Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Berita baik untuk semua pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) warganegara Malaysia, anda layak untuk menebus baucar buku RM100 mulai 15 Julai di laman MySISWAPLACE  https://mysiswaplace.my/ 

Inisiatif ini dikendalikan oleh Yayasan Perkasa Siswa (YPS) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Jom rujuk info lebih lanjut mengenai MySiswaPlace dan penebusan Baucar Buku Madani IPT 2026 (RM100) di bawah.

Apa itu MySISWAPLACE?

mysiswaplace

MySISWAPLACE adalah portal yang membantu pelajar dengan menyediakan akses mudah dan cepat kepada bahan bacaan melalui pelantar atas talian yang dilengkapi dengan sistem yang telus bagi memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan.

Tujuan inisiatif ini justeru dapat membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus dapat memugar budaya membaca dalam kalangan pelajar IPT serta bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.

Platform digital ini dikendalikan oleh Yayasan Perkasa Siswa (YPS) di bawah naungan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Siapa Yang Menggunakan MySiswaPlace?

Semua mahasiswa warganegara Malaysia yang berstatus aktif di IPT yang berdaftar di bawah KPT, merangkumi:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik dan Kolej Komuniti
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

Tebus Baucar Buku Madani Melalui MySISWAPLACE

Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 bernilai RM100 kini boleh dilakukan melalui portal rasmi MySiswaPlace, sebuah platform sehenti (one-stop centre) yang dikendalikan oleh Yayasan Perkasa Siswa (YPS) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Inisiatif kerajaan ini menyasarkan lebih 1.18 juta mahasiswa warganegara Malaysia yang aktif di pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) termasuk Universiti Awam, IPTS, Politeknik, dan Kolej Komuniti untuk memiliki buku akademik serta bahan bacaan berkualiti demi menyokong kelangsungan pembelajaran mereka.

Melalui ekosistem digital bersepadu ini, pelajar hanya perlu menyemak status kelayakan, menjana kredit baucar secara langsung, dan memilih daripada ratusan ribu judul buku rujukan, karya ilmiah, mahupun e-buku yang disediakan oleh lebih 300 rakan niaga berdaftar.

baucar buku madani 1

Syarat Kelayakan Baucar Buku Madani IPT 2026

Syarat kelayakan Baucar Buku Madani IPT 2026 adalah seperti berikut:

  • Pelajar-pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut layak menerima e-Baucar buku:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sehingga 31 Mac 2026;
  • Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan professional;
  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS);
  • Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa.

Nota: Mohon berhubung dengan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT untuk semakan lanjut berhubung syarat kelayakan permohonan baucar.

*NOTA: Portal ini akan dibuka bermula 15 Julai, 11.00 am.

Cara Penebusan Buku Madani IPT 2025 Melalui MySISWAPLACE

Untuk membuat semakan kelayakan dan menebus baucar ini bagi pelajar IPT, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:

  1. Semak kelayakan anda di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
  2. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
  3. Kod akan dijana sekiranya layak.
  4. Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
  5. Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.

Penebusan Baucar bernilai RM100 hanya sah untuk pembelian buku secara dalam talian di platform ini (MySiswaPlace).

Tarikh & Tempoh Penebusan

Penebusan boleh dilakukan bermula hari ini, 15 Julai 2026 (11 am).

Baucar perlu dibelanjakan/ditebus selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Oktober 2026 (di platform portal MySiswaPlace).

Walaupun tarikh tutup adalah pada 31 Oktober 2026, baucar buku ini ada tempoh sah laku.

PENTING:

  • Tempoh sah laku asas (baseline) apabila kod baucar dijana adalah selama 7 hari.
  • Namun, dengan penggabungan tempoh penangguhan (grace period) selama 5 hari, jumlah keseluruhan tempoh sah laku operasi adalah 12 hari (7 + 5 hari).
  • Amaran: Pelajar mesti melengkapkan pembelian dalam tetingkap 12 hari ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nilai baucar terbatal dan luput secara automatik.

[VIDEO] Cara Penebusan Baucar Buku MADANI Pelajar IPT

Berikut dikongsikan video panduan membuat penebusan baucar secara online melalui platform MySiswaPlace:

Sumber: Kedai Buku ITBM

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim MySISWAPLACE

Untuk mendapatkan maklumat lanjut terkini berkenaan dengan MySiswaPlace di pautan berikut: https://mysiswaplace.my/ atau ikuti FACEBOOK rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk:

  1. Live Chat: mysiswaplace.my
  2. Email: [email protected]
Berapakah nilai pemberian Baucar Buku MADANI?

Setiap pelajar yang layak akan menerima baucar buku berjumlah RM100 merangkumi kos buku, penghantaran, pembungkusan, pembekalan dan sebagainya. Pembelian yang melebihi RM100 adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada KPT / YPS.

Adakah baucar ini boleh digunakan untuk membeli alat tulis (stationery) atau barangan selain buku?

Tidak. Peruntukan RM100 ini dikhaskan secara ketat untuk buku dan bahan bacan akademik sahaja. Alat tulis (stationery) atau sebarang barangan bukan buku tidak termasuk dalam baucar ini dan perlu dibayar menggunakan wang pelajar sendiri (out-of-pocket). Sistem semasa daftar keluar (checkout) akan mengasingkan dengan jelas antara barangan yang dilindungi oleh baucar dan barangan yang memerlukan pembayaran tambahan.

Siapakah yang layak menerima Baucar Buku MADANI?

Pelajar-pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut layak menerima e-Baucar buku:Warganegara Malaysia;
– Berstatus aktif sebagai pelajar sehingga 31 Mac 2026;
– Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan professional;
– Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS);
– Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa.
Nota: Mohon berhubung dengan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT untuk semakan lanjut berhubung syarat kelayakan permohonan baucar.

Adakah bantuan ini turut diberikan kepada pelajar Malaysia yang berada di Luar Negara?

Tidak, bantuan ini adalah untuk pelajar yang menuntut di Malaysia sahaja.

Bagaimanakah pelajar memohon dan menyemak status kelayakan masing-masing?

Kesemua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui portal ini (MySiswaPlace) bermula jam 11.00 pagi pada 15 Julai 2026 (Rabu). Semasa memohon pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor matrik. Status kelayakan pelajar boleh disemak melalui portal dan sekiranya pelajar tersebut layak untuk menerima baucar, nilai baucar akan disimpan di platform tersebut atas nama pelajar dan seterusnya boleh membuat pembelian.

Bagaimanakah penebusan Baucar dibuat?

Penebusan Baucar bernilai RM100 hanya sah untuk pembelian buku secara dalam talian di platform ini (MySiswaPlace).

Bagaimanakah sekiranya jumlah pembelian melebihi RM 100 nilai baucar?

Bagi pembelian yang melebihi nilai baucar RM 100, pelajar boleh menampung bayaran tambahan dengan menggunakan kemudahan pembayaran termasuk FPX dan e-wallet (seperti Touch n Go dan lain-lain).

Bilakah tempoh pelaksanaan inisiatif ini?

– Penebusan Baucar bermula pada 11.00 pagi, 15 Julai 2026 (di platform portal MySiswaPlace);
– Baucar perlu dibelanjakan/ditebus selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Oktober 2026 (di platform portal MySiswaPlace).

Adakah baucar yang telah dijana/ditebus mempunyai tempoh sah laku?

Ya. Tempoh sah laku asas (baseline) apabila kod baucar dijana adalah selama 7 hari. Namun, dengan penggabungan tempoh penangguhan (grace period) selama 5 hari, jumlah keseluruhan tempoh sah laku operasi adalah 12 hari (7 + 5 hari). Amaran: Pelajar mesti melengkapkan pembelian dalam tetingkap 12 hari ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nilai baucar terbatal dan luput secara automatik.

Adakah pelajar yang telah berhenti pengajian sebelum 31 Mac 2026 layak menerima Baucar ini?

Tidak. Hanya pelajar yang berstatus aktif pada 31 Mac 2026 sahaja yang layak menerima Baucar ini.

Adakah pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan work-based learning layak menerima bantuan ini?

Ya. Pelajar tersebut juga layak menerima bantuan ini.

Adakah pelajar yang mendaftar terus ke IPT tanpa melalui saluran perdana iaitu Unit Pusat Universiti (UPU), KPT layak menerima Baucar ini?

Ya. Pelajar tersebut juga layak menerima bantuan ini.

Adakah pelajar yang akan menghadiri majlis konvokesyen pada tahun 2026 tetapi aktif pada 31 Mac 2026 layak menerima baucar ini?

Ya. Ini kerana pelajar tersebut masih lagi berstatus aktif pada 31 Mac 2026 di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.

Adakah pelajar yang telah tamat pengajian sebelum 31 Mac 2026 tetapi belum menghadiri majlis konvokesyen layak menerima Baucar ini?

Tidak. Ini kerana pelajar tersebut tidak lagi berstatus aktif pada 31 Mac 2026 di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.

Adakah pelajar yang sedang tangguh pengajian 31 Mac 2026 layak menerima baucar ini?

Tidak. Ini kerana pemberian baucar hanya bagi pelajar yang berstatus aktif dan masih meneruskan pengajian pada 31 Mac 2026 di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.

Sekiranya terdapat kemusykilan atau pertanyaan berhubung Baucar ini, siapakah pegawai yang boleh dirujuk?

Pelajar disarankan untuk berhubung terus dengan pihak MySiswaPlace sekiranya pertanyaan atau aduan tersebut mengenai baucar buku yang melalui medium berikut :
– Live Chat: mysiswaplace.my
– Email: [email protected]

Sekiranya saya gagal menebus baucar sedangkan saya layak, siapakah pegawai yang boleh dirujuk?

– Anda boleh menyemak secara on-demand di dalam sistem (perlu log masuk dahulu).
– Sekiranya masih gagal, anda boleh menghubungi meja bantuan MySiswaPlace untuk semakan rekod.
– Sekiranya nama anda tidak tersenarai dalam senarai yang layak, anda perlu menghubungi HEP di institusi tempat anda menuntut.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS