MySubsidi Diesel ialah sebuah platform untuk memusatkan permohonan Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS).
Layari portal rasmi Budi Madani Diesel untuk membuat permohonan subsidi diesel dan semakan syarat di https://budidiesel.gov.my/.
Atau, daftar terus di platform MySubsidi Diesel dipautan berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
Sistem ini dibuka kepada syarikat dan badan pengangkutan awam darat serta pengangkutan barang darat berkelayakan untuk membeli diesel bersubsidi daripada syarikat-syarikat pengendali stesen minyak terpilih melalui “fleet card”.
Tentera dan kenderaan-kenderaan khusus yang digunakan di dalam persekitaran kompleks-kompleks seperti Lapangan Terbang, Perlabuhan, tapak/premis pembinaan, kawasan kilang, dan kawasan pembalakan tidak layak mendapat bekalan diesel bersubsidi.
Rujuk info penuh mengenai MySubsidi Diesel 2026, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah.
Ringkasan MySubsidi Diesel
- MySubsidi Diesel ialah platform KPDN untuk subsidi diesel pengangkutan awam/barang di bawah SKDS BUDI Madani.
- Kelayakan: 10 jenis kenderaan awam (RM1.88/liter seluruh Malaysia), 23 jenis kenderaan pengangkutan barang darat (RM2.15/liter Semenanjung).
- Permohonan: Daftar online di mysubsidi.kpdn.gov.my, dapat Surat Kelulusan & fleet card syarikat minyak.
- Pembelian: Fleet card di stesen terpilih atau skid tank diluluskan KPDN.
- Tanpa Fleet Card: Simpan resit untuk tuntutan balik tunai.
Apa itu MySubsidi Diesel?

MySubsidi Diesel ialah platform digital rasmi yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memusatkan permohonan Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS).
Ia membolehkan syarikat pengangkutan awam darat dan pengangkutan barang darat yang berkelayakan membeli diesel bersubsidi melalui fleet card di stesen minyak terpilih atau bekalan langsung untuk skid tank yang diluluskan.
Subsidi diesel mula diperkenalkan pada tahun 2001 semasa belanjawan 2002.
Platform ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk melaksanakan proses permohonan subsidi diesel bagi individu yang syarikat.
Ianya khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui “fleet card”.
Kumpulan Sasar:
- Pemilik kenderaan iaitu individu/ wakil bagi syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif) boleh berurusan dengan KPDN.
- Tertakluk kepada jenis kenderaan yang layak sahaja.
- Runner tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
Permohonan baharu/ tambahan kenderaan/ pertukaran syarikat minyak boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

Syarat Permohonan
Syarat kelayakan memohon diesel bersubsidi SKDS 2.0 adalah seperti berikut :
- Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016; atau entiti perniagaan tunggal dan perkongsian yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965; atau entiti perkongsian liabiliti terhad yang berdaftar di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
- Mempunyai kenderaan di bawah pemilikan syarikat / perniagaan tunggal atau perkongsian;
- Kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah; dan
- Jenis kenderaan terdiri daripada sembilan (9) jenis kenderaan yang disenaraikan.
Kadar Bantuan
- 10 jenis kenderaan darat awam yang layak pada harga RM1.88 seliter di seluruh Malaysia.
- 23 jenis kenderaan barangan yang layak pada harga RM2.15 seliter di Semenanjung Malaysia.


Jenis Kenderaan Yang Layak Dapat Subsidi
Kementerian Pengangkutan (MoT) berkata, pemilik 23 kategori itu perlu memastikan syarikat memenuhi empat syarat kelayakan memohon diesel bersubsidi SKDS 2.0.
Menerusi SKDS 2.0 ketika ini hanya membabitkan 23 kategori kenderaan layak beroperasi di Semenanjung iaitu antaranya kenderaan jenis :
- Lori Rigid – Kargo Am
- Penggerak Utama
- Lori Rigid – Refrigerated
- Lori Rigid – Tangki Tepung
- Lori Rigid – Luton/Kotak
- Window Van
- Lori Rigid – Tangki Air
- Panel Van
Jenis kenderaan lain yang turut disenaraikan ialah :
- Lori Rigid – Minuman Botol
- Lori Rigid – Curtainsider
- Lori Food Catering
- Lori Rigid – Hasil Pertanian
- Lori Tangki Rigid – Minuman
- Lori Rigid – Kandang Haiwan
- Semi – Panel Van
Selain itu, jenis kenderaan lain yang turut layak mendapat subsidi diesel ialah :
- Lori Rigid – Kombinasi
- Bas Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid – Open Platform
- Van Perkhidmatan Bergerak
- Bas Food Catering
- Van Food Catering
- Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid – Sampah

