Login e-Filing 2026 & Cara Daftar MyTax Kali Pertama

mytax 2023
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Login e-Filing 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau platform MyTax bagi mengemukakan Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2025 bermula 1 Mac 2026.

Semua individu yang layak dikenakan cukai perlu menghantar penyata cukai melalui sistem e-Filing LHDN di portal MyTax bermula 1 Mac 2026 ini.

Sistem ini membolehkan pembayar cukai mengisi, menyemak dan menghantar borang cukai dengan lebih cepat, selamat dan tanpa perlu hadir ke cawangan LHDN.

Rujuk panduan mendaftar portal MyTax dan cara login e-Filing 2026 kali pertama dengan mudah di bawah.

Ringkasan Login e-Filing 2026

Proses Login e-Filing 2026 bagi pengisytiharan cukai Tahun Taksiran 2025 boleh dilakukan secara rasmi melalui portal MyTax LHDN bermula 1 Mac 2026.

Pembayar cukai individu (Borang BE) dan perniagaan (Borang B) wajib mengakses sistem menggunakan Sijil Digital yang sah. Pastikan semua dokumen sokongan disimpan selama 7 tahun bagi tujuan audit Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

KENYATAAN MEDIA PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2025 DIBUKA MULAI 1 MAC 2026

e-filing 2026
e-filing 2026
e-filing 2026
e-filing 2026

Apa Itu Login e-Filing 2026 & Portal MyTAX LHDN?

Login e-Filing 2026 merujuk kepada proses log masuk ke sistem cukai dalam talian iaitu portal MyTax bagi mengemukakan Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2025.

Portal MyTax LHDN berfungsi sebagai portal maklumat sehenti untuk kegunaan pembayar cukai yang sudah mempunyai ID dan Kata Laluan e-Filing.

Melalui portal ini, pembayar cukai boleh menyemak:

  • Baki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit
  • Tarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita
  • Senarai PCB yang majikan potong dari gaji kita tu ( semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelum je )
  • Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini
  • Perincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini
  • Senarai ansuran CP500
  • Rekod SPC

Selain itu portal ini juga menyediakan pautan terus ke lain-lain perkhidmatan termasuklah e-Filing, ByrHasil (baca Bayar Hasil), e-Kemaskini dan beberapa ‘e’ lagi

Lepas ni kalau setakat nak semak status terkini cukai pendapatan kita, atau nak semak PCB yang majikan buat dah masuk ke lejar kita ke belum, anda boleh semak di portal MyTax ini.

Portal MyTax boleh diakses melalui pautan berikut: https://mytax.hasil.gov.my/ bermula 1 Mac 2026 untuk pengisian e-Filing 2026 (Tahun taksiran 2025).

mytax 2023 e-filing 2024

Cara Daftar Akaun & Login MyTax Kali Pertama

Bagaimana cara login portal MyTax untuk mengisi e-Filing 2026?

Untuk isi e-Filing 2026, anda perlu login ke portal MyTax LHDN. Sebelum itu, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu untuk log masuk ke portal MyTax.

Bagi pengguna kali pertama, anda perlukan:

  1. No Tin – dapatkan melalui e-Daftar. (Rujuk: Nombor Pengenalan Cukai (TIN) LHDN : Semakan & Pendaftaran)
  2. No Pin – melalui borang e-CP55D atau gunakan kaedah imbasan wajah e-KYC.
  3. Sijil Digital MyTax – akan dijana melalui URL yang dihantar ke emel selepas selesai permohonan No Pin.

Daftar Akaun & Login MyTax

Rujuk cara daftar & login portal MyTax buat kali pertama di bawah:

  1. Layari Portal https://mytax.hasil.gov.my/
  2. Sila Pilih Jenis Pengenalan.
  3. Masukkan Nombor Pengenalan.
  4. Klik butang Hantar.
  5. Bagi individu yang pertama kali menggunakan portal MyTax, sistem akan memaparkan Sijil Digital tidak wujud.
  6. Anda boleh pilih salah satu kaedah permohonan sijil digital (sama ada e-CP55D atau e-KYC) untuk mendapatkan no pin.
    • e-CP55D – permohonan di laman web MyTax
    • e-KYC – pengecaman identiti wajah menggunakan Aplikasi MyTax di telefon bimbit
  7. Sila semak email dan klik link yang diberi dan buat katalaluan.
  8. Sila aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas.
mytax e-filing

Sila rujuk manual penuh :

Cara Daftar & Isi Borang e-Filing 2026 Di MyTax

Berikut adalah langkah-langkah untuk login MyTax untuk memulakan e-filing 2026:

LANGKAH 1 : KLIK E-DAFTAR (UNTUK DAPATKAN NO TIN)

  1. Layari Portal https://mytax.hasil.gov.my/
  2. Klik e-Daftar
 e-filing 2024

LANGKAH 2: KLIK BUTANG ‘CARI’

  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Cari”
 e-filing 2024

LANGKAH 3: LOGIN PORTAL MyTax

  • Log masuk ke portal MyTax menggunakan kad pengenalan dan kata laluan setelah membuat pendaftaran.
 e-filing 2024

LANGKAH 4 : PILIH MENU E-FILING 2026

Setelah itu, akan masuk ke page ini, LHDN dah update dah, korang boleh terus klik belah kanan tu, e-Borang tahun ‘2025′

LANGKAH 5 : LENGKAPKAN BORANG NYATA INDIVIDU

Bahagian 1: Di sebelah kiri, ada 5 bahagian yang anda perlu isi, lengkapkan semua untuk setiap bahagian.

Bahagian 2: Maklumat Tambahan, lengkapkan semua. Ada sesetengah, majikan yang akan bayarkan cukai, tgk ‘EA form’ atau slip gaji masing-masing.

Bahagian 3: Isi jumlah pendapatan tahunan dalam ni, dan sekiranya ada pindah tempat kerja tahun lepas, kena isi untuk kedua-dua syarikat.

Bahagian 4: Pelepasan cukai yang anda boleh tolak dari jumlah pendapatan, rujuk senarai PELEPASAN CUKAI 2025 LHDN atau poster yang dilampirkan di bawah:

Bahagian 5: Rumusan, boleh semak ape yang anda dah isi di semua bahagian tadi.

Bahagian Akhir: Akuan, untuk ‘Tandatangan & Hantar’, kita tak boleh nak betulkan dah, semak betul-betul sebelum hantar, boleh klik ‘’Cetak Draf’ untuk tengok contoh.

Maka, selesailah Cukai Taksiran / e-filing 2026 untuk TaksiranTahun 2025 anda. Tahniah sebab andalah ‘Wira Negara’.

Sumber gambar / penerangan : Facebook Fahmy Abdullah

Sila rujuk panduan lengkap dan senarai checklist LHDN:

Cara Semak Status Tunggakan Cukai LHDN Di Portal MyTax

Jika anda pernah berdaftar dan mempunyai nombor pin, anda hanya perlu log masuk ke pautan berikut dengan mengisikan nombor kad pengenalan : https://mytax.hasil.gov.my/

tunggakan cukai hasil lhdn mytax

Anda juga akan melihat paparan Dashboard seperti ini.

mytax

Mudah kan?

Bagi yang belum berdaftar, klik pada LOG MASUK KALI PERTAMA.

mytax

Kemudian sila masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar.

Tutorial Panduan Isi e-Filling 2026

Kredit: Youtube Hasil_Malaysia

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan Program memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2026 boleh dirujuk melalui pautan PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) TAHUN 2026

  • Bagi sebarang pertanyaan, sila rujuk di saluran berikut:
  • Portal rasmi www.hasil.gov.my
  • Portal rasmi MyTax
  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Soalan Lazim Login e-Filing 2026

Apakah itu login e‑Filing 2026?

Login e‑Filing 2026 merujuk kepada proses log masuk ke portal MyTax (mytax.hasil.gov.my) untuk memfailkan cukai pendapatan tahun taksiran 2025 secara dalam talian bermula 1 Mac 2026.

Di mana perlu login e‑Filing 2026?

Portal rasmi: https://mytax.hasil.gov.my (MyTax LHDN).

Apa yang perlu saya sediakan sebelum login e‑Filing?

Sebelum login, pastikan anda sudah ada:
– Nombor PIN (jika ini kali pertama login).
– Sijil digital (boleh dimohon melalui e‑CP55D atau e‑KYC di MyTax).
– Kata laluan yang telah ditetapkan dan email berdaftar dengan LHDN.

Bagaimana jika lupa kata laluan e‑Filing?

– Klik “Lupa Kata Laluan?” di halaman login MyTax.
– Masukkan alamat email berdaftar; sistem akan hantar pautan reset kata laluan ke email anda.
​- Setelah klik pautan, masukkan kata laluan baharu dan klik hantar. Anda boleh login semula dengan kata laluan baharu.

Bagaimana jika saya tidak pernah daftar e‑Filing sebelum ini?

Jika belum ada akaun, anda perlu:
– Daftar nombor cukai pendapatan TIN (jika belum ada) melalui e‑Daftar di MyTax.
– Mohon PIN melalui e‑CP55D / e‑KYC di portal MyTax dan jana sijil digital.
– Cipta kata laluan dan boleh login buat kali pertama.

Apa perlu buat jika paparan “Sijil Digital Tidak Wujud”?

Paparan ini biasanya muncul jika sijil digital belum didaftarkan. Anda perlu:
– Pilih e‑CP55D atau eKY untuk memohon sijil digital secara dalam talian.

Apa perlu dibuat selepas berjaya login e‑Filing 2026?

Selepas login portal MyTax:
– Pilih e‑Filing / e‑Borang untuk tahun taksiran 2025.
– Isi dan semak maklumat pendapatan, pelepasan dan potongan.
– Tandatangan & hantar borang apabila semua maklumat betul. Selesai.

Mengapa saya tidak boleh login e‑Filing 2026?

– Salah masukkan no. IC atau kata laluan.
– Sijil digital belum didaftarkan atau tamat tempoh.
– PIN e‑Filing belum diperoleh atau tidak aktif.

Bila boleh login e-Filing 2026?

Bermula 1 Mac 2026.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut