MySISWA@JoC ialah program kerja sambilan dalam kampus yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membantu mahasiswa menjana pendapatan tambahan tanpa mengganggu pengajian.
Melalui inisiatif ini, pelajar boleh memohon pekerjaan sambilan yang diselaraskan mengikut jadual akademik. Jadi, mahasiswa tidak perlu risau tentang konflik antara waktu bekerja dan waktu kuliah.
Baca juga: MySISWAPLACE – Tebus Baucar Buku Madani IPT 2026 (RM100)
Apa itu MySISWA@JoC?
MySISWA@JoC (Job on Campus) merupakan program kerja sambil belajar yang memberi peluang kepada mahasiswa memperoleh pengalaman kerja sebenar dalam persekitaran universiti.
Selain membantu menambah duit poket, program ini turut memberi pendedahan kepada dunia pekerjaan dan membina kemahiran insaniah (soft skills) yang penting untuk kerjaya selepas tamat pengajian.

10,000 Mahasiswa Berpeluang Menjana Pendapatan
Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi melaksanakan program MySISWA@JoC.
Melalui peruntukan ini:
- Seramai 10,000 mahasiswa dijangka mendapat manfaat.
- Program dilaksanakan di 20 Universiti Awam (UA).
- Penempatan kerja adalah di dalam kampus.
- Jadual kerja disusun agar tidak menjejaskan komitmen akademik.
Siapa Yang Diberi Keutamaan?
Program ini terbuka kepada mahasiswa yang layak, dengan keutamaan diberikan kepada:
- Mahasiswa daripada keluarga B40
- Mahasiswa M40
- Golongan rentan
- Orang Kurang Upaya (OKU)
Inisiatif ini bertujuan membantu mahasiswa mengurangkan beban kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Masa & Kadar Upah MySISWA@JoC
Bayaran kadar upah adalah RM6 sejam. Pelajar boleh menjana pendapatan sehingga 20 jam seminggu (semester) atau 40 jam seminggu (cuti semester).


Kriteria Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Status Aktif (Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD)
- Prestasi Akademik baik (PNG minimum 2.50)
- Rekod Disiplin bersih sepanjang pengajian
*Nota: Kriteria kelayakan mungkin sedikit berbeza bagi setiap universiti. Anda boleh buat semakan kelayakan lanjut menerusi portal universiti masing-masing.
Kelebihan MySISWA@JoC
Antara manfaat yang ditawarkan melalui program ini ialah:
- Membantu mengurangkan beban kewangan mahasiswa.
- Menjana pendapatan tambahan tanpa perlu bekerja di luar kampus.
- Waktu kerja diselaraskan dengan jadual kuliah.
- Menimba pengalaman kerja dalam persekitaran universiti.
- Meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan.
- Memperkasa kebolehpasaran graduan selepas tamat pengajian.
Cara Mendapatkan Maklumat Permohonan
Mahasiswa yang berminat boleh mengikuti hebahan dan maklumat terkini melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta universiti masing-masing mengenai pembukaan permohonan, syarat kelayakan dan penempatan pekerjaan.
Boleh rujuk pada puatan ini untuk memudahkan pencarian kerja anda:
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idrus (UPSI)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
- Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Soalan Lazim (FAQ) MySISWA@JoC
MySISWA@JoC (Job on Campus) ialah program kerja sambilan dalam kampus yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memberi peluang kepada mahasiswa menjana pendapatan tambahan tanpa menjejaskan pengajian.
Program ini terbuka kepada mahasiswa yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa daripada golongan B40, M40, rentan dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Program ini dilaksanakan di 20 Universiti Awam (UA) yang terlibat.
Tidak. Jadual kerja diselaraskan mengikut jadual akademik supaya mahasiswa dapat bekerja tanpa menjejaskan komitmen terhadap pengajian.
Antara manfaatnya ialah membantu mahasiswa menjana pendapatan tambahan, memperoleh pengalaman kerja sebenar, membangunkan kemahiran insaniah (soft skills) serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Maklumat mengenai permohonan, syarat kelayakan dan tarikh pelaksanaan akan diumumkan melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan universiti yang terlibat.
Baca juga: Pelajar IPT, Baucar Buku Madani 2026 Boleh Ditebus Bermula 15 Julai!




