HRMIS (Human Resource Management Information System) ialah merupakan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia untuk menguruskan data penjawat awam dengan lebih efektif.
Sistem ini menggantikan versi terdahulu dan menawarkan pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia secara dalam talian.
HRMIS boleh diakses melalui portal rasmi di pautan berikut: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/ atau aplikasi Mudah Alih MyHRMIS Mobile versi terkini 2.2.2.
Rujuk cara login portal HRMIS dan muat turun aplikasi MyHRMIS Mobile versi terkini 2.2.2. serta info penting berkaitan.
RINGKASAN HRMIS/ APLIKASI MyHRMIS 2.2.
- Sistem pengurusan sumber manusia digital bagi penjawat awam Malaysia yang kini dalam fasa transisi ke HRM Baharu.
- Berfungsi sebagai pusat data tunggal yang menguruskan keseluruhan kitaran perkhidmatan, bermula dari fasa pra-perkhidmatan hingga persediaan pencen.
- Melalui aplikasi MyHRMIS, pengguna boleh melakukan urusan harian seperti permohonan cuti, semakan profil, dan pemantauan prestasi secara real-time untuk memastikan kelancaran pentadbiran awam.
Apa Itu HRMIS 2.0?
HRMIS 2.0, Human Resource Management Information System atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia adalah sebuah sistem bersepadu yang direka untuk memudahkan pengurusan sumber manusia dalam sektor awam Malaysia.
Ia merupakan sebuah sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai sehingga pegawai bersara.
Sistem ini memberi tumpuan kepada pelbagai aspek pengurusan tenaga kerja, seperti maklumat peribadi, prestasi, cuti, dan penilaian kakitangan, serta urusan kenaikan pangkat dan pencen.
Melalui HRMIS 2.0, kakitangan kerajaan dapat mengakses maklumat peribadi dan memohon perkhidmatan secara dalam talian

Secara ringkasnya, sistem HRMIS 2.0:
- Dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi HR dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan.
- Semua rekod berkaitan kakitangan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital.
- Dapat mempercepatkan proses HR (sumber manusia).
HRMIS akan Beralih ke HRM
Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRM) Baharu dibangunkan bagi menggantikan HRMIS 2.0 melalui Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu.
HRM Baharu terdiri daripada 35 modul merangkumi proses sumber manusia yang meliputi fasa Pra Perkhidmatan, Dalam Perkhidmatan dan Persediaan Pasca Perkhidmatan.

Sistem HRM Baharu ini dilaksanakan secara berperingkat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Perbandingan Antara HRMIS 2.0 & HRM Bahar
| HRMIS 2.0 | HRM Baharu |
| Fungsi sumber manusia sektor awam tidak menyeluruh dan kurang dari segi aspek pendigitalan. | Dibangunkan berdasarkan keperluan pengurusan secara menyeluruh (end-to-end) dan bersifat pendigitalan sepenuhnya. |
| Masih menggunakan teknologi asal HRMIS Klasik. Tidak menyokong keupayaan digital baharu dan fungsi tambahan sukar dilaksanakan. | Menggunakan Arkitektur Microservices. Menyokong automasi, data analytics, dan elemen prediktif. |
| Data sedia ada terdapat di pelbagai agensi. Perolehan data secara manual dan perkongsian dalam talian yang terhad. | Berintegrasi dengan sistem agensi kerajaan sebagai Single Source of Truth (SSOT) untuk pembuatan keputusan yang tepat. |
Untuk info lebih lanjut, sila rujuk: Informasi HRM Baharu
Objektif
Objektif penggunaan sistem HRMIS ini secara spesifiknya adalah untuk:
- Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap;
- Mengautomasikan proses-proses operasi PSM;
- membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
- Memudahkan komunikasi secara horizontal,
- Penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
- Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less; dan
- Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.
Di samping membolehkan data proses sumber manusia sektor awam disimpan dalam satu pangkalan data secara berpusat, sistem ini juga membolehkan analisis dan perancangan strategik manusia dilakukan dengan lebih mudah, sama ada di peringkat jabatan, kementerian, kerajaan Negeri atau pun di peringkat nasional.
Kegunaan Sistem HRMIS Untuk Penjawat Awam
Selain menyimpan dan mengemaskini rekod, sistem ini membolehkan setiap anggota sektor awam memohon pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan seperti cuti , tuntutan perjalanan dan kursus yang bersesuaian.
Melalui kemudahan layan diri yang disediakan, pegawai dapat melaksanakan, antara lain, perkara-perkara seperti berikut:
- Mengemas kini rekod peribadi
- Memohon dan menyemak cuti rehat
- Mengemukakan tuntutan
- Memantau prestasi kerja
- Memohon kursus yang bersesuaian
- Membuat penilaian kompetensi
- Memohon pertukaran
- Memohon kaunseling
BACA JUGA: MyDigital ID Penjawat Awam – Login & Daftar
Cara Login HRMIS 2.0
Semua penjawat awam akan diberi ID yang boleh didapati dari Pentadbir HRMIS jabatan masing-masing.
Berikut adalah cara login HRMIS untuk mengemaskini rekod peribadi, membuat semakan, serta permohonan.
- Pergi ke laman web berikut: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/
- Masukkan ID Pengguna.
- Masukkan Kata Laluan.
- Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil
- Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan.
- Log keluar setelah selesai.

>> PENGURUSAN KATA LALUAN HRMIS
Kata laluan perlu ditukar mengikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS) seperti berikut:
- Sekurang-kurangnya 12 aksara
- Mengandungi huruf dan nombor
- Mengandungi aksara khas (Contoh : @, &,*)
- Mengandungi huruf besar dan huruf kecil

Rujuk panduan di bawah untuk kemaskini maklumat / membuat permohonan cuti, pengurusan prestasi dan tuntutan.
Panduan Muat Naik Gambar Sendiri Pada HRMIS 2.0
Syarat & Peraturan Muat Naik Gambar Pegawai Pada HRMIS
- Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport dalam format .GIF / BMP / JPG / JPEG
- Saiz fail : Tidak melebihi 204..8kb
- Latar belakang gambar mesti berwarna putih / biru
- Gambar memakai purdah atau menutup sebahagian muka adalah tidak dibenarkan
- Penampilan pegawai :
- Pegawai Lelaki
- Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau berpakaian seragam (uniform)
- Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan & bersesuaian
- Pegawai Wanita
- Berbaju kurung atau berpakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata
- Berpakaian seragam (uniform)
- Pegawai Lelaki
Rujuk contoh gambar yang diterima dan tidak diterima dalam poster di bawah:

Semakan Data & Kemaskini HRMIS 2.0
Luangkan masa setiap hari untuk membuka sistem HRMIS bagi melakukan semakan data dan kemaskini.
Antara data yang perlu sentiasa disemak dan dikemaskini adalah:
1. SOKONGAN/KELULUSAN CUTI
2. PERISYTIHARAN HARTA
3. PENGISIAN/PENGESAHAN SKT
4. KEMASKINI/PENGESAHAN MAKLUMAT REKOD PERIBADI
5. PENGESAHAN DAN SEMAKAN TUNTUTAN PERJALANAN

Kepentingan Data Berintegriti Dalam HRMIS
- Setiap Penjawat Awam perlu memastikan data yang terdapat di dalam HRMIS adalah data yang betul dan tepat.
- Sila muat turun aplikasi MyHRMIS Mobile atau layari HRMIS bagi mengetahui status data anda.
- Urusan Kenaikan Pangkat – Melibatkan kelayakan akademik, sejarah perkhidmatan, dan markah LNPT.
- Urusan Kemudahan Tuntutan Perjalanan – Mengikut kadar kelayakan gred jawatan.
- Urusan Kemudahan Kelayakan Wad Hospital – Mengikut kelayakan gred jawatan.
- Urusan Kiraan Gratuiti Pencen

Untuk makluman, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA telah menyediakan Panduan Pengguna Fungsi Semakan Data HRMIS.

Untuk panduan pengguna tuan/puan boleh melayari pautan: https://bit.ly/3J4OSyS
Atau, layari Portal HRMIS di pautan berikut: https://www.eghrmis.gov.my/panduan-pengguna/hrmis-2-0.html
MUAT TURUN PANDUAN PENGGUNA FUNGSI SEMAKAN DATA HRMIS
NOTA: Pastikan anda log keluar selepas selesai menggunakan sistem untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan.
Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri
JPA telah menerbitkan 2 video tutorial HRMIS untuk Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT).
Video tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:
1. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian I/IV) – Peranan Pemohon
Fungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran.
Fungsi ini menawarkan kemudahan permohonan tuntutan perjalanan dalam negeri secara dalam talian sepenuhnya iaitu bermula daripada permohonan sehingga penerimaan bayaran tuntutan.
Rujuk video penuh: https://www.youtube.com/watch?v=W34HDsZjOcQ
2. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian II/IV) – Peranan Pengesah Tuntutan
Fungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri bagi Pemilik Kompetensi (Pengesah Tuntutan).
Pengesah Tuntutan ialah pegawai yang diberi peranan untuk mengesahkan tuntutan pegawai di bawah seliaannya.
Peranan dan aliran kerja tersebut ditetapkan oleh pentadbir HRMIS agensi.
Rujuk video penuh: https://www.youtube.com/watch?v=0VBg-NTMVxg
Aplikasi MyHRMIS Mobile 2.2.2
Aplikasi MyHRMIS Mobile merupakan satu aplikasi yang menggabungkan 6 fungsi dalam aplikasi MyHRMIS iaitu MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS eGL, MyHRMIS Self Check, MyHRMIS Care dan MyHRMIS Keluar Pejabat.
Semua kemudahan dalam sistem HRMIS ini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat melalui aplikasi mudah alih MyHRMIS.
Muat turun aplikasi MyHRMIS di:
- Google Play [KLIK SINI]
- Apple AppStore [KLIK SINI]
- Huawei App Gallery [KLIK SINI]
- GAMMA [KLIK SINI]


Pengguna Kali Pertama
- Bagi pengguna kali pertama untuk aplikasi MyHRMIS Mobile, klik Pengguna Kali Pertama pada paparan utama aplikasi selepas muat turun.
- Kemudian, isi maklumat yang diperlukan seperti no kad pengenalan, no telefon dan kata laluan.
- Pendaftaran MyHRMIS Mobile telah berjaya.
NOTA: Nombor telefon yang digunakan mestilah sama dengan yang tlah didaftarkan dalam Modul Rekod Peribadi.

Cara Log Masuk MyHRMIS Mobile 2.2.2
Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh log masuk ke aplikasi MyHRMIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Buka aplikasi dan klik butang MyDigital ID
- Pengesahan pelayar – Klik butang YA
- Buka MyDigital ID – Klik OPEN untuk beralih ke aplikasi MyDigital ID
- Hantar Digital ID – Klik YA
- Isi kata laluan dan klik YA
- Pengesahan berjaya. Tekan OK untuk kembali.
- Selesai. Log masuk berjaya.







Menu Utama dalam Aplikasi MyHRMIS
Berikut ialah menu utama yang terdapat dalam aplikasi MyHRMIS Mobile dan fungsi-fungsi yang ada, iaitu:
1. Menu Utama

2, Profil
Menu Profil membolehkan pengguna:
- Melihat dan mengemaskini maklumat peribadi
- Menyemak rekod perkhidmatan
- Mengakses butiran gaji dan elaun
- Mengemaskini maklumat perhubungan

3. eGL
eGL atau e-Guarantee Letter membolehkan pengguna:
- Menjana surat jaminan elektronik untuk rawatan perubatan
- Mengisi maklumat hospital dan tarikh rawatan
- Memuat turun dan mencetak surat jaminan untuk kegunaan di hospital2

4. Cuti
Melalui menu Cuti, pengguna boleh:
- Membuat permohonan cuti
- Menyemak baki dan rekod cuti
- Melihat status permohonan cuti
- Menerima notifikasi kelulusan atau penolakan cuti

5. Self Check
Fungsi Self Check membolehkan pengguna:
- Merekod kehadiran harian
- Menyemak rekod kehadiran
- Memantau waktu kerja

6. Keluar Pejabat
Menu ini membolehkan pengguna:
- Merekodkan aktiviti keluar pejabat semasa waktu kerja
- Menyatakan tujuan dan tempoh keluar pejabat
- Mendapatkan kelulusan untuk keluar pejabat

7. Care
Menu Care menyediakan:
- Saluran untuk melaporkan isu-isu berkaitan tempat kerja
- Akses kepada perkhidmatan sokongan dan kebajikan
- Maklumat mengenai program kesihatan dan kesejahteraan

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai portal HRMIS atau aplikasi MyHRMIS, sila rujuk/ hubungi:
- Laman web HRMIS: https://www.eghrmis.gov.my/
- Talian telefon 03-8321 1400
- Emel: [email protected]
- Facebook rasmi Change Management HRMIS JPA
- Laman web Sistem Pengurusan Meja Bantuan: https://spmb.jpa.gov.my/#/login
Anda juga boleh mengemukakan pertanyaan terus melalui alamat Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya.
Soalan Lazim MyHRMIS
HRMIS 2.0 Login ialah sistem log masuk rasmi untuk penjawat awam Malaysia bagi mengakses maklumat sumber manusia seperti cuti, tuntutan perjalanan, prestasi (SKT) dan rekod peribadi.
Untuk login HRMIS 2.0 Malaysia:
– Layari portal rasmi HRMIS
– Masukkan User ID
– Masukkan kata laluan
– Klik butang Login
Selepas berjaya login, anda boleh mengakses dashboard HRMIS.
Jika terlupa kata laluan:
– Klik “Forgot Password” di halaman login
– Masukkan User ID
– Sahkan melalui emel
– Tetapkan kata laluan baharu
Kata laluan mestilah sekurang-kurangnya 12 aksara dengan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol khas.
Masalah biasa HRMIS Login:
– Kata laluan salah
– Akaun dikunci kerana terlalu banyak percubaan
– Portal dalam penyelenggaraan
– Masalah internet
Jika akaun dikunci, hubungi pentadbir HRMIS jabatan anda.
MyHRMIS adalah aplikasi mudah alih rasmi bagi sistem HRMIS 2.0 yang digunakan oleh penjawat awam di Malaysia untuk menguruskan rekod perkhidmatan secara digital dan real-time.
Muat turun aplikasi MyHRMIS di:
– Google Play [KLIK SINI]
– Apple AppStore [KLIK SINI]
– Huawei App Gallery [KLIK SINI]
– GAMMA [KLIK SINI]
Untuk mengetahui lebih banyak soalan lazim mengeni HRMIS, sila rujuk di: https://docs.jpa.gov.my/docs/hrmis/Soalan-Lazim-HRMIS-2.0/