Cara Mohon Online MySubsidi Diesel
Anda boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi Sistem MySubsidi Diesel di pautan berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/login
Pemohon perlu membuat semakan kelayakan kenderaan sebelum membuat pendaftaran baharu akaun sistem MySubsidi Diesel.
1. Semak Kelayakan Kenderaan
- Layari Sistem MySubsidi Diesel di pautan berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
- Klik tab Semak Kenderaan di laman utama portal MySubsidi Diesel.
- Masukkan nombor pendaftaran kenderaan yang ingin didaftarkan dan klik butang Carian.
- Paparan akan menunjukkan sekiranya kenderaan anda layak atau tidak layak.

2. Pendaftaran Baharu
Pemohon boleh membuat pendaftaran baharu sekiranya belum mempunyai akaun di dalam sistem MySubsidi Diesel. Terdapat 3 kategori yang boleh mendaftar iaitu:
- Pemilikan tunggal – Pemilikan Tunggal hanya layak kepada individu di Sabah dan Labuan yang mempunyai kategori kenderaan awam komersial bahan api petrol dan diesel di bawah Sektor Pengangkutan Darat Awam.
- Syarikat – Mempunyai kenderaan yang didaftar di JPJ dibawah akaun syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Koperasi/PBT – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) & Koperasi

3. Log Masuk MySubsidi Diesel
Pemohon boleh log masuk ke dalam sistem menggunakan dengan menggunakan alamat emel dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
Langkah-langkah log masuk adalah seperti berikut:
- Layari Sistem MySubsidi Diesel di pautan berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
- Klik butang Log Masuk untuk log masuk dalam sistem.
- Masukkan Emel yang telah didaftarkan.
- Masukkan Kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik pada checkbox “Captcha”.
- Klik butang Log Masuk untuk log masuk dalam sistem.
- Klik butang MyDiesel pada laman Overview.
- Lengkapkan maklumat pemohon.
- Klik butang Simpan selepas melengkapkan maklumat di profil pemohon.
- Sekiranya pengguna perlu pinda butiran profil selepas disimpan, klik butang (ikon pensel). Pinda butiran yang berkaitan. Klik ‘Simpan’.
4. Bahagian Maklumat Fleet Card Semasa
Di Bahagian ini, pemegang akaun boleh membuat permohonan kuota asas, semakan bagi senarai kenderaan yang telah didaftarkan di dalam Sistem MySubsidi dan pemegang akaun boleh membuat cetakan surat kelulusan serta senarai kenderaan untuk dihantar kepada Syarikat Minyak atau disimpan sebagai rujukan.
- Klik menu Maklumat Fleet Card Semasa. Maklumat Profil pemohon akan dipaparkan.
- Lihat seksyen “Senarai Kenderaan”.
- Lihat seksyen “Syarikat Minyak”. Klik butang ‘+Pilih Syarikat Minyak’.
- Masukkan pecahan untuk setiap syarikat minyak. Jumlah kesemua pecahan mestilah 100%. Kenderaan Sektor Awam boleh memilih lima (5) syarikat minyak, kenderaan Sektor Barangan boleh memilih tiga (3) syarikat minyak. Klik butang “Simpan”.
- Lihat seksyen “Akuan Semakan & Pengesahan”. Semak maklumat permohonan dan klik ketiga-tiga checkbox akuan pengesahan. Klik butang ‘Hantar’.
- Sistem paparkan mesej “Permohonan berjaya dihantar.
- Sila cetak surat kelulusan dan senarai kenderaan anda”. Klik butang ‘Surat Kelulusan’ dan ‘Senarai Kenderaan’ untuk mencetak surat kelulusan dan senarai kenderaan.
- Selepas permohonan Fleet Card dihantar, syarikat minyak yang telah dipilih tidak boleh ditukar lagi bagi tempoh tiga (3) bulan.
5. Bahagian Permohonan Pertukaran Syarikat Minyak
Di Bahagian ini, pemegang akaun boleh membuat permohonan pertukaran Syarikat Minyak. Permohonan hanya boleh diluluskan maksima tiga (3) kali dalam tempoh satu (1) tahun.
- Klik menu Permohonan Pertukaran Syarikat Minyak. Klik butang “+Pilih Syarikat Minyak”.
- Masukkan pilihan syarikat minyak baru dan pecahan baru. Klik butang ‘Simpan’.
- Semak status permohonan tukar syarikat minyak. Selepas permohonan Pertukaran Syarikat Minyak dihantar, syarikat minyak yang telah dipilih tidak boleh ditukar lagi bagi tempoh tiga (3) bulan.

