Advertisements

Biodata DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10

Advertisements

BIODATA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10

lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 telah berlangsung pada jam 5 petang, 24 November 2022, di lstana Negara.

YDP Agong berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu mengenai proses pelantikan Perdana Menteri baharu pagi ini.

Yang di-Pertuan Agong telah perkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan dalam Perkara 40 (2)(A) dan Perkara 43 (2)(A) Perlembagaan Persekutuan .

Rujuk kenyataan penuh dalam lampiran di bawah:

24 NOVEMBER 2022 – KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA

Anwar ibrahim perdana menteri
Anwar ibrahim perdana menteri
Sumber: Istana Negara

Baca juga: Piala Dunia 2022 Qatar: Pasukan, Jadual & Keputusan Perlawanan

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Berikut dikongsikan biodata Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk makluman bersama.

Biodata Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

Teka-teka siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-10 kini terjawab selepas berlaku siri drama politik susulan tiada parti dapat mengumpul minimum 112 kerusi parlimen mendorong penglibatan Yang Dipertuan Agong bagi membolehkan pembentukan kerajaan perpaduan antara PH selaku parti paling banyak kerusi dengan parti-parti lain.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) telahpun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November 2022.

Perdana Menteri ke-10, DS Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di Istana Negara, Kuala Lumpur, 24 November 2022. – SADIQ ASYRAF

DS Anwar Ibrahim merupakan anak jati Bukit Merajam Pulau Pinang, calon PH bagi kerusi Parlimen P63 Tambun pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, di mana beliau telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi 3,736.

Mengimbau kembali pendidikan awal beliau yang bersekolah rendah di Bukit Mertajam Boys School, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 dan selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam pengajian Melayu (Sastera).

Bercerita mengenai perjalanan politik, beliau disebut-sebut sebagai ‘anak didik’ Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Mahathir yang lantang bersuara.

Beliau pernah dilantik menjadi presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1968 hingga 1971.

Kemudian beliau merupakan pengasas bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Anwar kali pertama dipenjara di Kamunting, Perak selama 20 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam gerakan pelajar pada tahun 1974 selepas mengetuai demostrasi pelajar terhadap kemiskinan dan kelaparan di kawasan luar bandar.

Selepas keluar dari tirai besi, Anwar mengambil keputusan mengejut menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) diketuai Tun Mahathir selaku Perdana Menteri sejak 1981.

Terus melebarkan sayapnya dalam UMNO, kerjaya politiknya menjadi cemerlang dan setahun selepas sertai parti keramat itu, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983.

Pada tahun 1984, Anwar mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia sebelum menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986. Ketika itu, Anwar berkemungkinan besar akan dilantik Timbalan Perdana Menteri setelah memegang portfolio Menteri Pendidikan.

Ternyata ramalan menjadi realiti, pada tahun 1993, Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas dipilih sebagai Naib Presiden UMNO untuk menewaskan Tun Ghafar Baba yang diramal sebagai pengganti Tun Mahathir.

Setelah menjadi orang kedua terpenting dalam negara, hubungan Anwar dan Tun Mahathir menjadi rapat ibarat isi dan kuku, hubungan anak dan bapa.

Beliau juga pernah dilantik sebagai perdana menteri sementara ketika Tun Mahathir memutuskan untuk mengambil cuti selama dua bulan pada 1997.

Namun setelah itu, hubungan Anwar dan Tun Mahathir merosot akibat perbezaan pandangan semasa mentadbir negara.

Anwar juga semakin lantang bersuara mengkritik budaya nepotisma dan kronisma dalam UMNO sebagai punca utama rasuah dan penyalahgunaan bajet negara.

Anwar dipecat daripada UMNO dan kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada September 1998, peristiwa yang mendorong kelahiran gerakan Reformasi di ibu kota dan seluruh negara.

Beliau dipenjara pada tahun 1999 atas kesalahan rasuah namun menjadi pengaruh besar kepada Barisan Alternatif (BA) dan selepasnya Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Parti Keadilan Nasional (KEADILAN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dan DAP.

Selepas 10 tahun tidak menceburi bidang politik, pada 29 November 2009, beliau kembali ke Parlimen sebagai tetamu menemani isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, wanita pertama mengetuai parti pembangkang.

Anwar menjadi anggota Parlimen selepas memenangi pilihan raya di Permatang Pauh pada Ogos 2008 selepas peletakan jawatan isterinya.

Anwar dipenjara sekali lagi pada 2015 selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kes pelakuan seks luar tabii.

Kemudian selepas menerima pengampunan diraja dari Sultan Muhammad V, beliau dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018, selepas PH menang PRU14 pada 9 Mei 2018.

Beliau seterusnya bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson 2018 dan menang besar dengan majoriti 23,560 undi. Anwar menewaskan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas memperoleh 4,230 undi, manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi.

Tiga lagi calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong memperoleh 337 undi, manakala Lau Seck Yan (214 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi).

Dalam pada itu, Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.

Sumber: Sinar Harian

anwar ibrahim

RINGKASAN BIODATA

Lahir : 10 Ogos 1947, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Isteri : Datuk Seri Dr Wan Azizah

Kerjaya:

  • Perdana Menteri Malaysia
  • Ahli Parlimen Tambun (2022)
  • Ahli Parlimen Port Dickson (2018-2022)
  • Ahli Parlimen Permatang Pauh (2013)
  • Pemangku Perdana Menteri (1997)
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (Mac- September 1998)
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia
  • Timbalan Perdana Menteri (1993 – 1998)
  • Menteri Kewangan (1990 – 1998)
  • Menteri Pendidikan 1986 – 1990
  • Menteri Pertanian (1985 – 1986)
  • Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983 – 1985)
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 – 1983)

Jawatan yang pernah disandang dalam parti:

  • Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • Pengerusi Pakatan Harapan (PH)
  • Timbalan Presiden UMNO
  • Naib Presiden UMNO
  • Ketua Pemuda UMNO
  • meninggalkan ABIM pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO
  • Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
  • Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu (1973)
  • Pemimpin Pengasas dan Presiden kedua sebuah pertubuhan Islam belia dipanggil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971)

Pendidikan:

  • Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera) (1967)
  • Dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University
  • Anugerah Presiden oleh Georgetown University
  • Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1960-1966)

Ikuti sorotan ringkas perjuangan beliau melalui video di bawah:

Sumber: BERNAMA, 24 November 2022

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 3.8 / 5. Vote count: 14

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment