MFL Challenge Cup 2023: Suku Akhir [LIVE] Keputusan & Jadual

MFL Challenge Cup (dahulunya dikenali sebagai Malaysia Challenge Cup) kini kembali pada tahun 2023 setelah dihentikan buat seketika akibat pandemik COVID-19 yang lalu.

Pengumuman bagi penganjuran ini telah diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL) yang telah memaklumkan sebanyak enam trofi kejuaraan bakal dipertandingkan untuk tahun 2023.

6 kejohanan utama tersebut adalah:

  • Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih)
  • Liga Super
  • Piala FA
  • Piala Malaysia
  • MFL Challenge Cup
  • Piala MFL (Liga Simpanan B-23)

Artikel berkaitan: Piala MFL 2023: Siaran Langsung, Keputusan, Jadual Perlawanan

Latarbelakang MFL Challenge Cup

Kejohanan ini diwujudkan untuk pasukan Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia yang tidak layak ke kejohanan Piala Malaysia menerusi kedudukan liga mereka pada penghujung musim liga.

Idea penganjuran kejohanan ini dicetuskan oleh Football Malaysia pada Disember 2017 sebagai penyelesaian kepada ketidakaktifan pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia yang lebih berprestij.

Penganjuran kejohanan ini dilihat sebagai satu lagi peluang untuk memenangi piala untuk pasukan bertanding, mengekalkan kelebihan daya saing antara pasukan yang mengambil bahagian dan sebagai cara untuk menganalisis pemain dalam pasukan mereka sebagai persediaan untuk musim depan.

Piala ini sudah mempunyai 2 pemenang sebelum ini. Pertama Terengganu FC ll dan kedua, JDT ll.

Senarai Pasukan Bertanding

MFL Challenge Cup 2023 ini akan melibatkan sebanyak lapan pasukan dan pasukan-pasukan ini terdiri daripada pasukan yang tidak layak ke perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia.

Mereka akan terus berentap bermula di peringkat suku akhir MFL Challenge Cup 2023.

Format Pertandingan

Kejohanan ini diadakan serentak dengan Piala Malaysia, dengan perlawanan MFL Challenge Cup dimainkan pada pertengahan minggu (Selasa, Rabu) berbanding perlawanan Piala Malaysia yang dimainkan pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Pemenang kejohanan untuk edisi ini atau edisi akan datang mungkin menerima slot dalam Piala Malaysia sekiranya kejohanan ini mencapai objektifnya dan penstrukturan semula kelayakan Piala Malaysia dilakukan.

Pertandingan ini akan diadakan dengan format kalah mati dimana setiap pasukan akan bermula dengan peringkat suku akhir.

Aksi suku akhir, separuh akhir dan juga perlawanan akhir akan dimainkan secara timbal balik di venue pasukan-pasukan yang layak.

MFL memaklumkan bahawa penentuan jadual perlawanan bagi kejohanan ini akan ditetapkan secara seeding atau seperti yang diputuskan oleh MFL.

Jadual Perlawanan Suku Akhir

Jadual perlawanan Callenge Cup QF1 yang akan berlangsung 18 & 19 September 2023.

  • Kuching City FC vs Kedah Darul Aman FC
  • Penang FC vs Selangor FC

Saksikan secara langsung di Astro Arena Bola (803) dan Astro GO.

Keputusan Penuh – MFLCC QF1

Kelantan United FC vs Kelantan FC

Kuala Lumpur Rovers vs PDRM FC

Lebih info 
https://www.malaysianfootballleague.com/Home/Sport

MFL UMUM JADUAL SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2023 DAN MFL CHALLENGE CUP 2023 SELEPAS UNDIAN PERTANDINGAN ACL DAN PIALA AFC 2023.

Malaysian Football League (MFL) hari ini memaklumkan bahawa penetapan jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2023 dan MFL Challenge Cup 2023 hanya akan dibuat selepas selesai undian pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC 2023.

Ini berikutan tiga kelab Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan Terengganu FC bakal bersaing di pentas Asia musim ini.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memaklumkan bahawa undian bagi kedua-dua pertandingan berkenaan akan berlangsung pada Khamis, 24 Ogos 2023.

Selepas keputusan undian diketahui, MFL akan dapat menyelaras jadual baki saingan Piala Malaysia, MFL Challenge Cup serta Liga Super dengan lebih baik bagi memastikan kelancaran pertandingan.

Edisi ke-21 ACL dan Edisi ke-19 Piala AFC bakal bermula pada September depan hingga Mei 2024.

Kredit: Asean Football

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!