Login STR : Permohonan Bantuan Tunai Rahmah

PROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

PENGUMUMAN TERKINI STR FASA 4

Pembayaran akhir STR bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai Selasa, 7 November 2023.

Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

Lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

str fasa 4

Syarat Kelayakan Bantuan Tunai Rahmah – Kategori Penerima Warga Emas, Bujang & Keluarga

Berikut adalah kategori penerima STR dan had umur yang ditetapkan :

Jumlah & Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4

Tarikh bayaran STR akan dibuat dalam 4 fasa seperti berikut:

  • Fasa 1 : 17 Januari 2023
  • Fasa 2 : 5 April 2023
  • Fasa 3 : 26 Jun 2023
  • Fasa 4 : November 2023

Di bawah adalah jadual dan jumlah bayaran yang akan diterima dari Fasa 1 hingga Fasa 4 :

sumbangan tunai rahmah  str 2023 login

Berikut adalah jumlah bayaran tambahan Bantuan Tunai Rahmah yang akan diterima oleh kategori miskin tegar :

sumbangan tunai rahmah str 2023 login

NOTA:

  • Penerima kategori miskin tegar adalah mereka yang mempunyai rekod dalam data e-Kasih (ICU JPM)
  • Sumbangan tambahan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas

Login STR : Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR)

Semakan status pembayaran Fasa 3 boleh dibuat mulai 26 Jun 2023.

str fasa 2 sumbangan tunai rahmah

LOG MASUK MYSTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

Login STR

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Isikan no kad pengenalan
  3. Tekan butang SEMAK
  4. Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah.
  5. Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Oleh kerana permohonan STR 2024 telah dibuka, anda perlu menekan butang STR 2023 untuk melihat status pembayaran terkini Fasa 4.

Untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima bagi Fasa 4, anda boleh tolakkan amaun kelulusan dan jumlah yang telah dibayar. Bakinya itu adalah bayaran yang akan diterima untuk fasa akhir ini, iaitu Fasa 4.

Pendaftaran MySTR

  1. Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Pendaftaran berjaya

Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Lupa Kata Laluan STR

Jika anda terlupa kata laluan STR, sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan semula password anda:

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik TERLUPA KATA LALUAN.
  3. Nombor MyKad anda akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang SEMAK.
  4. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
  5. Klik butang SETERUSNYA.
  6. Kata laluan sementera akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  7. Jika tiada emel, klik butang SETERUSNYA.
  8. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  9. Klik butang SETERUSNYA.
  10. Isi KATA LALUAN BAHARU dan Pengesahan Kata Laluan.
  11. Klik butang TUKAR KATA LALUAN.
  12. Tukar Kata Laluan Baharu dengan log masuk semula dan memilih menu TUKAR KATA LALUAN MYSTR.

Semakan Status STR Terkini & Pengkreditan Bayaran

Bagi STR Fasa 3, penerima telah mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun – 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023.

Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023.

Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023. 

Pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:

  • Mempunyai Akaun Bank : Tarikh pembayaran mulai 26 Jun 2023 hingga 5 Julai 2023 (Dikreditkan terus ke akaun bank)
  • Tiada Akaun Bank : Tarikh pembayaran mulai 26 Jun 2023 (Pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

TERKINI : SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Kerajaan akan memberi sumbangan STR TAMBAHAN @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

login str sumbangan asas rahmah 2023

Sila rujuk infografik Kementerian Kewangan di bawah:

STR Tambahan
STR Tambahan
sumbangan asas rahmah SARa

10 KATEGORI BARANGAN ASAS YANG BOLEH DIBELI:

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Tepung
  5. Minuman
  6. Bahan perasa
  7. Biskut
  8. Mi segera
  9. Makanan dalam tim
  10. Minyak masak
sumbangan asas rahmah SARa

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023.

CARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
Contoh paparan bagi penerima yang layak.

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian / pembelian barangan.

Untuk maklumat lanjut tentang SARa STR, sila rujuk artikel berikut :

Cara Membaca Status STR Terkini

Bagi anda yang telah membuat semakan, mungkin ada yang masih keliru apakah yang dimaksudkan dengan LULUS – kerana terdapat 2 status lulus yang tertera.

Salah satunya adalah berkaitan Kelulusan Asas STR, manakala satu lagi adalah berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

Untuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah adalah STR Tambahan berjumlah RM100 sebulan bagi 6 bulan untuk penerima miskin tegar yang mempunyai rekod dalam e-Kasih.

Sementara itu, terdapat juga penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang tidak menerima bayaran Fasa 3.

Ini adalah kerana pemohon ini:

  1. Tidak lulus permohonan STR 2023
  2. Perubahan status daripada kahwin kepada cerai / kematian pasangan
  3. Lulus kategori isi rumah (tiada anak) dan berpendapatan RM2501-RM5000.

Sebarang semakan lanjut, rujuk maklumat yang berkaitan di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ATAU rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran Fasa 3.

Rayuan Bagi Pemohon Tidak Lulus

Tempoh permohonan rayuan dibuka bermula 3 Julai hingga 31 Julai 2023.

Sila log masuk ke laman web STR ( https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login ) untuk membuat permohonan rayuan bagi yang berstatus TIDAK LULUS.

Sila lengkapkan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan rayuan.

Kaedah Permohonan Rayuan STR 2023:

  • Secara Dalam Talian.
  • Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Permohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.

Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.

Perkhidmatan kaunter STR LHDNM dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2023.

Soalan Lazim

Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 melalui lampiran di bawah:

str fasa 3 dah masuk
bantuan tunai rahmah
bantuan tunai rahmah
bantuan tunai rahmah
str fasa 3 dah masuk
bantuan tunai rahmah
str fasa 3 dah masuk bantuan tunai rahmah
str fasa 3 dah masuk

Bilakah Pembayaran STR Fasa 3?

Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

Ada Akaun Bank – Mulai 26 Jun 2023 secara
berperingkat.

Tiada Akaun Bank – Tuntutan tunai di cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023.

Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023. Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023.

Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan?

Bayaran STR Fasa 4 dijangka akan diagihkan pada bulan November 2023 menurut Portal Belanjawan.

Bagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 4?

Pembayaran STR Fasa 4 berdasarkan kaedah pembayaran terakhir STR / BKM 2022 seperti berikut:

i. Kredit ke akaun bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.

ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Pembayaran terakhir STR / BKM 2022 adalah secara tunai
b. Status pengkreditan gagal kredit
c. Tiada maklumat akaun bank.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya adalah penerima bayaran STR Fasa 4?

Semakan status bayaran boleh dibuat melalui:
i. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 3; atau
ii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status pembayaran melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my?

Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 3 seperti berikut:
i. Klik Log Masuk MySTR
ii. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
iv. Masukkan Kata Laluan
v. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
vi. Maklumat yang akan dipaparkan
a. Nama Pemohon
b. No Mykad Pemohon
c. Status Permohonan
d. Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022

Muat turun PDF :

SOALAN LAZIM (FAQ)
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 3) 2023

Cara Permohonan / Semakan Kemaskini Maklumat Pemohon Penerima STR 2023

Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka.

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:

bantuan tunai rahmah 2023 str
bantuan tunai rahmah 2023 str
Muat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023):

Muat Turun Borang Manual

Cara membuat kemaskini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk melalui artikel : Kemaskini Maklumat Pemohon STR 2023 atau Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022

Sila rujuk portal rasmi STR 2023 di pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my atau maklumat dari laman web rasmi Belanjawan 2023 https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html untuk keterangan lanjut.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!