Advertisements

STO Imigresen : Permohonan Temujanji Online (sto.imi.gov.my)

Advertisements

Untuk makluman, semua pejabat dan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang TERPILIH di negeri-negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya menerima pelanggan yang telah mendaftar melalui Sistem Temujanji Online Imigresen Malaysia sahaja.

Permohonan janji temu boleh dilakukan melalui Sistem Temujanji Online (STO) di pautan http://sto.imi.gov.my

Perkhidmatan secara janji temu dilaksanakan bagi memastikan langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 dapat dipatuhi terutama dari aspek penjarakan fizikal serta mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Di sini kami kongsikan cara untuk membuat permohonan temujanji online di laman web Jabatan Imigresen Malaysia.

Baca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online

Cara Mohon Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia

Untuk memohon tarikh temujanji, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web http://sto.imi.gov.my
  2. Pilih menu Permohonan Temujanji
  3. Masukkan alamat e-mel dan tekan Teruskan
  4. Isi borang Permohonan Temujanji.
  5. Semua medan adalah wajib di kunci masuk oleh pemohon.
    • Nama, No. Pengenalan, Alamat Lengkap, No. Telefon, Emel dan semua butiran temujanji.
    • Maklumat yang tidak lengkap/tidak sah akan menyebabkan permohonan tidak dilayan.
    • JIM berhak untuk menolak mana – mana permohonan yang didapati tidak lengkap / tidak sah.
  6. Klik butang Hantar
  7. Semak butiran dalam Slip Temujanji
  8. Bawa Slip Temujaji ketika berurusan di kaunter cawangan Jabatan Imigresen Malaysia

Rujuk video di bawah untuk melihat tutorial Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kredit video: https://www.facebook.com/PusatInternetAlurLimbat

Terma & Syarat

  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain;
  2. Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
  3. Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
  4. Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
  5. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
  6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
  7. Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
  8. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
  9. URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
  10. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

Baca juga: SME First-i : Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online (2021)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) http://eapp.imi.gov.my/spo bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai Jabatan Imigresen Malaysia.

ATAU

Rujuk Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs) di pautan ini: https://www.imi.gov.my/…/1742-soalan-lazim-perkhidmatan…

ATAU

Hubungi talian Hotline di 03-88882010 dan 03-80008000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Jabatan Imigresen Malaysia di https://www.imi.gov.my atau portal yang berkaitan di bawah:

Leave a Comment