Advertisements

Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN / Online

Advertisements

Baru mendapat cahaya mata dan ingin daftar kelahiran anda dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)?

Sejak pandemik COVID-19, banyak perkara yang sudah dipermudahkan yakni boleh dibuat secara dalam talian sahaja termasuklah proses mendaftarkan kelahiran anak anda.

Seorang anak yang baru lahir adalah rezeki buat ibu bapa mereka dan mengikut undang-undang di Malaysia, bayi tersebut mestilah didaftarkan dengan JPN dalam tempoh 60 hari daripada tempoh kelahiran.

Pihak yang boleh mendaftarkan

Tidak semua individu boleh mendaftarkan seseorang bayi itu dengan pihak JPN, hanya individu dalam senarai berikut sahaja yang layak untuk daftar kelahiran bayi:

  1. Ibu atau bapa kanak-kanak itu
  2. Penjaga kanak-kanak itu
  3. Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
  4. Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

Senarai dokumen yang diperlukan

Bagi membolehkan seorang bayi itu didaftarkan dalam sistem pendaftaran negara, dokumen-dokumen berikut mestilah di bawa bersama sewaktu pendaftaran di pejabatt JPN terdekat:

  1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
  2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  3. Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
  4. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
  5. Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
  6. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri  pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
  7. Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
  8. Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
  9. Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung

Daftar kelahiran secara online

daftar kelahiran

Jangan risau, pendaftaran anak juga kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web JPN di alamat https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran
  2. Klik pada pautan “Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian”
  3. Pengguna akan dibawa ke halaman https://osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php
  4. Pengguna perlu “Allow” atau membenarkan popup daripada tetapan pelayar internet anda
  5. Klik butang “Daftar Pengguna Baru”
  6. Lengkapkan pendaftaran
  7. Kemudian, kllik butang “Log Masuk”
  8. Setelah melengkapkan semua maklumat, notifikasi “Permohonan Anda Telah Berjaya”
  9. Klik butang “Cetak Slip Permohonan”
  10. Bawa slip permohonan tersebut ke pejabat JPN berdekatan dalam tempoh 60 hari

Leave a Comment