MyData SSM: Login & Semakan Nombor Pendaftaran Syarikat

Untuk makluman, MYDATA SSM merupakan satu produk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang membolehkan kita mencari, mengekstrak dan membeli maklumat syarikat yang berdaftar dengan SSM secara dalam talian dengan mudah dan cepat.

Dengan adanya maklumat yang disahkan ini, ia dapat membantu kita membuat keputusan perniagaan yang tepat pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang SSM MYDATA melalui artikel ini.

Apakah MYDATA SSM

Sejak tahun 2016, MYDATA telah dilantik oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Pembekal Teknologi dan Perkhidmatan untuk perkhidmatan ini.

Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk menyediakan pengguna dengan akses elektronik langsung ke pejabat pendaftaran syarikat rasmi di Malaysia.

Melalui portal ini, kita boleh mendapat sumber maklumat yang sah mengenai syarikat dan perniagaan yang diperbadankan dan didaftarkan di Malaysia.

Baca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN Untuk Anak

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Perkhidmatan yang ditawarkan melalui MYDATA adalah:

  1. Profil Syarikat dan Perniagaan – Percuma   untuk melihat senarai syarikat
  2. Maklumat Perbandingan Tahun Kewangan Syarikat yang lepas -Perbandingan untuk mana-mana  tahun kewangan tersedia ada. (Financial historical comparison)
  3. Salinan Diperakukan Sah Secara Digital bagi Sijil Perniagaan – Borang D
mydata ssm
Contoh dokumen yang boleh dibeli melalui MYDATA SSM

Maklumat yang diterima datang terus secara langsung dari SSM dan tidak disimpan di mana-mana pihak lain.

Antara maklumat yang boleh didapati melalui MYDATA termasuklah juga:

  • Company and Business Profile
  • Idaman (Forms & Images)
  • Financial History
  • New RUU Product (New Act 2016)
  • Certificate of Incorporation/Registration
  • Particular of Directors/Officers
  • Particular of Share Holders
  • Particular of Registered Address
  • Particular Change of Name
  • Particular of Conversion
  • Particular of Company Secretary
  • Audit Firm Profile
  • Company Listing (Bulk Purchase)
  • Data Services

Harga Dokumen

Harga perkhidmatan yang ditawarkan  adalah berpatutan dan pengguna yang berminat dengan maklumat tersebut boleh memilih mana-mana keadah pembayaran yang sesuai melalui perbankan internet, Kad Kredit atau akaun prabayar MYDATA.​

Terdapat bayaran tambahan sehingga RM5.00 ke atas bayaran semasa yang dikenakan oleh SSM untuk mendapatkan maklumat melalui kaunter.

RM10.00 untuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan RM5.00 adalah caj perkhidmatan untuk Pembekal Teknologi dan Perkhidmatan.

Bayaran perkhidmatan yang dikenakan sebagai tambahan kepada bayaran berkanun seperti yang ditetapkan di bawah Jadual Kedua Akta Syarikat 1965.

Baca juga: Pendaftaran SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2020https://ecentral.my/spa9/

Cara Daftar MYDATA SSM Untuk Beli Dokumen

Pengguna perlu mendaftar untuk membuat pembelian dokumen.

Pendaftaran pengguna adalah PERCUMA.

Berikut ialah cara register MYDATA secara online.

  1. Layari laman web https://www.mydata-ssm.com.my.
  2. Tekan butang LOGIN dan klik SIGN UP.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti Username, Fullname, Email address, dan Password.
  4. Isikan juga nombor telefon dan alamat penuh dalam ruangan yang disediakan.
  5. Pilih kategori yang berkenaan (Individual).
  6. Kemudian, tick pada kotak reCAPTCHA di bawahnya.
  7. Tick juga pada kenyataan di bawah kotak reCAPTCHA tersebut.
  8. Kemudian, tekan butang SIGN UP.
  9. Pendaftaran akaun anda berjaya.

Dokumen juga kini boleh dibeli melalui perkhidmatan Whatsapp.

mydata ssm

Login SSM MYDATA online

Setelah selesai proses pendaftaran, sila login dengan mengikut langkah ini:

  1. Layari laman web https://www.mydata-ssm.com.my.
  2. Klik LOGIN ACCOUNT.
  3. Masukkan username dan password yang telah didaftarkan.
  4. Tekan butang SIGN IN.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan pada dokumen selepas pembayaran berjaya, pelanggan boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan MYDATA melalui talian 03-2775 9339 atau e-mel ke alamat [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!