Sukacita dimaklumkan bahawa, semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) layak menerima e-Baucar Buku yang bernilai RM100! BAUCAR BUKU MADANI RM100 boleh ditebus mulai 28 Ogos – 12 Disember 2025 melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace)
Inisiatif ini bakal memanfaatkan 500,000 pelajar merangkumi universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.
Ia merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar dan meringankan beban kewangan.
Selain itu, ia juga bermatlamat bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda, terutamanya mahasiswa serta merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Promosi Merdeka 2025 Malaysia – Marrybrown, Tealive, Jco, dll

Syarat Kelayakan Baucar Buku Madani 2025 Untuk Pelajar IPT
Baucar Buku Madani adalah merupakan sebuah inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekaligus dapat membugar budaya membaca terutama dalam kalangan pelajar IPT.
Para pelajar yang layak akan menerima baucar pembelian buku berjumlah RM100. Program ini dilaksanakan mulai 28 Ogos hingga 12 Disember 2025 melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace)
Syarat Kelayakan :
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Menuntut di IPT di bawah seliaan KPT – termasuk Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.
- Berstatus aktif sebagai pelajar pada 30 Jun 2025.
- Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf Diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional
- Mod pengajian separuh dan sepenuh masa

KPT berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat menyemarakkan budaya membaca, malah turut bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.
Cara Penebusan Baucar Buku Madani Melalui MySISWAPLACE
Untuk membuat semakan kelayakan dan menebus baucar buku fasa 2 bagi pelajar IPT dan IPG, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:
- Semak kelayakan anda di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
- Kod akan dijana sekiranya layak.
- Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.
NOTA: Baucar yang telah ditebus, sah laku pembelian hanya dalam tempoh 7 hari sahaja.

[VIDEO] Panduan Penebusan Baucar Online
Berikut dikongsikan cara membuat penebusan baucar buku secara online di platform MySISWAPLACE :
Tempoh Penebusan
Penebusan boleh dibuat mulai 28 Ogos (mulai jam 12 tengah hari) sehingga 12 Disember 2025 melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace).
Untuk baucar buku yang telah ditebus, para pelajar boleh menggunakannya untuk membeli buku dalam tempoh 7 hari sahaja.Â
Maklumat Lanjut
Sila rujuk soalan lazim berikut:
Baucar Buku Madani Pelajar IPT 2025 ialah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kerajaan MADANI untuk memberikan baucar bernilai RM100 kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) warganegara Malaysia bagi tujuan pembelian bahan bacaan.
Syarat kelayakan adalah :
1.Warganegara Malaysia sahaja.
2. Menuntut di IPT di bawah seliaan KPT – termasuk Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS.
3. Berstatus aktif sebagai pelajar pada 30 Jun 2025.
4. Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf Diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional
5. Mod pengajian separuh dan sepenuh masa
Pelaksanaan akan bermula pada 28 Ogos 2025 hingga 12 Disember 2025.
Penebusan baucar boleh dibuat melalui portal rasmi MySiswaPlace, iaitu platform sehenti di pautan https://mysiswaplace.my/ untuk:
-Semakan kelayakan
-Penjanaan baucar
-Penebusan baucar
-Pembelian bahan bacaan secara atas talian
Pelajar boleh membeli lebih 1 juta judul bahan bacaan, termasuk:
-Buku fizikal
-E-book
-Buku akademik
-Bahan rujukan
-Bacaan ilmiah
-Bacaan umum daripada lebih 250 rakan niaga
Tidak. Inisiatif ini khusus untuk pelajar IPT warganegara Malaysia sahaja.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi, atau ikuti FACEBOOK rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi atau rujuk pautan siaran media rasmi : https://www.mohe.gov.my/