Step Mudah Mohon Online MySubsidi Diesel
Berikut adalah langkah mudah untuk memohon MySubsidi Diesel secara online yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohamad Syafiq Rosli.
1. Rujuk Gambar 1 di bawah ini. Semak kelayakan kendaraan anda. Sekiranya ada di dalam senarai yang dimaksudkan, maksudnya anda layak untuk memohon.

2. Tekan link ini : https://mysubsidi.kpdn.gov.my/login. Nanti anda akan disambungkan kepada website subsidi KPDN.
Rujuk Gambar 2, nanti di bahagian bawah ada tulis “PENDAFTARAN BAHARU” sama ada individu atau syarikat. Jadi jika kenderaan itu di bawah nama syarikat, klik “SYARIKAT” dan begitulah sebaliknya.

3. Apabila selesai pilih sama ada “SYARIKAT” atau “INDIVIDU”, anda akan diminta untuk isi maklumat yang berkaitan.
Rujuk Gambar 3 dan Gambar 4. Bila selesai bahagian ini, anda perlu tekan “HANTAR”. Dan anda akan ditendang balik ke main Login Page. Ada remak pendaftaran telah berjaya.
Itu maknannya untuk pendaftaran anda sudah selesai tetapi belum lulus lagi untuk dapat subsidi.
Note : Untuk iPhone anda kena rotate handphone supaya lagi senang tengok website ini.


4. Bila selesai buat pendaftaran syarikat/individu, anda perlu Login menggunakan Nombor SSM (syarikat) atau IC (individu) yang anda daftar tadi. Password pun isi sama macam yang anda register tadi. Dan klik “LOG MASUK”. Rujuk Gambar 5.

5. Bila dah Log Masuk tadi, anda boleh rujuk Gambar 6 & 7. Isi maklumat tambahan yang diperlukan, yang bertanda*. Kemudian klik “SIMPAN”.


6. Bila dah update maklumat tambahan tersebut, anda boleh cuba tengok di bahagian atas sebelah kira ada 3 line. Ok, tekan situ. Rujuk Gambar 8.

7. Bila dah klik pada 3 line itu, situ akan ada 3 pilihan segment. Anda pilih “FLEET CARD” dan tekan “PERMOHONAN KOUTA ASAS”. Rujuk Gambar 9.

8. Rujuk Gambar 10. Anda perlu masukkan No. Plat Kenderaan anda dan klik Tambah (+). Nanti dia akan keluarlah detail kenderaan tersebut.
Sekiranya detail kenderaan tidak keluar, sistem akan tulis “NOMBOR PENDAFTARAN TIDAK SAH”. Maksudnya anda tidak lepas untuk memohon subsidi kenderaan itu.

9. Rujuk Gambar 10. Di bahagian bawah nanti, anda akan nampak ada bahagian syarikat minyak. Dekat situ ada 5 pilihan iaitu SHELL, PETRONAS, BHP, PETRON dan CALTEX.
Untuk bahagian ini, anda perlu pilih maksimum 3 jenis syarikat minyak sahaja. Maknanya nanti subsidi untuk kenderaan anda hanya sah di stesen minyak pilihan anda sahaja. Selain daripada itu, harga biasa (normal price) tanpa subsidi.
Bila dah pilih 3 jenis stesen itu, anda perlu letak pula berapa % anda mahu bahagikan kouta diesel tersebut. Sebab itulah sebuah kenderaan, akan ada kouta subsidi bulanan. Bila kouta bulanan dah habis, isian seterusnya akan kembali kepada normal price.
Contohnya: 1000 liter. Jadi anda akan bahagikan berapa % untuk setiap stesen itu. Macam penulis, dia membahagikan BHP 40%, Peteronas dan Shell pula masing-masing 30%. Jadi keseluruhannya adalah 100%.
Pilihan stesen ini adalah bergantung kepada rutin anda yang biasa isi di stesen yang mana satu. Bahagian ini anda tidak perlu risau kerana pertukaran stesen minyak boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.
Kemudian untuk akuan pemohon, isi sahaja maklumat yang diminta dengan lengkap dan tick pada kotak kecil di bahagian bawah untuk pengesahan maklumat.

10. Ok, Alhamdulillah selesai! Nanti anda akan tengok sistem akan generat PDF (surat kelulusan) untuk anda. Kalau tadi anda pilih 3 jenis stesen minyak, jadi akan ada 3 keping surat kelulusan untuk setiap stesen.
Rujuk Gambar 12. Surat tersebut anda perlu print out dan bawa ke stesen yang hendak dimohon. Nanti stesen tersebut akan berikan sekeping FLEED CARD, lebih kurang macam Member Card.
Jadi standby je dalam lori. Bila nak isi diesel, anda hanya serahkan kad tersebut ketika buat pembayaran. Jadi barulah stesen akan kira diesel anda beserta subsidi.

Panduan Permohonan MySubsidi Diesel 2.0 (Updated 2025)
Anda juga boleh memuat turun PDF Panduan Permohonan Bantuan yang dikeluarkan sendiri dari pihak KPDN di bawah:
Kenapa Permohonan Tidak Berjaya?
Antara sebab mengapa pendaftaran tidak berjaya adalah kerana sebab-sebab berikut:
- No. Kad Pengenalan / No. SSM tidak tepat
- Ejaan nama syarikat / perniagaan tidak sama seperti dalam Sijil Perakuan Pendaftaran
- Pendaftaran menggunakan No. SSM yang lama
- Kenderaan tidak tersenarai di dalam sembilan (9) jenis kenderaan yang dinyatakan
- Cukai jalan tamat tempoh
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MySubsidi Diesel, sila rujuk:
ATAU, rujuk jadual di bawah:
| Perkara | Nombor Telefon | Alamat Emel |
|---|---|---|
| Permohonan kuota Petrol (SKPS) dan Diesel (SKDS) bersubsidi | 03 – 8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667 / 6331 / 6557 | [email protected] |
| Tuntutan Bayaran Balik SKPS | [email protected] | |
| Tuntutan Bayaran Balik Petrol Syarikat Bot Penumpang Sungai | [email protected] |
SYARIKAT MINYAK
| Syarikat Minyak | Nombor Telefon | Pautan Terlibat |
|---|---|---|
| BHP | 03-77199499 | https://www.bhpetrol.com.my/new-to-x-fleet/ |
| Caltex | 1-800-88-3168 | https://www.caltex.com/my/business-solutions/fleet-cards/caltex-diesel-government-subsidy-card.html |
| FIVE | 03-2391 1555 | https://mysubsidi.5petrol.com |
| Petron | 1-800-88-8298 | https://www.petronfleetcard.com.my/ |
| Petronas | 1-300-88-8282 | https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay |
| Shell | 1-300-22-8181 | https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html |

Soalan Lazim MySubsidi Diesel
MySubsidi Diesel ialah platform digital rasmi KPDN yang memusatkan permohonan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk syarikat pengangkutan awam darat dan barang darat yang layak membeli diesel bersubsidi melalui fleet card di stesen minyak terpilih.
Syarikat pengangkutan awam darat dan barang darat yang dilesenkan SPAD atau LPKP dengan kenderaan bercukai jalan sah layak memohon, termasuk 10 jenis kenderaan awam di seluruh Malaysia dan 23 jenis kenderaan barang di Semenanjung Malaysia.
Kenderaan pengangkutan awam darat layak diesel bersubsidi pada RM1.88 seliter di seluruh Malaysia, manakala kenderaan pengangkutan barang darat layak RM2.15 seliter di Semenanjung Malaysia sahaja.
Permohonan dibuat secara dalam talian di https://mysubsidi.kpdn.gov.my dengan mengemukakan butiran syarikat, nombor pendaftaran kenderaan, dan pilihan syarikat minyak. Selepas kelulusan, dapatkan Surat Kelayakan dan mohon fleet card daripada PETRONAS, Shell atau syarikat minyak lain.
Syarikat yang lulus SKDS tetapi belum terima fleet card dikehendaki simpan resit pembelian diesel sejak 10 Jun 2024 untuk tuntutan pembayaran balik tunai melalui portal MySubsidi KPDN mengikut garis panduan terkini.
Diesel bersubsidi dibeli di stesen minyak terpilih menggunakan fleet card daripada syarikat minyak yang dipilih semasa permohonan, dengan bekalan terus untuk skid tank yang diluluskan KPDN.
Ya, kenderaan pengangkutan awam darat di Sabah dan Sarawak layak diesel RM1.88 seliter di bawah SKDS, manakala kadar umum diesel di negeri-negeri ini kekal RM2.15 seliter untuk pengguna layak.





BACA JUGA:




