Biodata Tiong King Sing, Menteri Pelancongan

Tiong King Sing telah dilantik memegang portfolio Menteri Pelancongan dalam kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dato’ Seri Tiong King Sing bukanlah nama asing dalam arena politik tanah air dan pernah berkhidmat bersama beberapa orang Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dengan memegang pelbagi portfolio.

Di harapkan dengan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang di peringkat Persekutuan akan membantu beliau memantapkan industri pelancongan di Malaysia.

Mari kita lihat sedikit sebanyak latar belakang Menteri Pelancongan Malaysia yang baru ini.

Latar Belakang YB Tiong King Sing

Nama penuh: Tiong King Sing

Tarikh lahir: 3 September 1961

Asal: Sarawak

Parti politik: PBB (bawah gabungan Gabungan Parti Sarawak)

Dalam kerjayanya, beliau mempunyai kepentingan besar dalam dua syarikat Wijaya Baru Global Bhd dan Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, yang menguasai Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri Najib Razak dan Mahathir Mohamad ke Asia Timur dari Januari 2014 hingga Jun 2018.

Seterusnya, beliau juga dilantik Duta Khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob dan Anwar ke China sejak April 2020.

tiong king sing

Karier politik

Tiong King Sing Tiong pada asalnya adalah ahli Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tetapi telah dipecat pada tahun 2002 atas apa yang disebut parti itu sebagai sebab disiplin.

Beliau kemudiannya menyertai SPDP.

Di sebalik kontroversi dipecat dari SNAP, popularitinya semakin meningkat apabila dalam PRU11 pada 2004, Tiong mewakili BN menerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), berjaya mempertahankan kerusi Bintulu dengan mendapat majoriti lima angka, menjangkau 10,658 undi dalam pertembungan semula dengan Chiew.

Beliau merupakan ahli Parlimen Bintulu dari 1999 sehingga kini, telah bertanding dalam 6 edisi Pilihan Raya Umum (PRU) dalam parti politik yang berbeza.

Berikut merupakan kerusi Parlimen yang pernah ditandinginya:

  1. PRU10 (1999) – Bintulu (SNAP)
  2. PRU11 (2004) – Bintulu (SPDP)
  3. PRU12 (2008) – Bintulu (SPDP)
  4. PRU13 (2013) – Bintulu (SPDP)
  5. PRU14 (2018) – Bintulu (PDP)
  6. PRU15 (2022) – Bintulu (PDP)

Selain itu, beliau juga pernah bertanding pada kerusi DUN N52 DUDONG padda PRU12 yang lalu.

Jawatan dalam politik:

  • Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak(2013-2018)
  • Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)(2008-2018)
  • Bendahari Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
  • Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) (2016)

Maklumat lanjut: https://www.tiongkingsing.com/bahasa-melayu

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!