MyTravelPass: Permohonan Kebenaran Masuk Ke Malaysia (Warga Asing)

Permohonan kebenaran masuk ke Malaysia bagi warga asing boleh dibuat menggunakan sistem MyTravelPass (MTP) melalui laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem MyTravelPass serta panduan membuat permohonan secara online.

Apakah MyTravelPass?

Sistem ini dilancarkan secara online bagi memudahkan rakyat tempatan dan warga asing untuk membuat permohonan keluar atau masuk ke negara ini.

Kategori Yang Perlu Memohon MyTravelPass

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Bilangan 60 Tahun 2021 (Siri 22) yang telah diadakan pada 22 Oktober 2021, kategori warganegara asing pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang di Malaysia adalah dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui sistem MyTravelPass (MTP) / MyEntry dengan syarat mempunyai pas yang masih sah laku.

Berikut merupakan senarai Pas Lawatan Jangka Panjang yang dibenarkan masuk ke Malaysia TANPA perlu memohon melalui MyTravelPass / MyEntry:

  1. Diplomat (Exemption Order) / Tanggungan / Pembantu Rumah Asing
  2. Pas Penggajian (Kategori I,II,III) / Tanggungan / Pembantu Rumah Asing
  3. Resident Pass-Talent (RP-T) / Tanggungan / Pembantu Rumah Asing
  4. Pas Lawatan Ikhtisas – Pakar
  5. Pas Lawatan Ikhtisas
  6. Pemastautin Tetap (PR) / Pasangan kepada PR / Anak kepada PR
  7. Pas Jangka Panjang (Suami / Isteri / Anak) kepada Warganegara
  8. Pas Warga Emas
  9. Pas Balu / Janda kepada Warganegara
  10. Pas Pelajar / Tanggungan / Pengiring
  11. Pas Malaysia My Second Home (MM2H) / Tanggungan / Pembantu Rumah Asing
  12. Pas Residen
  13. Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)
  14. Pembantu Rumah Asing (PRA)

Warganegara asing seperti berikut yang bukan di bawah kategori yang dinyatakan masih perlu memohon melalui sistem MTP / MYEntry untuk kebenaran masuk ke Malaysia:

  1. Lawatan Sosial;
  2. Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang yang telah tamat tempoh;
  3. Permohonan Pas Penggajian (Kategori I,II,III) / Resident Pass-Talent (RP-T) / Tanggungan / Pembantu Rumah Asing dan Pas Lawatan Ikhtisas – Pakar yang baru diluluskan; dan
  4. Short Term Business Traveller.

Arahan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 November 2021.

Prosedur kemasukan semasa ketibaan di Malaysia masih tertakluk kepada peraturan imigresen sedia ada yang masih berkuat kuasa serta prosedur saringan kesihatan dan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca juga: STO Imigresen : Permohonan Temujanji Online (sto.imi.gov.my)

Cara Permohonan MyTravelPass (MTP)

Untuk memohon kemasukan ke Malaysia melalui MTP, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari https://www.imi.gov.my atau https://mtp.imi.gov.my
  2. Pilih Kategori Permohonan
  3. Baca dan Fahami Syarat-Syarat Permohonan.
  4. Klik Butang “Agree And Proceed”
  5. Isikan semua maklumat diri dan butiran permohonan.
  6. Klik butang “Submit”
  7. Semak status penerimaan di emel/

Syarat-syarat Umum

  1. Semua pelawat perlu menjalani prosedur pemeriksaan kesihatan di pintu masuk.
  2. Semua pelawat terikat kepada prosedur peraturan dan undang-undang imigresen yang dikuatkuasan di pintu masuk.
  3. Kelulusan yang diberikan hanya untuk perjalanan sehala. Pelawat perlu mengemukakakn permohonan baru untuk perjalanan seterusnya.
  4. Pelawat mesti memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi mudah alih MySejahtera sebelum masuk ke Malaysia.
  5. Sekiranya pelawat memberikan maklumat yang salah / tidak tepat atau mengemukakan dokumen palsu, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 56(1)(F) Akta Imigresen 1959/63.

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN / Online

Maklumat Lanjut

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!