MyTax Hasil: Cara Daftar & Login e-Filing 2023 Kali Pertama
Semua individu yang layak dikenakan cukai pendapatan digalak memanfaatkan gerbang dalam talian MyTax LHDN.
Pengarah Operasi Negeri Sabah, Seksyen Khidmat Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, Mohamad Razli Mohamad Ali berkata pengisytiharan pendapatan melalui gerbang dalam talian MyTax memudahkan urusan seperti melihat tunggakan, lebihan, potongan menerusi e-lejar dan e-kemaskini.
“Semua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan mulai 1 Mac ini dan boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal LHDN, MyTax ataupun platform ezHASiL,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital di sini, pada Selasa.
Di samping itu, para pembayar cukai juga diingatkan agar menyimpan setiap dokumen percukaian sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun bukan sahaja bagi membantu urusan LHDN, sebaliknya juga memberikan peluang kepada para pembayar cukai meneliti dengan merujuk semula laporan cukai masing-masing.
Jadi, bagi yang masih belum ada akaun bolehlah daftar di portal ini.
Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang Portal MyTax LHDN.
Apakah MyTax LHDNM?
Portal ini berfungsi sebagai portal maklumat sehenti untuk kegunaan pembayar cukai yang sudah mempunyai ID dan Kata Laluan e-Filing.
Apa yang kita boleh semak di portal ini?
Berikut adalah perkara yang kita boleh semak sendiri di portal MyTax :
- Baki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit
- Tarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita
- Senarai PCB yang majikan potong dari gaji kita tu ( semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelum je )
- Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini
- Perincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini
- Senarai ansuran CP500
- Rekod SPC
Selain itu portal ini juga menyediakan pautan terus ke lain-lain perkhidmatan seperti ByrHasil (baca Bayar Hasil), e-Filing, e-Kemaskini dan beberapa ‘e’ lagi.
Lepas ni kalau setakat nak semak status terkini cukai pendapatan kita, atau nak semak PCB yang majikan buat dah masuk ke lejar kita ke belum, cubalah semak di portal ni dulu.
Cara Pendaftaran MyTax & Login Kali Pertama
Pendaftaran MyTax boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar si Portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.gov.my
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
- Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
Log Masuk Kali Pertama
Bagi anda yang telah berdaftar tetapi tiada Sijil Digital, terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan untuk mendaftar iaitu:
- e-CP550 – permohonan di web
- e-KYC – pengecaman identiti wajah di mobile
Sila aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas.
Kemudian log masuk setelah anda menetapkan kata laluan serta frasa keselamatan.
Sila rujuk manual penuh :
Cara Akses e-Filing 2023 Di MyTax
Berikut adalah langkah-langkah untuk login MyTax untuk memulakan e-filing 2023 seperti yang dikongsikan oleh Azri Johan di Facebook.
LANGKAH 1 : LOGIN MENGGUNAKAN IC
LANGKAH 2: KLIK BUTANG MENU
LANGKAH 3: PILIH MENU EZHASIL SERVICES
LANGKAH 4 : PILIH E-FILING
LANGKAH 5 : PILIH TAHUN TAKSIRAN 2022
Sumber gambar : Facebook Azri Johan
Cara Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN Di Portal MyTax
Jika anda pernah berdaftar dan mempunyai nombor pin, anda hanya perlu log masuk ke pautan berikut dengan mengisikan nombor kad pengenalan : https://mytax.hasil.gov.my/
Anda juga akan melihat paparan Dashboard seperti ini.
Mudah kan?
Bagi yang belum berdaftar, klik pada LOG MASUK KALI PERTAMA.
Kemudian sila masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar.
Permohonan No Pin MyTax
Pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM boleh mendapatkan/menyemak No. PIN untuk akses ke MyTax melalui kaedah berikut :
- Melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
- Permohonan secara dalam talian
Baca juga: Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank
Semakan Sekatan Perjalanan Imigresen Malaysia
Selain semakan LHDN, semakan sekatan perjalanan juga boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia.
Pembayar cukai boleh menyemak status senarai hitam dan sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen (Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/
Anda hanya perlu isikan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
Selepas itu, tekan butang Semak dan keputusan akan dipaparkan serta-merta.
Mudah kan?
Jadi lepas ni jangan kalut kalau ada orang telefon kata kita ada tunggakan cukai semua.
Kita boleh check sendiri status cukai yang terkini dan sahih oleh LHDNM di Portal MyTax!
Semoga bermanfaat.
Baca juga: Cara Semak Nombor Telefon Scammer Online (CCID PDRM)
Maklumat Lanjut
Sila layari portal rasmi LHDNM melalui perkhidmatan ezHasil dan pautan pantas berikut untuk info lanjut berkaitan:
- Sekatan perjalanan https://sspi.imi.gov.my/sspi/;
- Baki cukai https://mytax.hasil.gov.my/;
- Bayaran cukai https://byrhasil.hasil.gov.my/;
- Maklum Balas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/