Biodata Mia Sara, Keluarga & Isu Terkini

MIA SARA
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Siapa yang tak kenal Mia Sara, gadis cilik yang sering membawakan watak sebagai kanak-kanak dalam beberapa siri drama dan telefilem di kaca televisyen lebih sedekad yang lalu. Beliau mula aktif dalam industri seni sejak 2008 (berusia 3 tahun) dan kini telah pun beranjak dewasa, berusia 21 tahun (2026).

Pencapaiannya dalam industri hiburan tanah air sebagai pelakon kanak-kanak sejak 2008 memang sangat memberangsangkan. Beliau telah berlakon lebih 20 drama, filem dan telefilem di Astro Ceria dan saluran lain.

Mari kenali lebih lanjut siapa sebenarnya Mia Sara dan isu terkini yang menerpanya.

Siapa Mia Sara?

Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan atau lebih dikenali sebagai Mia Sara merupakan seorang pelakon dan selebriti Malaysia yang mula mencipta nama sebagai pelakon kanak-kanak sejak tahun 2008.

Beliau mencapai puncak populariti menerusi siri ikonik Strawberi & Karipap serta filem seperti Nur Kasih The Movie dan Papa I Love You, yang turut melayakkannya memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24.

Kini pada usia 21 tahun, Mia aktif membina imej sebagai pelakon dewasa menerusi naskhah seperti drama TikTok FYP Macam VIP sambil menguruskan kerjaya sebagai pempengaruh media sosial.

Biodata Mia Sara

Sumber: @therealmiasara

Nama PenuhMia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan
Nama PopularMia Sara
Tarikh Lahir30 September 2005
Umur (2026)21 Tahun
Tempat LahirKuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, Usahawan, Model & Pempengaruh Media Sosial
Tahun Mula Aktif2008 (Sejak usia 3 tahun)
PendidikanSekolah Menengah (Tamat SPM)
StatusBujang
Agensi PengurusanXeno Entertainment
Instagram@therealmiasara
Tiktok@miasaranasuha

Kehidupan Peribadi & Keluarga

Mia Sara Nasuha merupakan anak ketiga daripada 4 beradik kandung dan mempunyai beberapa orang adik beradik tiri. Ibu bapa kandungnya dikhabarkan sudah berpisah sejak Mia kecil lagi. Beliau tinggal bersama bapanya dan ibu tirinya, Nor Amishah Othman.

Sejak awal kemunculannya sebagai pelakon kanak-kanak, bapanya sering menjadi tonggak utama dalam menguruskan perjalanan seni serta kebajikan beliau di set penggambaran.

Sumber: Mia Sara Nasuha

Mia membesar dalam persekitaran keluarga yang menyokong penuh kerjayanya, di mana bapanya juga sering tampil di media untuk memberikan penjelasan atau kenyataan rasmi sekiranya terdapat sebarang isu yang melibatkan dirinya.

Mia mula mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada usia 11 tahun (sekitar tahun 2016), satu anjakan yang turut mendapat sokongan daripada ahli keluarganya.

Sumber: @therealmiasara

Sumber: @therealmiasara

Sumber: @therealmiasara

Mia Sara Mahu Dianggap Lebih Sekadar Budak-budak..

Dalam satu sidang media, Mia Sara Nasuha menyuarakan kekecewaan kerana masih dilabel sebagai “pelakon kanak-kanak” walaupun sudah berusia 21 tahun pada 2026.

Beliau mahu dianggap lebih matang dan diberi peluang watak dewasa dalam industri hiburan Malaysia.

Mia mengakui “penat jadi budak kecil” dalam wawancara awal Januari 2026, menekankan pengalaman bertahun-tahunnya sejak usia 3 tahun patut dihargai.

Beliau menangis sebak di media sosial, merayu agar tidak lagi dibatasi imej lama.

Sumber: @therealmiasara

Isu Terkini Mia Sara & Puteri Balqis

Isu antara Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis (Aqish) kembali meledak dan menjadi topik hangat beberapa hari ini.

Konflik ini melibatkan dakwaan serius yang menyentuh peribadi, maruah keluarga, dan sejarah lama mereka sebagai pelakon kanak-kanak.

23 Januari yang lalu, Puteri Balqis memuat naik hantaran di Instagram yang “menyeru” Mia Sara. Balqis mendakwa Mia pernah menghina ibunya secara terbuka di media sosial beberapa tahun lalu dengan mendakwa ibunya tidak memberikan didikan agama yang baik.

Balqis juga mendakwa Mia sering “menyukai” (like) komen-komen netizen yang berunsur hinaan terhadap keluarganya.

Puteri Balqis menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri lagi setelah bertahun-tahun menanggung tekanan emosi dan menuntut Mia Sara membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibunya.

Selain itu, Puteri Balqis juga memberi kejutan besar kepada orang ramai apabila mendakwa imej murni dan bertudung yang dipaparkan Mia di media sosial adalah berbeza dengan realiti.

Reaksi Mia Sara & Pihak Pengurusan

Kebenaran isu ini tidak diketahui kerana pihak Mia Sara belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dan masih berdiam diri.

Pihak pengurusan Mia Sara menyatakan Mia berada dalam keadaan baik namun pihak pengurusan (Xeno Entertainment) sedang memantau situasi sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi atau tindakan undang-undang.

Bapa Mia Sara, Muhammad Ridhuan juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi liar dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa sekiranya perlu.

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut