Biodata Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital

Fahmi Fadzil merupakan antara nama yang mungkin mencuri tumpuan dalam perlantikan Menteri kabinet dalam kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim.

Dalam Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) yang lalu, beliau yang bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai berjaya mengekalkan kerusinya apabila menang dengan mahoriji 13,912.

Pada PRU14 tahun 2018 lalu, Fahmi Fadzil memenangi kerusi sama dengan majoriti lebih rendah, iaitu 5,598.

Mari kita lihat sedikit sebanyak latar belakang Fahmi Fadzil, Menteri Komuniikasi dan Digital yang baru dilantik ini.

Latar belakang Fahmi Fadzil

Nama penuh: Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tarikh lahir: 4 February 1981

Asal: Kuala Lumpur

Parti poliitk: Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Purdue University

Keahlian: Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender Dan Pembangunan Keluarga (2018 – 2020)

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebelum terlibat secara serius dalam dunia politik, beliau pernah membintangi filem “Gol & Gincu” pada tahun 2006.

Beliau juga pernah menerima Anugerah Artis Harapan dalam Anugerah Boh Cameron Highland 2006.

Beliau ketika itu juga bergiat aktif dalam seni kreatif dan persembahan sebagai penulis dan pelakon teater.

RINGKASAN BIODATA

AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL

41 TAHUN

PENDIDIKAN

Purdue University, Indiana, USA

2003

KERJAYA

Rakan Kongsi, Bright Lights At Midnight, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

2006-2016

Rakan Kongsi, Bright Space Management, Kelana Jaya, Selangor

2012-2016

PENGLIBATAN POLITIK

Ketua Penerangan KEADILAN, KEADILAN

2022-Kini

Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai, KEADILAN

2018-Kini

Pengarah Komunikasi KEADILAN, KEADILAN

2013-2022

Ketua Penerangan KEADILAN Wilayah Persekutuan, KEADILAN

2010-2013

Ketua Penerangan KEADILAN Lembah Pantai, KEADILAN

2010-2013

Karier Politik

Fahmi Fadzil memulakan karier politiknya dengan menyertai PKR pada tahun 2010.

Pada peringkat awal, beliau telah berkhidmat selaku Setiausaha Politik kepada Nurul Izzah Anwar (ketika itu merpakan Ahli Parlimen Lembah Pantai).

Antara tahun 1999 hingga 2013, beliau banyak terlibat secara langsung dalam kempen-kempen pilihanraya PRK dalam PRU.

Beliau pertama kali bertanding dalam Pilihan Raya dan mengejutkan ramai pihak apabila mengejutkan nama besar, Raja Nong Raja Zainil Abidin di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU14 pada tahu 2018 yang lalu.

Pada PRU15, beliau dilihat berjaya mengukuhkan kedudukan di Parlimen Lembah Pantai apabila berjaya menang dengan majoriti yang lebih besar.

Beliau merupakan seorang aktivis yang lantang memperjuangkan nasib golongan B40 dan aktif dalam program kemsyarakatan dan beliau.

Dalam parti PKR dan PH, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan pada September 2021 dan Ketua Penerangan PKR pada Julai 2022.

Sumber rujukan : https://calonkeadilan.org/candidate/P121

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!