MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2026 Setiap Negeri

mylesen b2 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meneruskan lagi program MyLesen B2 Tahun 2026. Program MyLesen B2 Tahun 2026 adalah inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan B40 dan tanggungannya mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 untuk motosikal, seperti yang dinyatakan dalam Portal Ihsan Madani.

BACA JUGA: MyJPJ – Bayar Saman, Semakan Roadtax & Renew Lesen Online

Pengenalan

Inisiatif ini dijalankan bagi mempertingkat kebolehpasaran 15,000 pelajar sekolah menengah/ universiti dan belia yang sedang mencari pekerjaan, dari kumpulan B40, sebagai proses persiapan dan persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan melalui pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal).

Kumpulan Sasaran :

  • Pelajar Sekolah Menengah
  • Pelajar Universiti
  • Belia Dari Keluarga B40

Objektif

  • Mempertingkat kesedaran keselamatan dan undang-undang jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
  • Mempertingkat kebolehpasaran pelajar sekolah menengah/ universiti dan belia yang sedang mencari pekerjaan, dari kumpulan B40, sebagai proses persiapan dan persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan.

Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2026

  1. Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
  2. Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun (keutamaan kepada calon : sekolah / IPT / IPMARA).
  3. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  4. Sihat fizikal dan mental.
  5. Belum memiliki sebarang lesen memandu.
  6. Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM.
Mylesen B2 bantuan lesen percuma 2026

Kos Bayaran

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

Tempoh Masa Latihan & Ujian

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

KELAS LESEN: B2

  • Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
  • Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
  • Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
  • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
  • Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
  • Ujian JPJ

Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 3 bulan, peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026.

Tarikh Tutup

Tarikh pendaftaran dan tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2026 adalah berbeza mengikut negeri. Sila rujuk notis terkini JPJ negeri di bawah:

Cara Memohon MyLesen B2 JPJ 2026

Untuk memohon Program MyLesen B2 Tahun 2026, pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia.

Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Penyertaan akan ditutup setelah kuota penyertaan di setiap JPJ Negeri dipenuhi.

Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.

Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.

JPJ akan mengatur jadual latihan anda dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.

1. MyLesen B2 Melaka

Peluang kini dibuka kepada warganegara Malaysia dalam kalangan B40 dan tanggungan (Penerima STR) yang belum memiliki lesen memandu untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026.

Program ini bertujuan membantu golongan yang layak mendapatkan lesen motosikal secara sah, sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Syarat ringkas kelayakan:

  • Sihat fizikal dan mental
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

Borang permohonan boleh diperoleh di:
JPJ Negeri Melaka
JPJ Cawangan Jasin
JPJ Cawangan Masjid Tanah
UTC

Tarikh tutup permohonan: 13 Februari 2026

Permohonan adalah terhad.

Mylesen B2 bantuan lesen percuma 2026

2. MyLesen B2 Negeri Sembilan

Berita baik khusus buat orang Negeri Sembilan. JPJ membuka peluang kepada warganegara Malaysia dalam kategori B40 dan tanggungan (penerima STR) yang belum memiliki lesen memandu untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026.

Program ini bertujuan membantu golongan layak mendapatkan lesen motosikal secara sah, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Siapa yang berminat, jangan tunggu lama-lama, sila dapatkan borang di Bahagian Pelesenan Pemandu, JPJ Negeri Sembilan tarikh tutup pada 7 Februari 2026.

Mylesen B2 bantuan lesen percuma 2026

3. MyLesen B2 Perlis

Berita baik untuk warga Perlis! Program MyLesen B2 kini kembali untuk tahun 2026. Fokus utama adalah untuk membantu golongan B40 yang masih belum mempunyai lesen memandu sah.

Kenapa anda perlu daftar sekarang?

  • Khas untuk Golongan B40.
  • Terhad kepada 1,500 peserta sahaja.
  • Pendaftaran PERCUMA! (Tertakluk kepada syarat).

Tarikh Akhir Pendaftaran: 31 Januari & 1 Februari 2026.

Imbas kod QR dalam poster di bawah atau terus ke pautan INI untuk mendapatkan borang.

Mylesen B2 bantuan lesen percuma 2026

4. MyLesen B2 Johor

PROGRAM MyLESEN B2 TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI JOHOR KINI DIBUKA!!

