan gaji tahunan
85 – <95%Melebihi Sasaran Exceed Target (ET)– Melepasi salah satu tapisan awal untuk Penilaian Kompetensi dan Potensi

– Diperaku pergerakan gaji tahunan
75 – <85%Menepati Sasaran On Target(OT)– Melepasi salah satu tapisan awal untuk Penilaian Kompetensi dan Potensi bagi markah prestasi 80% dan ke atas

– Diperaku pergerakan gaji tahunan
<75%Tidak Menepati Sasaran (BT)– Diberi tempoh selama enam (6) bulan untuk penilaian pestasi khas sebelum ditamatkan perkhidmatan khas sebelum ditamatkan perkhidmatan bagi markah prestasi yang kurang daripada 70%

– Diperakukan untuk tiak diberi pergerakan gaji tahunan

Jumlah markah mentah (raw score) yang diperoleh melalui P3P akan ditukarkan kepada skor antara 1 hingga 10. Bagi tujuan intervensi atau program pembangunan PYD, skor akhir daripada penilaian P3P akan dipaparkan dan dibandingkan dengan skor akhir penilaian kendiri.

Nilai Sepunya Sesi 2 MyPerformance

Nilai Sepunya Sesi 2 merupakan peluang terakhir untuk memperbetulkan kelemahan penilaian Sesi 1, memandangkan markah Sesi 2 akan digunakan sebagai markah akhir Penilaian Prestasi 2025. Untuk makluman, modul ini akan dibuka mulai 1 Januari 2026 hingga 31 Januari 2026, dan semua markah Sesi 1 akan ditetapkan semula (reset).

Peranan Pentadbir MyPerformance amat penting bagi memastikan kelancaran penilaian. Pentadbir disarankan menyemak dan mengemas kini senarai PYD yang tiada PRS2 dan PRS3, kerana kekosongan ini boleh menyebabkan proses penilaian kelihatan tidak lengkap.

Selain itu, Pentadbir juga boleh menyemak senarai “siapa menilai siapa” serta menyelenggara P3P mengikut kesesuaian, agar tiada lagi isu penilai dan pegawai yang dinilai saling tidak mengenali.

Bagi PYD, adalah penting untuk sentiasa peka terhadap status penilaian. Sekiranya menghampiri tarikh akhir dan masih tiada markah maklum balas, PYD hendaklah segera memaklumkan kepada Pentadbir dan tidak membiarkan perkara tersebut berlarutan.

Pegawai yang tidak dinilai dalam sesi ini akan menerima markah kosong, yang memberi kesan langsung kepada markah akhir Nilai Sepunya.

Penilai pula diingatkan supaya membaca setiap soalan dengan teliti sebelum memilih jawapan.

Antara punca markah Nilai Sepunya yang sangat rendah sebelum ini adalah disebabkan kesilapan memahami soalan atau tersalah klik jawapan. Dalam Pekeliling MyPPSM Ceraian U.P.4.1.1, telah disediakan skema permarkahan yang jelas:

  • Bagi soalan berbentuk negatif, jawapan “tidak pernah” memberikan markah tertinggi, manakala “sangat kerap” membawa markah paling rendah.
  • Bagi soalan berbentuk positif, “sangat kerap” memberikan markah tertinggi, manakala jawapan lain memberi markah yang lebih rendah.

Walaupun bunyi jawapan seperti “kerap” dan “sangat kerap” kelihatan hampir sama, perbezaan ini memberi kesan ketara terhadap markah.

Tambahan pula, susunan soalan adalah rawak dan tidak mengikut penomboran dalam pekeliling, justeru penilai perlu benar-benar teliti sebelum membuat pilihan.

Kredit: Facebook Keknie Sha

Tarikh Penilaian Nilai Sepunya Sesi 2

Penilaian untuk nilai sepunya Sesi 2 akan bermula pada 1 Januari 2026 (Khamis) hingga 31 Januari 2026 (Sabtu).

Tutorial Cara Isi Nilai Sepunya

Berikut adalah tutorial penuh tentang cara untuk mengisi nilai sepunya dalam HRMIS:

1. Cara Selenggara Jadual Nilai Sepunya – Sesi Khas

Nilai Sepunya HRMIS

Nilai Sepunya HRMIS
Nilai Sepunya HRMIS

2. Selenggara P3P

3. Penilaian P3P

4. Semak Status Penilaian

MyPerformance 2025: Perkara Penting Menjelang Akhir Tahun

1. Pastikan semua submodul berstatus HIJAU (SELESAI)
Sekiranya masih terdapat submodul berstatus MERAH (Belum Dinilai) atau OREN (Dalam Penilaian/Memerlukan Pengesahan PYD), tindakan segera hendaklah diambil sebelum tamat tempoh yang ditetapkan. Sila rujuk jadual penilaian jabatan atau kementerian masing-masing.

2. Status Markah Keseluruhan
Markah keseluruhan akan kekal berstatus OREN walaupun semua submodul telah diselesaikan. Status ini hanya akan bertukar kepada HIJAU selepas keputusan muktamad dibuat oleh Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

3. Penilaian Semula Nilai Sepunya (Sesi 2)
Modul Nilai Sepunya akan dibuka semula dari 1 Januari 2026 hingga 31 Januari 2026 bagi pelaksanaan Sesi 2. Semua pegawai perlu membuat penilaian semula kerana markah sesi terdahulu akan ditetapkan semula (reset). Hanya markah Sesi 2 akan diambil kira dalam pengiraan markah akhir Prestasi 2025.

4. Peringatan Berkaitan Nilai Sepunya Sesi 2:

  • (i) Semua pegawai hendaklah menyemak Tab Dashboard Penilai, walaupun bukan Pegawai Penilai (PP). Pastikan sekurang-kurangnya terdapat satu nama, iaitu nama sendiri. Sekiranya terdapat nama pegawai lain, ini bermaksud anda telah ditetapkan sebagai Pegawai Penilai kepada pegawai tersebut. Jika hanya nama sendiri dipaparkan, ini menunjukkan sistem tidak menetapkan anda sebagai penilai pada waktu tersebut.
  • (ii) Sekiranya menerima nama pegawai yang tidak dikenali dalam peti masuk, maklumkan kepada Pentadbir dengan segera. Penilaian tidak wajar dibuat terhadap pegawai yang tidak dikenali bagi memastikan keadilan dan ketepatan penilaian.
  • (iii) Jika sehingga hampir tamat tempoh penilaian maklum balas masih belum diterima, sila maklumkan kepada Pentadbir supaya tindakan susulan dapat diambil, sama ada melalui peringatan kepada penilai atau pertukaran penilai. Kegagalan mendapatkan maklum balas akan menyebabkan kehilangan markah Nilai Sepunya.
  • (iv) Setiap soalan hendaklah dibaca dengan teliti sebelum memilih jawapan. Pegawai perlu membezakan antara soalan berbentuk negatif dan positif bagi mengelakkan kesilapan semasa penandaan.
  • (v) Pentadbir perlu menyemak dan mengemas kini senarai penilai serta melaksanakan penyelenggaraan sistem dari semasa ke semasa.
  • (vi) Pegawai yang dinilai bukanlah pegawai yang menilai kita. Identiti penilai adalah rahsia dan merupakan amanah yang perlu dijaga oleh Pentadbir.

5. Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT)
Mulai tahun 2026, markah minimum bagi melayakkan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) ialah 75 peratus dan ke atas. Pegawai boleh mengemukakan rayuan kepada PPSM sekiranya mempunyai justifikasi kukuh mengapa markah prestasi tidak mencapai tahap minimum yang ditetapkan.

Apabila Markah Rendah, Apa Yang Patut Anda Buat?

Jika hari ini anda rasa terlalu letih, kecewa, atau sedih selepas lihat markah Nilai Sepunya:

  1. Berhenti sekejap. Log keluar dari HRMIS.
  2. Tarik nafas perlahan-lahan.
  3. Minum air atau berjalan seketika jauh dari skrin.
  4. Jika ada seseorang yang anda percaya, luahkan.
  5. Kalau tak mampu bercakap, tulis saja di nota telefon — itu pun sudah cukup untuk lepaskan beban dalam dada.

Yang paling penting:
Jangan pendam sehingga hati sendiri yang terbakar perlahan-lahan hanya kerana satu markah.

Nilai Sepunya boleh dibahas semula. Keputusan boleh disemak. Sistem boleh diperjuangkan untuk jadi lebih adil. Itu kerja jangka panjang.

Tetapi sementara menunggu sistem berubah, satu perkara yang perlu anda jaga adalah esihatan mental dan nilai diri anda.

Markah boleh turun naik setiap tahun. Tetapi nilai anda sebagai manusia, sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk masyarakat itu jauh lebih besar dan tidak pernah ditentukan oleh satu angka dalam sistem.

Soalan Lazim – Nilai Sepunya HRMIS

1. Saya telah selesai membuat penilaian terhadap semua tindakan di Dashboard Penilai  → Nilai Sepunya tetapi status di Dashboard PYD masih menunjukkan ‘Dalam Penilaian’.

Status penilaian dipaparkan di Dashboard PYD sebagai ‘Dalam Penilaian’ menunjukkan terdapat P3P yang masih belum selesai membuat penilaian terhadap PYD.

2. Bolehkah penilaian dibuat selepas tempoh penilaian tamat?

Tidak boleh. Urus setia PPSM perlu mengemas kini tarikh akhir penilaian di Dashboard Pentadbir → Selenggara Jadual Penilaian Nilai Sepunya untuk memanjangkan tempoh penilaian.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Skor Kendiri dan Skor Maklum Balas?

Skor Kendiri adalah skor akhir penilaian kendiri oleh PYD manakala Skor Maklum Balas adalah skor purata yang dinilai oleh P3P terhadap PYD.

4. Kenapakah status Nilai Sepunya bagi PYD di bawah seliaan saya pada Dashboard Penilai → Senarai Pegawai Yang Dinilai tidak menunjukkan skor Kendiri walaupun PYD tersebut telah selesai membuat penilaian kendiri?

Skor bagi Nilai Sepunya PYD tidak dipaparkan kerana PP belum membuat penilaian kendiri.

5. Bolehkan seorang PYD mempunyai dua sesi tahunan pada tahun prestasi yang sama?

Boleh, sekiranya PYD tersebut ditetapkan peranan sebagai P3P di agensi yang lain. Pegawai perlu membuat penilaian terhadap semua tindakan yang disenaraikan mengikut sesi penilaian pada tahun prestasi yang sama.

6. Apakah yang perlu dibuat oleh pegawai sekiranya tidak mengenali PYD yang telah ditetapkan untuk dibuat penilaian?

Pegawai boleh memaklumkan kepada pentadbir di agensi masing-masing untuk pindaan P3P di Menu Selenggara P3P.

7. Terdapat pegawai yang langsung tidak dapat menilai pegawai atasan/pegawai setara/pegawai
bawahan. Ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan segelintir kakitangan di jabatan yang beranggapan sistem ‘TIDAK ADIL’ kerana mereka tidak mendapat peranan untuk
membuat penilaian di kalangan pegawai atasan/pegawai setara/pegawai bawahan.

1) Sistem secara automatik menetapkan sekurang-kurangnya tiga orang P3P sama ada pegawai lebih tinggi, setara atau lebih rendah yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD dan daripada unit organisasi yang sama. Penetapan P3P oleh sistem adalah bergantung kepada struktur organisasi agensi seperti yang ditetapkan di Modul Data Perjawatan.

2) Sekiranya agensi memutuskan untuk menetapkan P3P lebih daripada jumlah yang ditetapkan oleh sistem, pentadbir boleh menambah pegawai di fungsi Selenggara

8. Di fungsi Status Pemantauan Nilai Sepunya, mengapa paparan pegawai tiada PRS3?

1) Pegawai tiada PRS3 kerana P3P yang telah ditetapkan sebagai PRS3 oleh sistem telah diputus sandang di dalam HRMIS.

2) Selain di fungsi Pemantauan Status Penilaian Nilai Sepunya, pentadbir boleh menyemak dan mengemas kini senarai P3P bagi PYD di fungsi Pemantauan Selenggara P3P.

9. Kenapa saya tidak boleh tambah P3P kerana butang tambah tidak aktif?

Butang Tambah tidak aktif kerana status penilaian bagi PYD tersebut ialah Dalam Penilaian yang bermaksud salah seorang P3P sedang/ selesai membuat penilaian. Pentadbir boleh menyemak status penilaian bagi PYD di Dashboard Pentadbir → Pemantauan Nilai Sepunya → Status Penilaian Nilai Sepunya.

10. Mohon penjelasan berkenaan kaedah skor kendiri dan skor maklum balas untuk tujuan pemahaman skor yang diterima dan kaitan dengan urusan prestasi

Sebagai mekanisme kawalan, kaedah penskoran bagi penilaian nilai sepunya tidak didedahkan kepada umum. Nilai Sepunya merupakan salah satu elemen prestasi yang dinilai dalam MyPerformance yang menyumbang kepada penilaian urusan prestasi.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut