Musaadah Tijariyyah: Mohon Bantuan Modal Perniagaan MAIWP 2021

Prihatin dengan mereka yang terjejas dan hilang pekerjaan terutamanya di era COVID-19 ini, MAIWP telah memperkenalkan bantuan baharu iaitu Musaadah Tijariyyah 2021.

Sebanyak RM15 juta diperuntukkan dengan sasaran penerima seramai 5,000 orang.

Berikut adalah cara permohonan bagi anda yang berminat untuk mendapatkan bantuan modal melalui MAIWP.

Apakah Musaadah Tijariyyah MAIWP?

Bantuan Zakat Perniagaan Musaadah Tijariyyah ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan ini akan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Bantuan ini memberikan modal perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan/ mengembangkan perniagaan.

Baca juga: Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Dari RM50,000 Hingga RM500,000

Syarat Permohonan Musaadah Tijariyyah

1. Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
4. Tertakluk kepada Had Kifayah
5. Mempunyai pendaftaran SSM 2 bulan dan ke atas
6. Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 6 bulan terkini

Dokumen Diperlukan :

Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan
transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)

musaadah tijariyyah maiwp

Perniagaan Yang Dibenarkan

Jenis bantuan perniagaan yang boleh dimohon melalui Musaadah Tijariyyah adalah seperti berikut:

Jenis Perniagaan

  1. Makanan dan minuman
  2. Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)
  3. Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)
  4. Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan

Lokasi Perniagaan

  1. Premis perniagaan boleh samada di dalam/ luar Wilayah Persekutuan
  2. Premis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:
    • i) Perniagaan bergerak
    • ii) Premis berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur / Selangor

Baca juga: Bantuan JKM 2021: Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan adalah bermula 25 Mac 2021 (Khamis) hingga 5 April 2021 (Isnin).

Kadar / Jenis Bantuan Yang Akan Disalurkan

Bantuan diberi dalam bentuk modal pusingan.

Bagi lain-lain tujuan seperti menyelesaikan tunggakan sewa kedai, hutang dengan pembekal dan lain-lain, bantuan tidak akan dipertimbangkan.

musaadah tijariyyah

Cara Permohonan Bantuan Musaadah Tijariyyah

Permohonan boleh dibuat melalui langkah berikut:

i) Secara Online

Melalui pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/app_Login/

ii) Secara Manual

Melalui kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP, Pusat Agihan Zakat dan juga cawangan MAIWP di Putrajaya dan Labuan.

Direktori kaunter Baitulmal MAIWP, klik sini. https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/lokasi-kami

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh, 51200
Kuala Lumpur

Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444

Facebook: Baitulmal MAIWP

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!