Permohonan kini dibuka kepada warganegara Malaysia dalam kalangan B40 dan tanggungan (Penerima STR) yang tidak memiliki lesen memandu untuk mendaftar menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026 bagi Negeri Johor

SYARAT PERMOHONAN :
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan (Penerima STR)
4) Sihat Fizikal Dan Mental
5) Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
6) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
7) Keutamaan kepada Kadet JPJ,Pelajar Sekolah dan Pelajar IPT

MOHON DAN DAFTAR SEKARANG !!

Borang permohonan boleh diperoleh di:

  • JPJ Negeri Johor
  • JPJ Cawangan Berhampiran

Tarikh tutup permohonan: 13 Februari 2026

Mylesen B2 bantuan lesen percuma 2026

5. MyLesen B2 Pahang

Berita baik kepada warga Pahang khususnya golongan B40!

Peluang untuk memiliki Lesen Memandu Motosikal (B2) secara sah kini dibuka melalui Program MyLESEN B2 Tahun 2026.

Syarat Penyertaan:

  • Warganegara Malaysia
  • Kumpulan B40 & tanggungan
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat dari segi fizikal & mental
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ & PDRM

Keutamaan diberikan kepada (dalam kumpulan B40):

  1. Pelajar sekolah
  2. Kadet JPJ
  3. Pelajar IPT

Terhad kepada 2,100 peserta sahaja!

Tarikh tutup permohonan: 30 Januari 2026 (Jumaat)

Permohonan melalui pautan / QR Code atau terus ke pautan https://tinyurl.com/MyL26Phg

6. MyLESEN B2 SELANGOR

SYARAT PESERTA :

  • WARGANEGARA MALAYSIA
  • BERUMUR 16 TAHUN DAN KE ATAS
  • SIHAT FIZIKAL DAN MENTAL
  • BELUM MEMILIKI SEBARANG LESEN MEMANDU
  • BEBAS SENARAI HITAM MAHKAMAH, JPJ & POLIS
  • PENERIMA STR ATAU GOLONGANB40 YANG DISAHKAN, TERMASUK TANGGUNGAN
  • KEUTAMAAN KEPADA KADET JPJ, PELAJAR SEKOLAH & IPT

DAFTAR SEKARANG melalui BORANG INI atau imbas kod QR dalam poster di bawah:

7. MyLesen B2 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL)

PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2026 PERINGKAT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JPJ WPKL)

Dimaklumkan bahawa Program MyLesen B2 Tahun 2026 Peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) kini dibuka kepada orang awam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Syarat-syarat Permohonan adalah seperti berikut:
• Warganegara Malaysia
• Berumur 16 tahun dan ke atas
• Golongan B40 dan tanggungan / Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
• Belum memiliki sebarang lesen memandu
• Bebas daripada senarai hitam Mahkamah / Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) / Polis Diraja Malaysia (PDRM)
• Sihat dari segi fizikal dan mental

Keutamaan akan diberikan kepada Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Permohonan
Borang permohonan boleh diperoleh melalui kaedah berikut:

  1. Imbas kod QR pada poster rasmi program, atau
  2. Muat turun melalui pautan berikut: https://drive.google.com/…/19aY4LSoojBjXBrm29qW…/view…
  3. Diperoleh di Bahagian Pelesenan Pemandu, Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL).

Perhatian:
Sebarang borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan DITOLAK oleh pihak urusetia.

Tarikh Tutup Permohonan:
06 Februari 2026

8. MyLesen B2 Pulau Pinang

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝘆𝗟𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗕𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗝𝗣𝗝 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan B40 dan tanggungan
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu
  • Berumur sekurang – kurangnya 16 tahun 1 Januari 2026
  • Sihat fizikal dan mental
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
  • Keutamaan kepada ahli Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian

JOM DAFTAR SEKARANG!! Sebarang pertanyaan sila hubungi: 04-3927777/04-3927657/04-3927687

Sumber: JPJ Negeri Pulau Pinang

9. MyLesen B2 Perak

PROGRAM MyLESEN B2 JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI PERAK TAHUN 2026

Khas buat warga Negeri Perak, saat yang dinanti telah tiba!

TERHAD KEPADA 2,300 permohonan SAHAJA!

Percuma.. Percuma.. Percuma.. !

Syarat-syarat Permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia (Pemaustatin Negeri Perak sahaja);
  • Berumur 16 tahun dan ke atas (pada atau sebelum 13 Februari 2026);
  • Golongan B40 dan tanggungan / Penerima
  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu;
  • Bebas daripada senarai hitam Mahkamah / Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) / Polis Diraja Malaysia (PDRM);
  • Belia, Pelajar Sekolah, Kadet JPJ (diutamakan), Pelajar IPTA / IPTS / MARA / Politeknik;
  • Sihat Fizikal dan Mental;
  • Tertakluk pada terma dan syarat JPJ Negeri Perak

Borang permohonan boleh diperoleh melalui kaedah berikut:

  1. Imbas kod QR yang disediakan di dalam poster hebahan untuk memuat turun borang permohonan; atau
  2. Muat turun borang permohonan melalui pautan https://drive.google.com/…/1e_Hs9VI5-I…/view…

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : SEBELUM atau PADA 13 Februari 2026, jam 4.00 petang.

Pemohon hendaklah MENGHANTAR SENDIRI borang permohonan beserta dokumen sokongan secara fizikal ke JPJ Ipoh (Unit Pengujian, Blok E) atau mana-mana cawangan JPJ Negeri Perak kecuali Cawangan UTC Perak.

PERHATIAN :
Sebarang borang permohonan yang tidak lengkap diisi serta borang yang diterima selepas tarikh dan waktu yang ditetapkan akan DITOLAK oleh pihak urusetia.

*Bagi negeri yang belum dinyatakan dalam poster, sila rujuk media sosial JPJ Negeri untuk makluman terkini dari semasa ke semasa:

Maklumat Lanjut Program MyLesen B2

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: [email protected] atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.

  1. Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
  2. Twitter: JPJ_Malaysia
  3. Instagram: JPJMalaysia
  4. Youtube: JPJMalaysia
  5. Telegram: JPJ_Malaysia

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah Program My Lesen B2 Tahun 2026?

Program MyLesen B2 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

2. Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program My Lesen B2 Tahun 2026?

Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

3. Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program My Lesen B2 Tahun 2026?

Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

4. Dimanakah calon boleh membuat pendaftaran bagi Program My Lesen B2 Tahun 2026?

Calon boleh membuat pendaftaran Program My Lesen B2 Tahun 2026 di Pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia atau melalui borang permohonan dalam talian yang disediakan mengikut negeri masing-masing.

5. Apakah syarat kelayakan peserta bagi permohonan Program MyLesen B2 Tahun
2026?

1. Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
2. Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun (keutamaan kepada calon : sekolah / IPT / IPMARA).
3. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
4. Sihat fizikal dan mental.
5. Belum memiliki sebarang lesen memandu.
6. Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM.

6. Berapakah kos bayaran bagi Program MyLesen B2 Tahun 2026?

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

7. Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program My Lesen B2 Tahun 2026?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ

8. Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja. Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.

9. Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atau dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?

Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain. Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan
melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta terhadap Program yang dilaksanakan.

10. Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLesen B2 Tahun 2025 akan turut ditanggung oleh pihak Kerajaan?

Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

11. Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026?

Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang telah ditetapkan iaitu bermula bermula Mac sehingga Oktober 2026.

12. Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi Program My Lesen B2 Tahun 2026?

Tarikh tutup adalah bergantung kepada JPJ Negeri masing-masing.

13. Adakah peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026?

Tidak. Namun peserta perlu membuat pengesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.

15. Sekiranya terdapat sebarang persoalan Berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2026 ini, apakah sumber yang boleh dirujuk?

Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2026 boleh dikemukakan kepada [email protected] atau 03 – 8892 8714/8693.

16. Berapakah harga lesen B2 2026?

Harga lesen motosikal B2 tahun 2025 berbeza mengikut sekolah memandu dan negeri, namun secara purata ia berada dalam lingkungan RM350 hingga RM500 termasuk yuran pendaftaran, ujian teori (JPJ), latihan praktikal, dan ujian jalan raya. Untuk peserta program MyLesen B2 yang layak, kos ini boleh ada percuma kerana mendapat subsidi atau bantuan khas kerajaan.

19. Bagaimana cara permohonan lesen motosikal percuma 2026?

Permohonan lesen motosikal percuma 2025 adalah melalui permohonan Program MyLesen B2 yang bole didaftarkan di JPJ Negeri. Pemohon perlu:
Memenuhi syarat kelayakan (warganegara Malaysia, umur 16 tahun ke atas, tiada lesen memandu sebelum ini), Mengisi borang permohonan, Menyediakan dokumen seperti salinan IC, slip gaji atau pengesahan status B40, dan gambar passport.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut